Saturday, December 17, 2011

Si Gemuk


Assalamualaikum.

Dah lama tak letak gambar kan? Kali ini saje aku nak post satu gambar. Salah seekor anak kucing yang diberi nama Gemuk kerana beliau paling gemuk antara adik-beradiknya heheh. Betina. Sekarang dah besar sikit. Ekor dia pun gemuk jugak tau. Comel kan? Heeee.

Ok bai.



Thursday, December 15, 2011

Patah Hati


Assalamualaikum

Berkawan dan bercinta sudah lama. Menjangkau tujuh tahun. Tetapi kesudahannya? Berpisah. Jodoh tidak panjang?

Salah siapa? Aku turut menumpang kesedihan itu sahabat. Kau sahabatku, dia juga sahabatku. Kita meniti alam dewasa bersama-sama. Kita berjuang bersama-sama. Rahsiamu, rahsiaku jua. Rahsiaku rahsiamu jua. Usah dikesal apa yang telah terjadi.

Aku harap kau akan terus kuat semangat. Aku sentiasa di sisimu jika kau mahu bicara sesuatu. Aku mengerti hatimu. Aku mengerti kesedihanmu. Aku turut merasai kepiluan itu. Aku tahu kau seorang yang tabah dan kuat. Meski kau berhati sensitive, kau jangan cepat berputus asa.

Bumi bertuah itu, menjadi saksi keakraban kita walau hanya di hujung maya, di hujung suara. Walau hanya beberapa purnama sekali kita berbicara panjang.

Saat aku susah, kau hulurkan bantuan. Terima kasih wahai sahabat. Kau ibarat saudara kandungku. Keikhlasan dan ketulusanmu dalam bersahabat, masihkah ada lagi di dunia ini seperti itu? Sungguhku amat terharu bila mengenangkan semua itu. Hampir membuatku menitiskan airmata. Kadang-kadang tersenyum sendirian.

Biar tersimpan menjadi kenangan.  Life must go on bak kata omputeh. Akan ada yang lebih baik untukmu. Senyum selalu.



Monday, December 5, 2011

Bertamu di Ruang Rindu

Assalamualaikum.

What the fun? Apa hal tajuk macam jiwang? Dan ini adalah entri kedua aku untuk hari ini. Apa sudah jadi? Dah lama rasanya aku jadi tidak rajin untuk meng-update.

Whatever. Tanpa disangka, tadi Angah call aku dari Mesir. Wow! Bangga tak kau rasa ada orang call kau dari luar negara? Hohoho. Time tu aku tengah main sms denga orang, tetiba ada incoming call dengan tertera perkataan 'unknown' pada screen handset. Aku agak je dari Mesir then aku pun angkat dan terus cam suara itu. Weee~

Tak la lama sangat berborak tapi ok la. Waktu sana jam 7.30 pagi, sini 1.30 tengahari. Rasa rindu pulak kat bumi Mesir terutama bumi Mansurah. Sekarang ini musim sejuk. Bestnya..

Mesir sedang mengadakan pilihanraya secara berperingkat pada waktu ini dan dijangka tamat pada Januari atau Februari tahun hadapan. Menurut Angah, rakyat Mesir di Mansurah masih belum mengundi lagi. Di Kaherah dan beberapa negeri lain je yang dah mengundi. Hingga kini keadaan di sana masih aman dan tak lah teruk sangat merusuh sana-sini.

Serius aku memang rindukan ahli-ahli bet aku al-Mawardy dan juga kawan-kawan seperjuangan di Mesir. Rindukan suasana itu. Tiga tahun di sana yang telah berlalu. Moga ada rezeki untuk ke sana lagi lain kali. Amin.




Miracle

Assalamualaikum.

Datanglah keajaiban. Datanglah padaku. Datanglah... datang lah....

Biarlah aku menyimpan semua ini sendirian. Aku cuma berdoa dan berharap, moga akan ada keajaiban berlaku. Amiin.

Keliru. Serba salah. Tak sampai hati. Runsing. Risau. Kusut. Serabut. Berharap. Berserah. Bermohon. Tawakal. Yakin. Optimis.

Ya Allah, tunjukilah aku jalan keluar. Aku yakin Kau sedang merancang yang terbaik untukku. Leraikanlah segala kekusutan ini. Damaikan hatiku. Berikan aku sinar. Tunjukkanlah. Hamparkan kepadaku. Tolonglah. Aku bermohon Ya Allah. Tunjukkanlah jalan keluar. Hadirkan padaku sesuatu. Hadirkanlah. Dengan kekuasaan-Mu itu, datangkan lah sesuatu keajaiban untukku. Ameen.

Allahumma solli wa sallim 'alaa nuril anwaar
wa sirril asraar
wa tiryaqil aghyaar
wa miftahil babil yasaar
saiyidina wa maulana muhammadinil mukhtaar
wa aalihil athaar
wa ashabihil akhyaar
'adada ni'amiLLAHi wa ifdholih.



Friday, December 2, 2011

Dirundung Malang?


Assalamualaikum.

Kesedihan apakah bertimpa-timpa ini? Bukan meratapi nasib, bukan merasa terbuang, bukan meminta simpati. Hanya meluahkan rasa yang berbuku di hati ini.

Sakit di hati tiada siapa tahu. Ya, aku berasa sangat-sangat sedih tadi hingga mengalirkan airmata. Menangis bukan bermaksud lemah. Menangis seorang pemarah kerana dia tidak dapat melepaskan kemarahannya demi tidak mahu mengeruhkan keadaan. Menangis kerana mengawal kemarahan. Menangis kerana cuba bertahan dan tabah.

Its ok. Marahku bukanlah lama. Ya ALLAH..

Aku cuma kesal dengan dia. Kenapa mesti kau bersikap demikian? Kau gila ke? Apahal kau macam nak marah aku? Ada ke aku melawan cakap kau? Dah tu, tiba-tiba mengungkit pulak. Perangai kau memang macam..... haram kan? Hambek kau! 

Aku ke yang salah? Ok aku dah minta maaf walaupun sebenarnya aku tak ada buat salah apa pun kat kau. Aku nak tunggu kau pulak minta maaf pada aku tapi aku rasa itu mustahil. Biar bumi terbelah dua pun kau tak akan minta maaf punya. Kau kan manusia egois? Kau saja yang betul semua tak ada buat salah langsung. Ok fine lah.

Fuuhhh. *tarik nafas slow-slow dan hembus*

Kalau kau sakitkan hati aku lepas ni, aku hanya mampu bertahan dan terus bertahan. Mendiamkan diri. Cakaplah apa saja. Bilanglah apa saja. Aku dah tak mahu peduli. Kau pun bukan peduli tentang hati dan perasaan aku. Blah la.

Kalaulah aku ini seorang pendendam, memang aku dah balas dendam atau akan balas dendam. Tapi aku tak pandai berdendam walaupun pernah berniat nak balas. Niat je tapi tak buat. Terus memaafkan. Aku rasa semua orang pun macam tu. Berniat untuk membalas dendam tapi tak buat pun. Masa tengah marah dan sakit hati memang pelbagai rancangan jahat ada di minda. Yelah, syaitan tengah menguasai hati dan akal. Bila dah reda, dah tak kisah langsung.

Dear kamu,
Please lah. Jangan terlalu rasa 'berkuasa'. Jangan terlalu rasa nak 'menguasai'. Jangan terlalu nak merendahkan orang lain. Fikirlah sikit perasaan orang. Tak ada manusia sempurna di dunia ini. *terus pasang lagu 'Jangan Menyerah'.*

Walaupun beliau tak baca tapi aku rasa puas menulis di sini. Gahahaha. 

Tak ada manusia yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini tak ada ertinya lagi..

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Adios.




Saturday, November 26, 2011

Masa Terus Berlalu

Assalamualaikum.

Salam Ma'al Hijrah buat semua. Esok bermulalah 1 Muharram 1433 Hijrah. Bermakna umur kita juga sudah meningkat tau haha.

Telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam di negara kita membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. Waktu aku di Mesir dulu aku baru dapat tahu yang amalan baca doa awal tahun dan akhir tahun ni, Rasulullah s.a.w tak buat pun dulu di zaman baginda. Ada yang kata hadith dho'if (lemah). Ada yang kata bid'ah (wahabi ke?). Ironinya, umat Islam Mesir pun (bangsa Arab) tak ada baca doa-doa ni. Amalan baca surah Yaasin sebanyak tiga kali pun tak ada lah brader.

Tapi bagi kami, tak ada salahnya kita membaca doa. Cuma yang jadi salah apabila seolah-olah kita 'mewajibkan' membaca doa-doa tersebut. Dan seolah-olah Nabi kita pun tiap-tiap tahun buat padahal tak pun. Bukan semestinya nak tunggu akhir tahun baru lah nak minta doa diampunkan dosa setahun yang lalu. Bukankah kita mesti berdoa tiap-tiap hari? Sentiasa bertaubat. Bukan tunggu setahun sekali. Tak gitu? Begitu juga tak kan lah nak tunggu tahun baru, baru lah kita berdoa mintak kesejahteraan sepanjang tahun? Hari-hari kita kena doa beb. Tak kira masa, tak kira tempat, tak kira situasi.

Whatever. Golongan yang beruntung adalah apabila hari ini lebih baik daripada semalam. Golongan yang rugi adalah apabila hari ini dan semalam sama sahaja tiada beza. Golongan yang paling teruk adalah apabila hari ini lebih teruk dan buruk daripada semalam.

Sekian.

Friday, November 18, 2011

Bukan Iri Hati


Assalamualaikum.

Aku tak tahu lah adakah ini namanya busuk hati atau iri hati? Tapi aku rasa bukan kot? Entahlah. Kalau iri hati atau dengki atau hasad, kita mahu hancurkan seseorang itu kan? Tapi aku tak ada niat macam itu pun. So? Apakah klasifikasi perasaan ‘suka’ dalam hati aku ini? Dush!

Begini ceritanya. Jeng jeng jeng. Aku dapat tahu lah yang seorang kawan aku ini masih belum dapat sijil-sijilnya dari Mesir yang dikirim kepada kawan aku yang lain. Kau pening ke dengan ayat aku ni? Buat-buat faham lah. Bukan ke tempoh hari aku dan tiga lagi rakan pulang ke Malaysia agak awal padahal result tak keluar lagi pun. Oleh kerana itu, urusan sijil kami serahkan kepada rakan-rakan yang masih tinggal di Mesir untuk menguruskannya dan minta tolong mereka bawa balik ke Malaysia.

Seperti dalam entri aku sebelum ini, aku telah selamat mengambil sijil-sijil aku dari kawan aku di lapangan terbang lagi beb. By hand la kata orang. Tak main pos-pos derr. Lepas dapat je fail dari kawan aku tu, aku terus bergegas ke Putrajaya untuk dapatkan pengiktirafan JPA. AlhamduLillah semua berjalan lancar. Syukur.

Alkisah kawan aku yang balik awal saing aku masih belum dapat fail berisi sijil dan dokumen yang dikirim melalui kawan yang lain. Dia kirim kat orang lain, aku kirim kat orang lain, bukan orang yang sama. 

Oh aku baru mengerti perasaan ini. Bukan hasad atau iri tapi ‘lega’. Ngeheheh. Entri sebelum ini juga aku ada cerita pasal aku mohon kerja dot dot dot malas nak cerita balik hahahah. Dokumen aku dah lengkap sebab aku dah bagi salinan surat pengiktirafan JPA, keputusan pengajian, transkrip semua lah yang aku baru dapat dari kawan aku kat KLIA tempoh hari. Sedangkan kawanku yang turut mohon tempat kerja yang sama, dokumen dia tak lengkap lagi. Jeng jeng apakah maknanya?

Maknanya peluang aku macam cerahlah sikit berbanding dia. Walaupun aku tidaklah terlalu mengharap tetapi andai diberikan peluang dan ada rezeki aku, pastinya aku akan sambar peluang itu. Bukan hasad tapi lega gitu. Kalau betul lah aku nak hasad, dah tentu aku tak akan tolong dia atau bantu dia. Tolong apa? Tolong terangkan bagaimana nak dapatkan pengiktirafan JPA lah. Itu barulah namanya hasad kalau aku sengaja tak mahu tolong dengan mengatakan; “entah, tak tahu. Kau buatlah sendiri. Pandai-pandailah.” Hati aku tidak sebusuk itu.

Tapi, aku telah dinasihati dan bagaikan diberi amaran agar jangan ambil tahu lagi pasal dia (kawan aku tadi). Why? Biarlah rahsia. Kakaka. Benarkah peribahasa atau bidalan yang berbunyi; ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’? Apakah maksud berpada-pada? Kau tahu? Adakah bermaksud jangan selalu buat baik dengan orang? Hmm… fikir-fikirkan… apa kata anda?

p/s: Hati mau baik maa….

Wednesday, November 9, 2011

Optimis

Assalamualaikum.

Lupakanlah hal yang menyakitkan hati. Sabar dan terus bersabar. Ini adalah ujian atau dugaan. Positif dan optimis. Yakin pasti ada sesuatu yang lebih baik atau terbaik untuk aku. Semangat!

Dan hari ni, 9 November. Macam ada hari lahir seseorang la hehe. Tapi hati dan fikiranku tak dapat mengelak dari terus berfikir tentang itu. Sekurang-kurangnya berilah aku jawapan yang pasti agar aku tidak terus tertunggu-tunggu dan mengharap. Tiba-tiba rasa sebak dan macam nak menangis. Cengeng!

Di awang-awangan dan dalam dilema. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus perlahan-lahan. Itu adalah cara paling asas untuk kau bertenang. Kalau nak lagi feel, pejamkan matamu tatkala menarik nafas dan menghembusnya. Kemudian buka matamu. Buatlah beberapa kali sampai kau rasa lega. Walaupun kau seorang diri di waktu itu, kau akan rasa kekuatan dalam diri mula timbul. 

Bercakap dalam hati. Bercakap seorang diri pun tak apa. Itu bukan gila. Bercakap dengan diri sendiri bagi mencari semangat diri bukan gila. Kalau tak mahu berkata-kata, menulis pun boleh. Hanya diri kita sendiri yang mampu dan boleh memotivasi diri sendiri. Orang lain hanya menolong. Jawapan dan tindakan adalah terserah pada kita.

Ouch, ini bukan sesi kaunseling heheh. Cara untuk memujuk hati agar tidak terus berputus asa. Berzikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Kekuatan itu akan datang padamu. Yakinlah.

Ok bai.


Tuesday, November 8, 2011

The November

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat kot untuk ucap selamat hari raya korban atau raya haji. Maaf zahir dan batin. Banyak ke dapat daging korban? Hik hik. Jangan makan daging banyak sangat, tak berapa bagus untuk kesihatan. Makan sekadarnya je tak apa. Peace. 

Lemau pula aku rasa diri aku sejak akhir-akhir ini. Ceh. Hmm. Apakah yang merunsingkan fikiranku? Banyak perkara. Semoga ada hikmah yang menanti, ada tuah dan rezeki di hadapan. Amin.

Boleh tak aku nak maki? Haa.. syaitan mula lah menghasut aku nih. Aku macam nak marah ni (memang marah sebenarnya dalam hati aku ni, geram) dan rasa nak menyumpah seranah. Sabar, sabar. Blog aku ni walaupun tak glamor tapi ada jugak orang baca kan? Mana tau yang membaca tu ada kaitan pulak, macam tak best la aku nak cerita semua. So aku berkias-kias la sikit kononnya nak jaga air muka atau maruah atau standart padahal kalau aku nak maki, bukan mereka tau pun. eh? Mereka? Ramai kah? Dah kalau ala-ala 'syarikat' tak ke ramai? Ops.. teeet.

Hey si bangang, kau boleh tak jangan lambat atau lembap sangat nak panggil orang? Kau nak pakai orang ke tak 'gile'? Ape hal kau lembat sangat nak buat keputusan? Apa hal lembap sangat buat kerja? Bodoh ke? Aku dah tawar hati dah ni. Kalau ditakdirkan aku dapat pun aku tak pasti aku boleh bertahan lama ke. Aku dapat je jawatan idaman aku, aku akan berambus dari tempat kau ok.

Sombong? Berlagak atau bongkak? Sorry derr, ini bukan pasal sombong, tapi soal minat. Aku ni, pakkal je la orang lain yang beria-ia suruh aku apply tempat kau so aku tak nak hampakan orang. Ahh benci betul la dengan situasi macam ni. 

Aku tak bersyukur kah? Kau mana tahu isi hati aku maca mana. Haii, apa pun tak boleh. Bersabar selagi boleh. Bertahan selagi mampu. Kataku dalam hati sambil meraup muka. (perasan macam ayat dalam novel). Senyum, tak perlu kata apa-apa. Senyum plastik. Senyum terpaksa. Senyum tak ikhlas. Hipokrit. Sampai bila aku harus menunggu? (bukan lirik lagu).

Lemau dan tak ada mood nak buat kerja. Kerja rumah maksud aku, housework. Hati rasa geram, marah tapi tak terluah. Siapakah yang sudi menyelami dasar hati ini. (pangggg!). Aku ni kadang memang macam ni. Kalau rasa marah, tak puas hati, aku tak ada mood nak buat apa pun. Rasa marah dan tak puas hati boleh hilang hanya dengan memaki dan menyeranah. Hahahahahahah (gelak syaitan).

Aku nak buat sesuatu tapi ia bukan perkara gila. Jangan risau. Cuma keberanian dan nekad yang menjadi bekalan ku kini. cehh.


ok bai.

Wednesday, October 19, 2011

Excited, excited.

Assalamualaikum.

Ape hal yang kau excited sangat ni derr? Ok guwa sangat-sangat excited nak pergi KL minggu depan. Weeee~

Apa ada pada Kuala Lumpur yang aku teruja sangat nak pergi ni? Yeah, aku akan ke KLIA 25 Oktober ini bagi menyambut kepulangan kawan aku dari Mesir dan beliau membawa bersama sijil-sijil aku termasuk segulung ijazah Sarjana Muda Takhasus Qiraat. Inilah yang aku excited sangat heheheh. Dan dengan sijil tersebut bolehlah aku meng-apply kerja yang setaraf dengan kelulusan aku. Weehehehe.

Mungkin aku akan stay KL sampai hari Rabu atau Khamis bergantung pada berapa lama terjemahan dan pengiktirafan Ijazah aku boleh siap. Menurut kata senior-senior aku, dalam setengah jam je boleh siap. Cuma aku khuatir tak sempat nak ke Putrajaya hari Selasa tu. Kawan aku sampai dalam pukul 10.00 pagi. Tapi biasa lah, nak check in, angkut bagasi lagi, dekat sejam jugak la mengikut pengalaman aku heheh. Aku anggarkan antara jam 11.00 - 12.00 la baru aku ketemu dengan kawan aku tu.

Then baru bertolak ke Putrajaya. Andai boleh settle hari yang sama, AlhamduLillah. Kalau tak sempat, terpaksa tunggu hari Khamis sebab Rabu cuti Deepavali. Ayoyo. Dan setelah settle semua, dah dapat pengiktirafan JPA, baru pulang ke Johor dan aku akan terus ke Johor Bahru, tempat aku buat diploma dulu. Dan berikan salinan (fotostat) sijil-sijil ijazah kepada pihak berkenaan. Haha yang berkenaan itu adalah jeng jeng jeng. Kan ke aku ada mohon jawatan pensyarah di situ tapi sijil tak siap lagi, so aku hantar resume dan apa yang ada sahaja. Hihih.

Andai ada rezeki aku di sana (MARSAH), AlhamduLillah. Kalau bukan rezeki pun tak apa, mungkin rezeki di tempat lain. Aku hantar permohonan hari Khamis lepas. Menurut kata kawan aku yang kerja kat sana, ada ramai jugak mohon tapi bukan graduan Takhasus Qiraat macam aku. Semua lulusan universiti tempatan dan bukan bidang tahfiz atau Takhasus Qiraat.

Tetapi rupa-rupanya ada juga kawan aku yang mohon. Dia juga lulusan MARSAH macam aku dan juga graduan dari Mesir macam aku dan bidang yang sama. Oh.. aku mula rasa pandanganku gelap (ceh metafora konon). Aku mula rasa peluangku tipis. Ngee.. Masihkah ada sinar untukku? (lempang)

Positif ok? Insya-Allah, kalau dah rezeki memang ada lah.

Bai.

Wednesday, October 5, 2011

Sabar Menanti

Assalamualaikum.

saAku baru perasan dah tiga bulan aku tak update blog ini heheh. Mari membuang masa dengan menulis lublog. muehehe.

Ye aku sedang sabar menunggu sahabatku yang berada di Mesir pulang ke tanahair 24 Oktobter ini. Sebab dia akan bawa sijil aku serta terjemahan sijil. Sijil muaqotah, kasyfu natijah (transkrip peperiksaan) dan terjemahan sijil-sijil arab tersebut ke Bahasa Melayu. Aku akan menunggu beliau di KLIA ambil dokumen aku by hand. Memang aku tak sabar. Esoknya aku akan terus ke Putrajaya untuk dapatkan pengesahan JPA. Pengesahan pengiktirafan sijil-sijil tersebut sebelum digunakan untuk meng-apply jawatan-jawatan kosong yang setaraf dengan kelulusan guwa.

Lama lagi tu tok, lagi tiga minggu kot. Bosan, bosan, bosan duduk rumah begitu sahaja tak ada apa nak buat. Balik-balik buat housework ala kadar (kah kah), tengok tv, main internet. Tak ada life kata orang. Ceh konon. Lemau kau tau tak, lemau.

Sebenarnya banyak kerja nak kena buat tapi tak tau nak mula yang mana satu hahah. Perkara berkaitan nak cari kerja aku dah mula sikit-sikit ngehehe. Buat resume dari tadi tak siap-siap kui3. Salinan sijil-sijil dah bagi kat abah suruh pengurus cop kan. Sijil-sijil semua aku dah kumpulkan tapi kena beli fail lagi besar, fail yang ada ni cuma ngam-ngam saiz A4. Aku nak yang besar sikit daripada A4 coz ada sijil-sijil yang saiz dia terlebih besar gitu tak muat dow nak masukkan dalam fail. Dush!

Kerja lain ialah...hmmm.. mengemas pakaian. Mahu buang pakaian-pakaian yang tak digunakan lagi. Banyak kerja tu entah bila nak start hoho. Aku jugak nak asingkan pakaian-pakaian aku dan stand by mana-mana yang mahu dibawa keluar. Maksud aku bila dah dapat kerja nanti mesti la aku dah tak duduk rumah ni lagi so aku mahu siap-siap terus asingkan dan packing. Fuh terbaik. 

Cuaca agak panas pula ye hari ini. Sebelum ni asyik hujan dan mendung gitu. Hehe okay la tu tak ada lah panas je sentiasa. Ok la guwa chow dulu. Babai.
t
p/s: WIFI kat felda guwa memang terbaeekk kan? Tempat kau ada?



Tuesday, June 28, 2011

Suci Sekeping Hati (bukan lirik lagu Saujana)


Assalamualaikum.

Saje nak update untuk bulan Jun 2011. Hahahah.

Ini adalah kisah benar. *nada serius* (poyo lak)

Ahad (26 Jun) aku melangkar keluar dari rumah nak ke dewan exam. Hari ini paper Ulumul Quran dan Dhobtul Quran. Subjek yang agak killer. Baca buku sudah, doa sudah, tawakal lah seadanya. Macam biasa aku menaiki tremco untuk ke Maahad. Tremco yang agak kosong dan lengang. AlhamduLillah. Sepanjang perjalanan aku berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Biasa la tu orang lain pun buat jugak heheh.

So aku bayar tambang 50sen kepada konduktor. Bila tremco u-turn di Istad, tiba-tiba konduktor jerit,

"Tir'ah! Tir'ah! Tir'ah!"

Huh? Aku dah rasa pelik. Bukankah tremco ini menuju Dirasat? Bukan Tir'ah. Apakah yang berlaku ni? Aku salah naik apa? Tiba-tiba konduktor suruh aku turun dan naik tremco belakang yang nak pergi Dirasat. Aku pun menurut sahaja. Agaknya memang tremco tadi nak terus ke Tir'ah walaupun tertulis Dirasat di hadapan tremco.

Jadi aku naik tremco kedua yang agak lengang juga. Tak lama lepas tu, konduktor tremco kedua ini mintak duit tambang. Aku cakap la aku dah bayar kat tremco yang tadi. Dia pun tak mintak lagi dan terus diam. Dalam hati aku, rasa menyesal sebab bayar awal-awal tadi pada tremco tadi. Hampeh betol la.

Tapi hati aku rasa kasihan pula. Jauh lagi nak sampai Dirasat, tak patut pulak aku tak bayar. 50sen je pun apa lah sangat. Aku pun keluarkan duit dan bagi pada konduktor. Dia macam serba salah nak terima tapi dia ambil juga duit. Dia siap tanya, "Kau betul ke nak bayar kat aku ni?". Aku angguk. Dan aku sambil berdoa dalam hati, 'Mudah-mudahan dengan aku membayar lebih tambang untuk hari ini, Allah mudahkan aku untuk jawab exam nanti. Ameen'. Aku benar-benar redha dan ikhlaskan hati aku setulusnya. Ye lah, kadang-kadang kan menyumpah jugak dalam hati bila tak puas hati macam kena tindas pulak hahah.

Bila dapat soalan dan baca (ini cerita dah dalam dewan exam pula), mata aku bersinar-sinar gitu. AlhamduLillah, apa yang aku fokus dan target keluar. Memang la baca semua tapi mesti ada jugak yang kau tumpu lebih kan?

Moralnya di sini, buat baik dengan semua makhluk Allah tak kira manusia ke binatang dan tumbuhan. Sentiasa minta maaf dengan semua orang dan memaafkan semua orang. InsyaAllah. Urusanmu akan dimudahkan oleh Allah. Taqarrub dengan Allah itu sudah tentu, doa pun mesti, usaha pun mesti, tapi hubungan baik sesama makhluk Allah juga perlu.

Sebenarnya macam tak berkaitan dengan tajuk tapi hentam saja lah. Doakan aku nak exam lagi Ahad ini (3 Julai) dan Selasa (5 Julai).

Ok itu sahaja. Sekian.


Thursday, May 5, 2011

Mesir dan Pemerintahan Tentera

Assalamualaikum.

Rasanya satu dunia dah tahu berita kejatuhan Hosni Mubarak. Presiden yang telah berjaya digulingkan oleh rakyat dalam tempoh 18 hari sahaja. Siapa yang tak tahu, nampak sangat tak baca surat khabar dan tak tengok berita. Keh keh keh..

Sejak Hosni letak jawatan, masih tak ada yang ganti tempat dia, Presiden Mesir. Jadi sekarang adalah di bawah pemerintahan tentera. Askar yang kawal Mesir. Kui-kui-kui. September ini baru akan pilihanraya bagi memilih kerajaan untuk memerintah. Siapa yang akan menang? Sama-sama kita nantikan. Hahahah.

Rumah aku yang terletak di Madinat Salam, Mansurah berhampiran dengan Istad (stadium bola sepak dan sukan-sukan lain) dan penjara. Nak kata dekat sangat pun tak jugak, dalam 10 - 15 minit berjalan kaki dari rumah aku. Sejak rusuhan, kawasan itu dikawal ketat oleh tentera Mesir. Ada kereta kebal dua bijik dan askar-askar berkawal dengan mesinggan (aku salah eja) atau senapang, heheh. Sebarang kenderaan tak boleh lalu situ padahal itu adalah laluan utama. Jadi semua kenderaan terpaksa melalui jalan lain iaitu jalan tar di lorong-lorong bangunan yang agak sempit.

Jadi, kami yang menggunakan kenderaan awam seperti bas, tremco atau taxi, memang pasti akan melalui jalan alternatif yang lebih jauh dan menjadikan kami lambat sampai ke destinasi contohnya Maahad dan Universiti Al-Azhar. Penjara dan stadium terletak berhadapan dan dihalangi jalanraya. Jalanraya kawasan itulah yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan melainkan basikal. Heee. Jarak kawasan yang dikawal itu lebih kurang 500 meter (atau lebih). Tapi bagi pejalan kaki boleh saja melalui kawasan itu, no problem.

Setelah sebulan balik Mesir, aku tak pernah lagi lalu situ jalan kaki. Aku selalu naik taxi kalau nak ke Utubis Jadid atau markaz DPMM, malas nak jalan kaki, haha. Markaz itu jauhnya dari rumah aku dalam 20 -25 minit berjalan kaki. Agak jauh la jugak bagi yang tak biasa berjalan, ahaks. Minggu lepas, aku menapak untuk ke sana kerana jalanraya begitu sesak dan jam, aku rasa mungkin susah nak dapat taxi yang ingin ke sana. First time la aku jalan kaki lalu kawasan 'danger' itu, hahaha. Bukan lah danger, cuma bila nampak askar berkawal dengan senapang, mesti ada perasaan cuak, betul tak? Kita lalu sebelah dia orang, rasa gerun jugak la. Tapi mereka bukan nak tembak kita pun, just berkawal sahaja. Aku sentiasa bawa pasport ke mana sahaja aku pergi, mana tau askar nak cek pasport ke kan?

Tahun ini juga Mesir tidak menukar jam. Biasanya negara-negara empat musim akan menukar jam setiap kali masuk musim panas dan musim sejuk. Kalau masa musim sejuk time zone bagi Mesir adalah GMT+2 (UTC+2), musim panas GMT+3 (UTC+3). Time musim sejuk, Mesir lewat enam jam daripada Malaysia, musim panas lewat lima jam. Tapi oleh kerana tahun ini Mesir tak mahu tukar jam, maka tetap beza enam jam dengan waktu Malaysia.

Sepatutnya kalau tukar, Jumaat lepas, 29 April. Pada hari itu kami dah keliru, tukar jam ke tak sebenarnya. Sebelum itu kami ada dengar cerita dan juga dari internet mengatakan tahun ini Mesir tak akan tukar jam lagi. Selalunya kalau betul tukar jam, jam di handset akan tukar automatik. Tapi pada pagi Jumaat lepas jam di handset tak tukar. Tetapi jam di laptop atau komputer yang ada internet telah bertukar automatik. Ah, sudah. Mana satu betul?

Yang sahihnya, tidak tukar jam. Semua syarikat telekomunikasi Mesir (Vodafone, Etisalat dan Mobinil) telah ubah setting maka sebab itu jam atau waktu yang sedia ada di handset tidak ditukar. Tapi di laptop atau komputer yang kawal internet bukan Mesir kan, sebab itulah dia tukar waktu automatik. Macam sekarang, jam di laptop aku menunjukkan 10.40 pagi, jam di handset 9.40 pagi. Haish, pening jugak la dengan waktu kat negara orang ni. Hehe.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi aku akan menghadapi final exam. Mungkin selepas ini dah tak update blog sampai la aku habis exam. Dan juga tidak blogwalking. Hehe. Perlu study hard bagi memastikan lulus dan najah semua madah/ subjek. ngeeee. Doakan aku tau. Sayang you all. Hehe.

Bittaufiq wan Najah buat semua rakan seangkatan yang bakal menghadapi exam juga tak kira di Mesir atau di Malaysia. Ameen.

Jumpa saya atau follow saya di sini. Hihi.

Tata. Assalamualaikum.


Sunday, April 24, 2011

Duhai Hati

Assalamualaikum.

Tajuk entri bukanlah bermaksud tajuk lagu Ina Naim dan isi entri bukan lirik lagu Ina Naim 'Duhai Hati'. Kekekeke...

Mood tiba-tiba datang dan rajin mahu update blog. Bukan selalu macam ni. Sejak rusuhan hari tu aku dah tak berapa nak update blog. Senang kata dah tak gila berblog macam dulu. Ahaks. Bila tiba-tiba mood datang nak menulis dan update itu bermaksud ada sesuatu berlaku. Ye, ada sesuatu berlaku dalam hati aku samada marah, sedih, gembira, geram atau apa saja. Kuch-kuch hota hai ke?

Jadi, apakah yang berlaku pada hati aku saat ini yang membuat aku mahu menulis? Oh, ada sedikit rasa sakit dan terluka. Ada sedikit rasa pasrah. Ada sedikit rasa marah dan dendam. Ouch, pendendam bukanlah sikapku sebenarnya. Niat nak balas dendam ada tapi tak pernah tercapai setakat ini. Gagaga. Jadilah seorang pemaaf, jangan jadi seorang pendendam. Tak baik untuk kesihatan hati.

Maafkanlah semua orang yang anda rasa mereka ada buat kesalahan pada anda. Kita jangan berkata, aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun. Dia Pencipta kita pun ampunkan dosa-dosa kita. Kita sebagai yang dicipta, tak kan lah tak boleh maafkan kesalahan orang? 

Aku teringat kata-kata pensyarah aku dulu di MARSAH, Ustaz Khaidzir namanya. Dia pesan, sebelum tidur, masa baring-baring tu, cakaplah dalam hati, macam doa gitu. Kita maafkan semua orang sebelum tidur. Apa sahaja orang buat jahat pada kita atau sakitkan hati kita atau apa saja, kita maafkan sahaja. Kadang-kadang kita tak sedar mungkin kita ada terumpat orang. Mudah-mudahan dengan kita maafkan semua orang itu, Allah ampunkan dosa kita terumpat orang. Yelah, kita tak sedar kita umpat seseorang, kita pun tak perasan jadi kita pun tak tahu nak minta maaf kat siapa. Hehe.

Hati kita ini Allah yang pegang, betul? Tapi kita lah yang kena jaga dengan baik hati sendiri. Eceh. Maksudnya, jauhkan rasa hasad dan dendam, riyak dan takbur. Tanamkan rasa pemaaf dan redha dalam hati. Insya-Allah hati kita tidak akan rasa sakit, sedih, resah atau apa-apa rasa yang tak sihat. 

Berlapang dada adalah serendah-rendah ukhuwah. Dalam menjaga hubungan sesama manusia, penting untuk kita sentiasa berlapang dada dan menjadi pemaaf. Jangan sesekali berdendam. Bohong kalau langsung tiada terdetik rasa dendam dalam hati. Itu normal. Tapi kita yang mengawalnya. Kita yang mengawal rasa dendam itu. Oleh itu, kawal dia agar tidak membusung dan membusuk di dalam hati. Buang dan hapus dengan kata maaf. Ye, maafkan dia. Begitu.

Panjang tazkirah hari ini ye, hehe. Kesimpulan dan isi utama entri ini ialah, jadilah seorang pemaaf dan jangan sesekali berdendam. Sekian. Hehe.



Friday, April 22, 2011

Nak Balik Tapi Tak Nak Exam. Boleh tak?

Assalamualaikum.

Izzayyikum? ('Apa khabar kamu semua?' dalam bahasa arab ammiyah/ pasar).

Petang semalam hujan. Lantas suhu menjadi sejuk seperti musim sejuk. Aku tidur mengerekot (betul ke eja ni?) menahan kesejukan. Huhuh.

Aku dah siap seal dua kotak besar untuk dikargokan ke Malaysia menaiki kapal laut. Heheh. Insya-Allah dua bulan baru sampai ke rumah aku di Malaysia. Kitab-kitab la yang paling banyak. Benda lain macam fail-fail, cadar, pakaian yang aku dah tak nak pakai di sini dan apa-apa tah lagi. Tiba-tiba rasa tak sabar nak balik Malaysia. Cepat-cepat lah sikit final exam. Ceh pada hal persediaan nak exam pun zero. Dush!

Kelmarin aku pergi shopping di Sikah dengan kawan aku. Macam-macam benda aku borong hahahah. Biasalah, nak balik habis, beli macam-macam la hadiah atau souvenir gito untuk orang-orang tersayang dan disayang di tanahair. Eceh.

Salah satu benda yang aku borong ialah shawl/ selendang. Aku tengok si Sarah tu dah tak pakai tudung biasa lagi time aku balik hari tu, pakai shawl je. Gaya gadis-gadis sekarang lah konon. Hohoho. Tapi pendek sangat dia pakai dan lilit, tak menutup aurat dengan sempurna. Nasib baik tak pakai reben ke atau jenis manik-manik ke, lagi nak muntah aku tengok. Kau hingat chantekk sangat? Ceh ape hal nak emosi?

These are the photos of the selendangs;

Sebenarnya selendang ni warna ungu, lagi cantik daripada gambar ni. Aku snap guna webcam je ni so tak menjadi sangat warna dia. Hahah.






Ikut turutan: Hitam dan kelabu, merah, hijau.


Warna apa tah. Krim campur hitam.


Semua selendang ni kategori labuh la jugak, kalau lilit pun masih menutup dada. I really-really don't like the short shawl. Dan mata aku pun tak suka tengok orang lilit shawl pendek sangat, tak tutup dada. Kadang-kadang leher dan tengkuk pun tak tutup sangat, nampak warna kulit. Auchh. Itu belum masuk lagi cerita pakai baju ketat dan seluar ketat walaupun kau pakai tudung tutup rambut.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal aurat atau shawl, hahahah, itu kita cerita lain kali. Ngeheheh. Aku ni, menghitung hari, minggu dan bulan bila lah nak balik Malaysia. Hahah. Tapi takut jugak nak final exam. Doakan aku najah sofi tau, dlam imtihan nanti. Hehe. Sebut nama aku. Eceh.

Doakan aku begini;

"Ya Allah ya Tuhanku, Kau berikanlah kejayaan najah sofi kepada Siti Nurfairus binti Tolip pada imtihan shahadah nanti. Berikan dia ketenangan dan mudahkan dia menjawab kertas imtihan. Ameen."

Hehehe, tak malu. Ok pengumuman, siapa nak kirim souvenir atau apa-apa from Egypt, boleh order daripada aku. Cihhh.

Akhir kalam, terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kejayaan aku. Uhibbukum Fillah.





Tuesday, April 12, 2011

Hari yang Gembira

Assalamualaikum.

Ceh ceh ceh, apa pulak yang gembira sangat tu. 

Hahaha sebenarnya tak ada apa sangat. Cuma aku dah dapat epal (suruh Alang belikan kat pasar) dan dapat minum air soya (Angah tempah dan beli). Weeee. Aku memang dah lama mengidam (teringin) dua benda ini. Ahaks. Maklum la, orang demam, teringin itu lah, teringin ini lah.

Hari ini demam aku dah beransur pulih, tinggal batuk-batuk berkahak (iieeww). Demam tukar musim kata orang. Ngeheheh. Dah seminggu kot aku tak datang kelas Maahad. Petang ini (sekarang) ada majlis kesyukuran di dewan markaz. Yela, majlis kesyukuran semua pelajar Mansurah dah selamat kembali ke Mesir menyambung pengajian. Tapi aku tak pergi kerana kesihatan masih berada di tahap.. errr.. senang kata tak cukup sembuh lagi lah. Ye lah, batuk berkahak ni, membuatkan nafas aku menjadi pendek. Cepat mengah. Macam orang semput/ lelah pun ada.
Syukur AlhamduLillah. Sakit ini adalah kifarah dosa-dosa kecil.

Ok itu sahaja update untuk kali ini. Haha. Babai.



Monday, March 7, 2011

Nak Balik Mesir Semula

Assalamualaikum..

Update dari blog ini. Heheh. Masih dari bandar Labis. Heheh.

AlhamduLillah, Johor support anak-anak Johor yang belajar Mesir untuk pulang ke Mesir semula. Terima kasih banyak kepada kerajaan negeri Johor, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang sudi memberi bantuan. Jumlah keseluruhan bantuan bernila lebih kurang RM1.6 juta.

InsyaAllah aku akan terbang ke Kaherah dalam bulan ini juga tapi tarikh masih belum tepat. Tarikh cadangan antara 16 hingga 21 Mac ini. Dah bersedia untuk kembali ke kuliah. Yeay! (nada teruja).

Ok update ringkas sahaja. Babai.


Thursday, February 3, 2011

Mesir yang bakal dirindui..

Assalamualaikum.

Hari ini dengan gila kuasa nya, aku update semua blog-blog aku. Aku mengharapkan doa daripada kalian. Doakan kami di Mesir ini dalam keadaan selamat. Terima kasih.

Tinggal hari ini dan esok, untuk berkemas apa yang patut. Kemas barang nak balik Malaysia, kemas barang yang bakal ditinggalkan. Oh..sedihnya nak melangkah pergi. Isk..isk..

Aku sangat-sangat terharu dengan perhatian yang diberikan oleh rakan-rakan, keluarga, kerabat di Malaysia tentang keadaan aku di sini. Terima kasih banyak kepada semua. Terima kasih kerana masih mengenang aku. Walaupun mungkin mereka tak baca blog aku yang ini, tapi hanya Allah yang mampu membalas segala keikhlasan kamu dan mereka yang tak putus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku dan rakyat Malaysia lain di Mesir ini.

Mesir yang bakal ditinggalkan dan bakal dirindui. Serius, aku rasa macam mimpi. Betul ke semua ini berlaku? Sebelum ini aman sahaja, macam sekelip mata je boleh berubah. Rusuhan dan demonstrasi di mana-mana. Demonstrasi di hadapan mata, kerosakan bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank. Oh.. benarkah keadaan akan menjadi semakin buruk?

Terus doakan kami. Terima kasih. Jazakumullah khair.




Wednesday, January 26, 2011

Are You A New Blogger?

Assalamualaikum..

Kali ini mahu post entry di blog ini. Hihihihi. Banyak sangat blog kadang-kadang pening jugak nak manage. Ecehh. :p

Kalau perasan, semakin hari semakin ramai blogger baru muncul di pasaran. Heheh. Aku dah hampir dua tahun berblog, tak ada lah newbie sangat kot. Walaupun pengikut tak ramai, namun aku tetap bahagia. Weeee~. 

Ini blog 'backup'. Blog utama adalah blog ini.

Dan yang paling memberangsangkan ialah kebanyakan blogger baru masih lagi di bangku sekolah. Wow!. Hebatnya. Aku ni, dah sambung peringkat ijazah baru la mula buat blog (blogspot). Kadang-kadang aku terfikir, budak-budak kecil buat blog ni sebenarnya dipengaruhi oleh siapa? Hmmm...(berfikir sambil mengerutkan kening).

Apa dapat aku simpulkan, kebanjiran blogger baru adalah kerana mereka mendapat inspirasi untuk buat blog apabila selalu membaca blog-blog terkenal dan famous atau pengaruh daripada kawan-kawan. Heheh.


Isi Kandungan Blog/ Entry Blog

Biasanya kalau yang perempuan, mesti suka cerita pasal pakwe/ boyfriend masing-masing. Sungguh kebudak-budakan. Kui3. Suka hati lah, janji kamu bahagia. 

Then, mesti nak letak gambar-gambar tuan punya blog yang comel lagi cantik. Heheheh. Perempuan lah katakan.. biasa la tu.

Penggunaan Bahasa dan Ejaan

Aiyyo, ini yang bikin aku pening dan panas. Tahu je lah, teenager zaman sekarang. Semua perkataan mahu di shortform kan. Shortform tak kisah sangat, tapi tambahan huruf-huruf yang tak perlu dan macam nak terbelit lidah nak sebut, padahal baca dalam hati je. 

Contoh; tambahan huruf 'w' di belakang huruf 'e'; jew, pew, lew, kew
Dan banyak lah lagi contoh lain. Dik, bahasa itu jiwa bangsa. Menulis lah dengan menggunakan tatabahasa  dan ejaan yang betul. Walaupun kau sekadar bercerita tentang pakwe kau, jangan lah terlalu bahasa pasar sangat. Sakit mata akak ni dik. Adoii la.

Tapi kalau dah lama berblog, kau akan terbiasa menulis dengan ejaan penuh. Aku dulu masa awal-awal blogging, selalu juga guna shortform. Namun lama-kelamaan, telah kutinggalkan segala shortform dan menulis dengan ejaan penuh lagi tepat. (cewahh).

Bahasa kasar atau sopan? Hak masing-masing. Aku tak pernah kisah bahasa kau kasar ke, sopan ke, sempoi ke, semua pun aku baca.


Keterujaan Menambah dan Mencuba Pelbagai Widget Sebagai Penyeri Blog

Hahahah, blogger baru semua macam ni beb termasuk aku dulu. Kui3. Yang dah lama blogging pun masih suka cuba try test pasang widget, agak-agak boring, buang je la widget tu. Hehe. Biasa la, tengok blog orang ini, 'eh, macam best la widget ni'. Tengok blog orang itu, "eh, macam cool je widget ni, nak try la'. Hahahah. Menipu la kalau tak pernah berperasaan begitu. Nak jugak pasang widget cantik, menarik dan da bomb!

Tapi widget terlalu banyak pun, memberatkan blog je, so aku pun dah buang segala widget tak penting lagi tak diperlukan. Astalavista.



Keterujaan Memasang Iklan Nuffnang

Ada orang buat blog sebab nak buat duit? Betul ke? Boleh kata majoriti blog ada pasang iklan nuffnang, betul? Even yang baru daftar buat blog, terus daftar iklan nuffnang sekali. Eheks. 

Tengok lah, aku dua tahun berblog tak pernah pasang nuffnang pun. Banyak sangat ke pendapatan dari nuffnang? Kalau konsisten, selalu update, tak pe lah kot. Aku kadang-kadang (kalau time busy), update sebulan ada la dalam tiga atau empat kali je.


Keterujaan Mengumpul Followers?

Hohoho. Ini biasa berlaku bagi blogger baru. Hik hik. Tapi ada juga yang tak kisah langsung pasal followers (contohnya aku, kikiki). Tulis je la apa kau nak tulis dalam blog. Tak kisah orang baca ke tak kan? Hahah. Blog kan, dah macam dairy kehidupan gitu. Diari yang dikongsi dengan semua orang. Tiada rahsia di antara kita. (sambil kelip-kelip mata.. wink wink..).


Tapi bagus la bila anak remaja mula minat main blog. Sekurang-kurangnya tidaklah jadi buta IT. Lagipun blogspot ini free, tak kena bayar pun. Daripada berfoya-foya di luar rumah, lebih baik duduk rumah update blog atau baca blog orang, ye tak?

Akhir kata, majulah bloggers Malaysia untuk negara. (macam tak ada kaitan).

Ok..babai..





Saturday, January 22, 2011

Lughah Arabiah part 2

Assalamualaikum.

Harap maaf. Ini bukan entri mari belajar Bahasa Arab walaupun tajuk entri adalah Lughah Arabiah. Ini sambungan dari entri lepas. Huhu.

Adakah masih belum terlambat untuk aku memantapkan penguasaan Bahasa Arab aku? Memantapkan nahu dan sorof. Masih belum terlambat ke?

Kau boleh ke baca kitab yang dalam Bahasa Arab? (soalan untuk diri aku)
Setakat baca hentam boleh lah kot? Maksud aku hentam baris. Di sini lah pentingnya nahu dan sorof. Kalau kau tak mahir nahu dan sorof, dah tentu baris kau baca ada banyak salah. Kau mungkin faham dan tahu maksudnya dalam Bahasa Melayu, tapi bila tiba bab bariskan, hah ni yang berat ni. Maksud ayat betul tapi bila baca, baris ada salah. Bila baris salah, maksud perkataan dah bertukar.

Sebagai contoh, kitab aku. Kitab al-Hadi untuk subjek Qiraat. Boleh je baca dan faham maksudnya. (baca dalam hati). Tak perlu guru syarahkan pun dah boleh faham walaupun baca sendiri. Tapi cuba kau baca dengan kuat untuk mengajar orang (anak murid), betul ke baris-barisnya? (terutama baris hujung atau huruf terakhir untuk setiap kalimah/perkataan).

Ilmu Nahu: menentukan baris untuk huruf terakhir bagi setiap kalimah/perkataan.
Ilmu Sorof: menentukan baris selain huruf terakhir bagi setiap kalimah/perkataan.

Maksud ilmu Nahu dan Sorof yang aku sebut di atas itu adalah secara overall dan senang faham, sebenarnya lagi luas skop ilmunya.

Aku tak cakap pasal orang lain yang belajar Bahasa Arab tapi tak mahir berbahasa Arab. Aku cuma cakap pasal diri aku dan kelemahan diri aku. Mungkin ada juga atau ramai yang mengalami masalah seperti aku ini. 

Itu lah, dulu main-main masa belajar, sekarang kan dah susah. Andailah masa boleh diundur..memang aku tak akan sambil lewa belajar time sekolah dulu. Ok. Itu mustahil lah berlaku. Masa yang berlalu tetap berlalu. Tak guna kau menyesal sekarang.

Sebab itu aku TAK MAHU jadi cikgu/ ustazah/ pensyarah dan apa-apa lah yang tugasnya mengajar anak murid. Mengajar orang mengaji Quran tak apa, aku tak kisah.

Tapi cita-cita (cewahh, macam zaman budak-budak, cita-cita) aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini (since 2006) adalah untuk menjadi….

Jeng jeng jeng…







Pegawai Hal Ehwal Islam.

Kerja bahagian office, bukan mengajar. Heheheh.

Tamat. Babai.

                                                                                             

Thursday, January 20, 2011

Lughah Arabiah

Assalamualaikum.

Terus terang, kadang-kadang aku rasa menyesal tak belajar sungguh-sungguh masa sekolah menengah dulu. Banyak main. Tapi apa guna menyesal sekarang? Betul tak?

Mari mengimbau kisah silam…

Umur 13 tahun abah masukkan aku ke SMAKJ (Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor), sekolah yang ada aliran arab. Bukan setakat Bahasa Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi yang biasa tu, tapi memang full in Arabic. Waktu form 1 sampai form 3, selain 9 subjek untuk PMR, ada lagi 12 subjek dalam Bahasa Arab untuk SRA (Sijil Rendah Agama). 12 subjek itu adalah;
  1. Al-Quran (hafazan surah-surah terpilih)
  2. Nahu
  3. Sorof
  4. Insyak (karangan)
  5. Fiqh
  6. Hadith
  7. Khat
  8. Imlak (Ejaan)
  9. Tauhid
  10. Tafsir
  11. Tarikh (sejarah) Islam
  12. Mutala’ah


Sebab apa menyesal? Sebab aku masih tak mahir berbahasa arab fushah. Asasnya ialah Nahu dan Sorof. Tapi oleh kerana dulu tak belajar betul-betul dan sungguh-sungguh, sekarang bila dah besar dan belajar di Mesir, aku rasa susah. Aku mana sangka akan melanjutkan pelajaran ke sini (Mesir). Padan muka aku.

Yang aku rasa amat pelik lagi tak puas hati (ceh, tak puas hati tu) ialah, kawan-kawan aku yang pandai Bahasa Arab dulu masa di sekolah, selalu dapat Mumtaz (A=Cemerlang) tak mahu sambung pelajaran di Mesir pula. Alangkah ruginya spesis cerdik, bijak lagi pandai ini tidak mahu melanjutkan pelajaran di Mesir atau Jordan. Lebih suka masuk universiti tempatan yang glamour kononnya.

Kau patut bersyukur dapat belajar Bahasa Arab, bahasa Al-Quran, bahasa syurga. Tapi kau tidak menggunakan peluang itu sebaik-baiknya. Bukan semua orang dapat peluang.

Bersambung. Tiba-tiba putus idea. Hahah. Chow.


Monday, January 17, 2011

Pelat Bukan Cacat

Assalamualaikum.

Tajuk entri ringkas sangat ke? Sebenarnya ayat penuhnya adalah, ‘pelat itu bukanlah satu kecacatan atau kekurangan’. Heheheh. Ini tidak termasuk anak kecil yang baru belajar bercakap okay?

Samada kita sedar atau tidak, huruf-huruf yang paling popular orang tak boleh sebut dengan betul atau sempurna ialah huruf ‘R’ dan ‘S’. Senang kata pelat ‘R’ dan ‘S’ adalah biasa (bagi orang pelat? Huhuh). Huruf lain seperti ‘D’ dan ‘N’ (tapi jarang sikit kot berlaku).

Ada orang rasa rendah diri sebab dia pelat. Rilek la. Biasa la tu orang pelat ‘S’ atau ‘R’. Tak boleh sebut huruf dengan betul atau tepat kerana beberapa sebab atau factor. Mungkin sebab susunan gigi atau jarak gigi. Atau lidah terlalu panjang/ pendek (errkk??).

Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang menjadi imam tetapi dia pelat? Tak boleh sebut huruf ‘ra’ dengan betul. Adakah sah solat jemaah itu? Ada pendapat mengatakan orang pelat tak boleh jadi imam, atau tak digalakkan menjadi imam dalam solat kerana bacaannya tidak tepat atau tidak sempurna. Bila bacaan atau sebutan tidak tepat, dikhuatiri mengurangkan pahala. Setiap huruf hija’iyah itu ada hak-hak nya yang perlu ditunaikan dan disempurnakan. Namun solat tetap sah walau imamnya pelat (biasanya pelat ‘ra’).

Janganlah kita yang boleh sebut huruf ‘R’ (tidak pelat) mengajuk-ajuk orang yang tak boleh sebut huruf ‘R’ dengan betul. Tak baik buat begitu. Nak bergurau pun, agak-agak la kot. Kita mana tahu kalau member tu kecil hati tapi dia tak tunjuk, turut senyum dan gelak-gelak. Pada hal, terluka dan tersinggung hati siapa yang tahu. (T_T).

Contoh; Lisa Surihani yang tak boleh sebut ‘R’ dengan tepat. Ada pula wartawan bengong pergi interview dan tanya dia pasal tu. Bodoh jugak kot wartawan ni. Tak perlu kot buat macam tu. Ceh. Aku pulak emo, agaga.

Sebenarnya, berbanding huruf ‘R’, lagi ramai pelat ‘S’. Cuma teruk tak teruk je bezanya. Maksudnya, antara jelas atau tidak bunyi ‘S’ yang pelat atau tidak tepat. Kalau penyanyi pelat ‘S’, memang kedengaran la bunyi pelat itu bila dia menyanyi lagu yang mengandungi perkataan banyak huruf ‘S’. heheh. Tak ada pula orang nak ajuk atau komplen. Hoho. Kerana pelat ‘S’ itu normal, bukan cacat pun. Sama lah dengan pelat ‘R’.

Moralnya di sini, jangan suka mengajuk percakapan atau perkataan orang pelat ‘S’ atau ‘R’. Buruk perangai. Huhuh. Dan jangan rasa bangga bila kau langsung tak pelat. Pesanan ikhlas daripada Seimura. Weeee~


Friday, January 14, 2011

King of Bloggers

Assalamualaikum.

AlhamduLillah, selesai sudah. Lukisan telah siap, tinggal nak scan, then send ke emel brader salafussholih. Eh, macam salah eja. :D

Beberapa bulan yang lalu author blog salafus-sholih ada mintak tolong aku lukiskan sesuatu. Tapi aku mengambil masa yang sangat lama. Kasihan pula mereka. Maaf sangat. Kadang-kadang mood tak datang dan idea pun tak ada. Dah tu, kadang busy juga dengan kerja lain. Dah terbengkalai.

So, bila dah siap, lega lah aku. Dah tak ada ‘berhutang’. Ekeke. Tapi masih tak lega lagi coz aku belum scan, dan belum send ke emel. Uhuhu.

Oleh kerana blog aku ada banyak..(err..gila kuasa ke apa?), jadi aku telah susun blog mana yang akan di post entry, mengikut turutan (cehh..:p). Tapi ini bukanlah bermakna hari-hari aku akan post entry. Ini sementara aku tak berapa busy, bolehlah rajin nak manage and update blogs. Nanti kalau aku dah start busy, atau bermusafir ke Kaherah selama beberapa hari, dah tentu aku tak akan update mana-mana blog aku ini. Ataupun, kalau internet aku buat hal, tak ada line selama beberapa hari atau minggu, pun aku tak akan update melainkan aku rajin pergi cc.

Selama beberapa hari ini, line internet yang agak bagus dan cantik telah menyebabkan aku jadi rajin gila blogwalking. Haha. Bukan setakat blogwalking, tetapi aku rajin juga komen entry di blog kawan-kawan. Heheh. (melainkan blog tu berat sangat lambat loading, memang aku malas nak komen ahahaha). Oh sebenarnya ada satu lagi sebab lain, selain line internet yang mantap iaitu aku telah deactivate akaun Facebook lebih kurang seminggu (atau lebih) yang lalu. Hik hik. Aku tak lah rajin main FB, tapi ada lah buka selalu, baca status kawan-kawan dan berbalas komen. Ahaks. Bila dah tak ada FB, aku yang keboringan bila main internet, itu yang aku jadi rajin gilos update semua blog milik aku, blogwalking and drop komen.

Ada sebahagian entry (di mana-mana blog aku) telah aku schedule kan tarikh dan waktu entry akan di post. Sebab kadang-kadang line internet buat hal, tak boleh nak update pula walaupun ada idea nak menulis.

Oh. Twitter? Haha, aku merupakan pengguna twitter yang agak freshie. Best juga guna Twitter ni, ahaha. Eh, tak ada kat blog ni la. Hahah. Boleh add aku di Twitter, Seimura Shinda (promote kejap, hak hak). Eh, bukan add tapi follow la. Adehh. Apa-apa aje lah.

p/s: tak sabar nak mula cuti pertengahan semester. :p


Tuesday, January 11, 2011

Kisah Si Rabun dan Cermin Mata

Assalamualaikum.

Baru-baru ini Angah, Anje dan Alang mengunjungi satu kedai cermin mata. Alang yang nak buat spek baru. Oleh kerana hari dah lewat petang, tauke kedai benarkan mereka membawa beberapa contoh spek pelbagai design untuk dibawa pulang ke rumah, test dan pilih mana suka, esoknya baru datang ke kedai semula. Fuh. Betul punya baik hati beb pak arab ni. Kau ingat di Malaysia senang-senang ke tauke nak bagi kau bawa balik contoh spek untuk test di rumah? No way man!

Malam itu kami beramai-ramai (satu rumah, haha) mengetest dan mencuba semua jenis cermin mata pelbagai design itu. Sebenarnya semua agak lebar, ye lah, saiz muka orang Arab kan? Angah yang tak rabun pun tiba-tiba mahu beli juga, beli yang tiada power. Saja nak bergaya katanya. Ceh. Orang rabun kalau boleh tak mahu pakai spek, yang tak rabun pula saja-saja nak pakai spek. Apa daa..

Aku turut mencuba semua design cermin mata yang ada. Ekeke. Bila aku pakai spek yang tiada power, pandanganku kabur. Ye, aku memang rabun tapi sengaja tak nak buat cermin mata dan pakai cermin mata. Nanti kelihatan seperti sangat intelek (padahal tak pun) dan kelihatan seperti nerd atau ulat buku. Wohoho.

Sejak bila pula aku jadi rabun? Aku rasa sejak aku kerja jadi kerani dulu di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kerja menghadap computer sentiasa pagi sampai petang. Dan aku juga tak tahan silau (rabun silau?). Kali terakhir aku cek mata aku dulu (2008, dah lama gila kut? Ahahahah) power aku sebelah kiri 75, sebelah kanan 100. (So, adakah aku memang wajib pakai cermin mata?). Aku tak tahu la mesin itu betul atau tidak. Ngahahahah. Abah siap pesan juga, kalau nak buat spek, buat yang mahal terus, harga RM500 ke atas (mak oii), biar tahan lama dan berkualiti. Auchh. Time tu kan aku dah kerja, so guna lah duit gaji sendiri kalau betul nak buat spek. Tapi tak buat pun akhirnya, sebab aku nak melanjutkan pelajaran di Mesir. Jadi duit banyak nak pakai ooo. Spek tak berapa penting rasanya. Hahah. (ye ke?)

Aku rasa pandangan mata aku masih jelas. Itu yang aku rasa tak mengapa tak pakai spek. Seorang teman apabila aku beritahu aku rabun dan tak mahu pakai spek, dia pun berkata;

“Rugi sungguh. Kau akan tahu betapa terangnya duniamu apabila engkau memakai cermin mata.”

Dan aku pula membalas dengan ayat agak macam bagus lagi poyo;

“Tak apa lah. Pandangan terjaga sedikit. So, aku tak lah nampak dengan jelas kemungkaran dan kemaksiatan di hadapan mata. Agaga.” disertai gelak besar guling-guling (yahoo messenger). Heheheh.

Apa kata kau pakai contact lense (betul ke eja ni?). Lagi susah kot nak jaga. Aku pernah pakai saja-saja dulu warna hazel (fewit) yang tak ada power (lepas itu pandanganku kabur). Nak pakai sikit punya lama depan cermin beb. 20 minit ada agaknya. Pedih wo, berair dan merah mata aku ni ha. Kawan aku la yang pujuk suru pakai. Adesh. Itu lah kali pertama dan terakhir aku pakai kanta lekap. Uhuks.

Sampai bila nak hidup dalam 'kekaburan' ini? Hahaha.

Saturday, January 8, 2011

Syukur AlhamduLillah

Assalamualaikum.

Pada suatu hari, aku menaiki tremco untuk ke kuliah. Kebetulan masih ada ruang kosong untuk aku duduk. Biasanya waktu kemuncak (tengah hari) memang kenderaan awam seperti tremco ini penuh dan berebut-rebut orang nak naik.

Aku duduk berhadapan dengan satu famili arab. Seorang ayah bersama dua orang anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berumur dalam lingkungan belasan tahun, yang lelaki mungkin dalam dua tahun. Si ayah memangku anaknya yang berumur dua tahun. Comel budaknya, tengah makan roti.

Tak lama baru aku perasan yang budak kecil itu ada something. Anak mata dia seperti juling ke atas dan hampir tidak kelihatan. Aku rasa ada nama saintifik dia kejadian mata seperti itu. Sesiapa doctor di sini yang boleh bagitahu apa nama dia? Kasihan juga tengok. Adakah dia boleh melihat dengan normal seperti kita?

Dan selepas itu juga baru aku perasan tangan si ayah cacat, tidak sempurna. Sebelah kanan. Tiga jari bahagian tengah (telunjuk, hantu, manis) bersambung dan jari kelingking serta ibu jari juga ada kecacatan sedikit. Senang kata dengan tangan seperti itu, dia tidak boleh menggenggam atau memegang apa-apa. Aku tak rasa kecacatan itu sejak lahir tapi disebabkan kemalangan (contoh; tersimbah asid atau air panas, kemalangan jalanraya atau lain-lain). Aduh. Bertambah kasihan dan simpati melihat keadaan dua beranak ini.

Apabila kita melihat keadaan seperti ini, lantas kita akan rasa, oh betapa ada insan yang Allah uji tidak cukup sifat atau tidak sempurna. Dan kita akan menginsafi diri dan rasa rendah diri. Bersyukur tidak terhingga kerana Allah jadikan diri kita cukup sifat, tiada kecacatan. Cuba lah bayangkan hanya sebelah tangan sahaja yang kita boleh guna, sebelah lagi tidak. Pun kita sudah rasa sangat susah. Atau kita buta. Lagi susah. Tapi sesungguhnya setiap kejadian yang Allah ciptakan itu ada hikmahnya dan sebenarnya Allah menyuruh kita berfikir dan bersyukur.

Bagaimana nak menunjukkan rasa syukur? Senang sahaja. Amar makruf nahi mungkar. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Kita sama-sama mengislah diri, memperbaiki diri.