Wednesday, January 26, 2011

Are You A New Blogger?

Assalamualaikum..

Kali ini mahu post entry di blog ini. Hihihihi. Banyak sangat blog kadang-kadang pening jugak nak manage. Ecehh. :p

Kalau perasan, semakin hari semakin ramai blogger baru muncul di pasaran. Heheh. Aku dah hampir dua tahun berblog, tak ada lah newbie sangat kot. Walaupun pengikut tak ramai, namun aku tetap bahagia. Weeee~. 

Ini blog 'backup'. Blog utama adalah blog ini.

Dan yang paling memberangsangkan ialah kebanyakan blogger baru masih lagi di bangku sekolah. Wow!. Hebatnya. Aku ni, dah sambung peringkat ijazah baru la mula buat blog (blogspot). Kadang-kadang aku terfikir, budak-budak kecil buat blog ni sebenarnya dipengaruhi oleh siapa? Hmmm...(berfikir sambil mengerutkan kening).

Apa dapat aku simpulkan, kebanjiran blogger baru adalah kerana mereka mendapat inspirasi untuk buat blog apabila selalu membaca blog-blog terkenal dan famous atau pengaruh daripada kawan-kawan. Heheh.


Isi Kandungan Blog/ Entry Blog

Biasanya kalau yang perempuan, mesti suka cerita pasal pakwe/ boyfriend masing-masing. Sungguh kebudak-budakan. Kui3. Suka hati lah, janji kamu bahagia. 

Then, mesti nak letak gambar-gambar tuan punya blog yang comel lagi cantik. Heheheh. Perempuan lah katakan.. biasa la tu.

Penggunaan Bahasa dan Ejaan

Aiyyo, ini yang bikin aku pening dan panas. Tahu je lah, teenager zaman sekarang. Semua perkataan mahu di shortform kan. Shortform tak kisah sangat, tapi tambahan huruf-huruf yang tak perlu dan macam nak terbelit lidah nak sebut, padahal baca dalam hati je. 

Contoh; tambahan huruf 'w' di belakang huruf 'e'; jew, pew, lew, kew
Dan banyak lah lagi contoh lain. Dik, bahasa itu jiwa bangsa. Menulis lah dengan menggunakan tatabahasa  dan ejaan yang betul. Walaupun kau sekadar bercerita tentang pakwe kau, jangan lah terlalu bahasa pasar sangat. Sakit mata akak ni dik. Adoii la.

Tapi kalau dah lama berblog, kau akan terbiasa menulis dengan ejaan penuh. Aku dulu masa awal-awal blogging, selalu juga guna shortform. Namun lama-kelamaan, telah kutinggalkan segala shortform dan menulis dengan ejaan penuh lagi tepat. (cewahh).

Bahasa kasar atau sopan? Hak masing-masing. Aku tak pernah kisah bahasa kau kasar ke, sopan ke, sempoi ke, semua pun aku baca.


Keterujaan Menambah dan Mencuba Pelbagai Widget Sebagai Penyeri Blog

Hahahah, blogger baru semua macam ni beb termasuk aku dulu. Kui3. Yang dah lama blogging pun masih suka cuba try test pasang widget, agak-agak boring, buang je la widget tu. Hehe. Biasa la, tengok blog orang ini, 'eh, macam best la widget ni'. Tengok blog orang itu, "eh, macam cool je widget ni, nak try la'. Hahahah. Menipu la kalau tak pernah berperasaan begitu. Nak jugak pasang widget cantik, menarik dan da bomb!

Tapi widget terlalu banyak pun, memberatkan blog je, so aku pun dah buang segala widget tak penting lagi tak diperlukan. Astalavista.



Keterujaan Memasang Iklan Nuffnang

Ada orang buat blog sebab nak buat duit? Betul ke? Boleh kata majoriti blog ada pasang iklan nuffnang, betul? Even yang baru daftar buat blog, terus daftar iklan nuffnang sekali. Eheks. 

Tengok lah, aku dua tahun berblog tak pernah pasang nuffnang pun. Banyak sangat ke pendapatan dari nuffnang? Kalau konsisten, selalu update, tak pe lah kot. Aku kadang-kadang (kalau time busy), update sebulan ada la dalam tiga atau empat kali je.


Keterujaan Mengumpul Followers?

Hohoho. Ini biasa berlaku bagi blogger baru. Hik hik. Tapi ada juga yang tak kisah langsung pasal followers (contohnya aku, kikiki). Tulis je la apa kau nak tulis dalam blog. Tak kisah orang baca ke tak kan? Hahah. Blog kan, dah macam dairy kehidupan gitu. Diari yang dikongsi dengan semua orang. Tiada rahsia di antara kita. (sambil kelip-kelip mata.. wink wink..).


Tapi bagus la bila anak remaja mula minat main blog. Sekurang-kurangnya tidaklah jadi buta IT. Lagipun blogspot ini free, tak kena bayar pun. Daripada berfoya-foya di luar rumah, lebih baik duduk rumah update blog atau baca blog orang, ye tak?

Akhir kata, majulah bloggers Malaysia untuk negara. (macam tak ada kaitan).

Ok..babai..





Saturday, January 22, 2011

Lughah Arabiah part 2

Assalamualaikum.

Harap maaf. Ini bukan entri mari belajar Bahasa Arab walaupun tajuk entri adalah Lughah Arabiah. Ini sambungan dari entri lepas. Huhu.

Adakah masih belum terlambat untuk aku memantapkan penguasaan Bahasa Arab aku? Memantapkan nahu dan sorof. Masih belum terlambat ke?

Kau boleh ke baca kitab yang dalam Bahasa Arab? (soalan untuk diri aku)
Setakat baca hentam boleh lah kot? Maksud aku hentam baris. Di sini lah pentingnya nahu dan sorof. Kalau kau tak mahir nahu dan sorof, dah tentu baris kau baca ada banyak salah. Kau mungkin faham dan tahu maksudnya dalam Bahasa Melayu, tapi bila tiba bab bariskan, hah ni yang berat ni. Maksud ayat betul tapi bila baca, baris ada salah. Bila baris salah, maksud perkataan dah bertukar.

Sebagai contoh, kitab aku. Kitab al-Hadi untuk subjek Qiraat. Boleh je baca dan faham maksudnya. (baca dalam hati). Tak perlu guru syarahkan pun dah boleh faham walaupun baca sendiri. Tapi cuba kau baca dengan kuat untuk mengajar orang (anak murid), betul ke baris-barisnya? (terutama baris hujung atau huruf terakhir untuk setiap kalimah/perkataan).

Ilmu Nahu: menentukan baris untuk huruf terakhir bagi setiap kalimah/perkataan.
Ilmu Sorof: menentukan baris selain huruf terakhir bagi setiap kalimah/perkataan.

Maksud ilmu Nahu dan Sorof yang aku sebut di atas itu adalah secara overall dan senang faham, sebenarnya lagi luas skop ilmunya.

Aku tak cakap pasal orang lain yang belajar Bahasa Arab tapi tak mahir berbahasa Arab. Aku cuma cakap pasal diri aku dan kelemahan diri aku. Mungkin ada juga atau ramai yang mengalami masalah seperti aku ini. 

Itu lah, dulu main-main masa belajar, sekarang kan dah susah. Andailah masa boleh diundur..memang aku tak akan sambil lewa belajar time sekolah dulu. Ok. Itu mustahil lah berlaku. Masa yang berlalu tetap berlalu. Tak guna kau menyesal sekarang.

Sebab itu aku TAK MAHU jadi cikgu/ ustazah/ pensyarah dan apa-apa lah yang tugasnya mengajar anak murid. Mengajar orang mengaji Quran tak apa, aku tak kisah.

Tapi cita-cita (cewahh, macam zaman budak-budak, cita-cita) aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini (since 2006) adalah untuk menjadi….

Jeng jeng jeng…







Pegawai Hal Ehwal Islam.

Kerja bahagian office, bukan mengajar. Heheheh.

Tamat. Babai.

                                                                                             

Thursday, January 20, 2011

Lughah Arabiah

Assalamualaikum.

Terus terang, kadang-kadang aku rasa menyesal tak belajar sungguh-sungguh masa sekolah menengah dulu. Banyak main. Tapi apa guna menyesal sekarang? Betul tak?

Mari mengimbau kisah silam…

Umur 13 tahun abah masukkan aku ke SMAKJ (Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor), sekolah yang ada aliran arab. Bukan setakat Bahasa Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi yang biasa tu, tapi memang full in Arabic. Waktu form 1 sampai form 3, selain 9 subjek untuk PMR, ada lagi 12 subjek dalam Bahasa Arab untuk SRA (Sijil Rendah Agama). 12 subjek itu adalah;
  1. Al-Quran (hafazan surah-surah terpilih)
  2. Nahu
  3. Sorof
  4. Insyak (karangan)
  5. Fiqh
  6. Hadith
  7. Khat
  8. Imlak (Ejaan)
  9. Tauhid
  10. Tafsir
  11. Tarikh (sejarah) Islam
  12. Mutala’ah


Sebab apa menyesal? Sebab aku masih tak mahir berbahasa arab fushah. Asasnya ialah Nahu dan Sorof. Tapi oleh kerana dulu tak belajar betul-betul dan sungguh-sungguh, sekarang bila dah besar dan belajar di Mesir, aku rasa susah. Aku mana sangka akan melanjutkan pelajaran ke sini (Mesir). Padan muka aku.

Yang aku rasa amat pelik lagi tak puas hati (ceh, tak puas hati tu) ialah, kawan-kawan aku yang pandai Bahasa Arab dulu masa di sekolah, selalu dapat Mumtaz (A=Cemerlang) tak mahu sambung pelajaran di Mesir pula. Alangkah ruginya spesis cerdik, bijak lagi pandai ini tidak mahu melanjutkan pelajaran di Mesir atau Jordan. Lebih suka masuk universiti tempatan yang glamour kononnya.

Kau patut bersyukur dapat belajar Bahasa Arab, bahasa Al-Quran, bahasa syurga. Tapi kau tidak menggunakan peluang itu sebaik-baiknya. Bukan semua orang dapat peluang.

Bersambung. Tiba-tiba putus idea. Hahah. Chow.


Monday, January 17, 2011

Pelat Bukan Cacat

Assalamualaikum.

Tajuk entri ringkas sangat ke? Sebenarnya ayat penuhnya adalah, ‘pelat itu bukanlah satu kecacatan atau kekurangan’. Heheheh. Ini tidak termasuk anak kecil yang baru belajar bercakap okay?

Samada kita sedar atau tidak, huruf-huruf yang paling popular orang tak boleh sebut dengan betul atau sempurna ialah huruf ‘R’ dan ‘S’. Senang kata pelat ‘R’ dan ‘S’ adalah biasa (bagi orang pelat? Huhuh). Huruf lain seperti ‘D’ dan ‘N’ (tapi jarang sikit kot berlaku).

Ada orang rasa rendah diri sebab dia pelat. Rilek la. Biasa la tu orang pelat ‘S’ atau ‘R’. Tak boleh sebut huruf dengan betul atau tepat kerana beberapa sebab atau factor. Mungkin sebab susunan gigi atau jarak gigi. Atau lidah terlalu panjang/ pendek (errkk??).

Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang menjadi imam tetapi dia pelat? Tak boleh sebut huruf ‘ra’ dengan betul. Adakah sah solat jemaah itu? Ada pendapat mengatakan orang pelat tak boleh jadi imam, atau tak digalakkan menjadi imam dalam solat kerana bacaannya tidak tepat atau tidak sempurna. Bila bacaan atau sebutan tidak tepat, dikhuatiri mengurangkan pahala. Setiap huruf hija’iyah itu ada hak-hak nya yang perlu ditunaikan dan disempurnakan. Namun solat tetap sah walau imamnya pelat (biasanya pelat ‘ra’).

Janganlah kita yang boleh sebut huruf ‘R’ (tidak pelat) mengajuk-ajuk orang yang tak boleh sebut huruf ‘R’ dengan betul. Tak baik buat begitu. Nak bergurau pun, agak-agak la kot. Kita mana tahu kalau member tu kecil hati tapi dia tak tunjuk, turut senyum dan gelak-gelak. Pada hal, terluka dan tersinggung hati siapa yang tahu. (T_T).

Contoh; Lisa Surihani yang tak boleh sebut ‘R’ dengan tepat. Ada pula wartawan bengong pergi interview dan tanya dia pasal tu. Bodoh jugak kot wartawan ni. Tak perlu kot buat macam tu. Ceh. Aku pulak emo, agaga.

Sebenarnya, berbanding huruf ‘R’, lagi ramai pelat ‘S’. Cuma teruk tak teruk je bezanya. Maksudnya, antara jelas atau tidak bunyi ‘S’ yang pelat atau tidak tepat. Kalau penyanyi pelat ‘S’, memang kedengaran la bunyi pelat itu bila dia menyanyi lagu yang mengandungi perkataan banyak huruf ‘S’. heheh. Tak ada pula orang nak ajuk atau komplen. Hoho. Kerana pelat ‘S’ itu normal, bukan cacat pun. Sama lah dengan pelat ‘R’.

Moralnya di sini, jangan suka mengajuk percakapan atau perkataan orang pelat ‘S’ atau ‘R’. Buruk perangai. Huhuh. Dan jangan rasa bangga bila kau langsung tak pelat. Pesanan ikhlas daripada Seimura. Weeee~


Friday, January 14, 2011

King of Bloggers

Assalamualaikum.

AlhamduLillah, selesai sudah. Lukisan telah siap, tinggal nak scan, then send ke emel brader salafussholih. Eh, macam salah eja. :D

Beberapa bulan yang lalu author blog salafus-sholih ada mintak tolong aku lukiskan sesuatu. Tapi aku mengambil masa yang sangat lama. Kasihan pula mereka. Maaf sangat. Kadang-kadang mood tak datang dan idea pun tak ada. Dah tu, kadang busy juga dengan kerja lain. Dah terbengkalai.

So, bila dah siap, lega lah aku. Dah tak ada ‘berhutang’. Ekeke. Tapi masih tak lega lagi coz aku belum scan, dan belum send ke emel. Uhuhu.

Oleh kerana blog aku ada banyak..(err..gila kuasa ke apa?), jadi aku telah susun blog mana yang akan di post entry, mengikut turutan (cehh..:p). Tapi ini bukanlah bermakna hari-hari aku akan post entry. Ini sementara aku tak berapa busy, bolehlah rajin nak manage and update blogs. Nanti kalau aku dah start busy, atau bermusafir ke Kaherah selama beberapa hari, dah tentu aku tak akan update mana-mana blog aku ini. Ataupun, kalau internet aku buat hal, tak ada line selama beberapa hari atau minggu, pun aku tak akan update melainkan aku rajin pergi cc.

Selama beberapa hari ini, line internet yang agak bagus dan cantik telah menyebabkan aku jadi rajin gila blogwalking. Haha. Bukan setakat blogwalking, tetapi aku rajin juga komen entry di blog kawan-kawan. Heheh. (melainkan blog tu berat sangat lambat loading, memang aku malas nak komen ahahaha). Oh sebenarnya ada satu lagi sebab lain, selain line internet yang mantap iaitu aku telah deactivate akaun Facebook lebih kurang seminggu (atau lebih) yang lalu. Hik hik. Aku tak lah rajin main FB, tapi ada lah buka selalu, baca status kawan-kawan dan berbalas komen. Ahaks. Bila dah tak ada FB, aku yang keboringan bila main internet, itu yang aku jadi rajin gilos update semua blog milik aku, blogwalking and drop komen.

Ada sebahagian entry (di mana-mana blog aku) telah aku schedule kan tarikh dan waktu entry akan di post. Sebab kadang-kadang line internet buat hal, tak boleh nak update pula walaupun ada idea nak menulis.

Oh. Twitter? Haha, aku merupakan pengguna twitter yang agak freshie. Best juga guna Twitter ni, ahaha. Eh, tak ada kat blog ni la. Hahah. Boleh add aku di Twitter, Seimura Shinda (promote kejap, hak hak). Eh, bukan add tapi follow la. Adehh. Apa-apa aje lah.

p/s: tak sabar nak mula cuti pertengahan semester. :p


Tuesday, January 11, 2011

Kisah Si Rabun dan Cermin Mata

Assalamualaikum.

Baru-baru ini Angah, Anje dan Alang mengunjungi satu kedai cermin mata. Alang yang nak buat spek baru. Oleh kerana hari dah lewat petang, tauke kedai benarkan mereka membawa beberapa contoh spek pelbagai design untuk dibawa pulang ke rumah, test dan pilih mana suka, esoknya baru datang ke kedai semula. Fuh. Betul punya baik hati beb pak arab ni. Kau ingat di Malaysia senang-senang ke tauke nak bagi kau bawa balik contoh spek untuk test di rumah? No way man!

Malam itu kami beramai-ramai (satu rumah, haha) mengetest dan mencuba semua jenis cermin mata pelbagai design itu. Sebenarnya semua agak lebar, ye lah, saiz muka orang Arab kan? Angah yang tak rabun pun tiba-tiba mahu beli juga, beli yang tiada power. Saja nak bergaya katanya. Ceh. Orang rabun kalau boleh tak mahu pakai spek, yang tak rabun pula saja-saja nak pakai spek. Apa daa..

Aku turut mencuba semua design cermin mata yang ada. Ekeke. Bila aku pakai spek yang tiada power, pandanganku kabur. Ye, aku memang rabun tapi sengaja tak nak buat cermin mata dan pakai cermin mata. Nanti kelihatan seperti sangat intelek (padahal tak pun) dan kelihatan seperti nerd atau ulat buku. Wohoho.

Sejak bila pula aku jadi rabun? Aku rasa sejak aku kerja jadi kerani dulu di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kerja menghadap computer sentiasa pagi sampai petang. Dan aku juga tak tahan silau (rabun silau?). Kali terakhir aku cek mata aku dulu (2008, dah lama gila kut? Ahahahah) power aku sebelah kiri 75, sebelah kanan 100. (So, adakah aku memang wajib pakai cermin mata?). Aku tak tahu la mesin itu betul atau tidak. Ngahahahah. Abah siap pesan juga, kalau nak buat spek, buat yang mahal terus, harga RM500 ke atas (mak oii), biar tahan lama dan berkualiti. Auchh. Time tu kan aku dah kerja, so guna lah duit gaji sendiri kalau betul nak buat spek. Tapi tak buat pun akhirnya, sebab aku nak melanjutkan pelajaran di Mesir. Jadi duit banyak nak pakai ooo. Spek tak berapa penting rasanya. Hahah. (ye ke?)

Aku rasa pandangan mata aku masih jelas. Itu yang aku rasa tak mengapa tak pakai spek. Seorang teman apabila aku beritahu aku rabun dan tak mahu pakai spek, dia pun berkata;

“Rugi sungguh. Kau akan tahu betapa terangnya duniamu apabila engkau memakai cermin mata.”

Dan aku pula membalas dengan ayat agak macam bagus lagi poyo;

“Tak apa lah. Pandangan terjaga sedikit. So, aku tak lah nampak dengan jelas kemungkaran dan kemaksiatan di hadapan mata. Agaga.” disertai gelak besar guling-guling (yahoo messenger). Heheheh.

Apa kata kau pakai contact lense (betul ke eja ni?). Lagi susah kot nak jaga. Aku pernah pakai saja-saja dulu warna hazel (fewit) yang tak ada power (lepas itu pandanganku kabur). Nak pakai sikit punya lama depan cermin beb. 20 minit ada agaknya. Pedih wo, berair dan merah mata aku ni ha. Kawan aku la yang pujuk suru pakai. Adesh. Itu lah kali pertama dan terakhir aku pakai kanta lekap. Uhuks.

Sampai bila nak hidup dalam 'kekaburan' ini? Hahaha.

Saturday, January 8, 2011

Syukur AlhamduLillah

Assalamualaikum.

Pada suatu hari, aku menaiki tremco untuk ke kuliah. Kebetulan masih ada ruang kosong untuk aku duduk. Biasanya waktu kemuncak (tengah hari) memang kenderaan awam seperti tremco ini penuh dan berebut-rebut orang nak naik.

Aku duduk berhadapan dengan satu famili arab. Seorang ayah bersama dua orang anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berumur dalam lingkungan belasan tahun, yang lelaki mungkin dalam dua tahun. Si ayah memangku anaknya yang berumur dua tahun. Comel budaknya, tengah makan roti.

Tak lama baru aku perasan yang budak kecil itu ada something. Anak mata dia seperti juling ke atas dan hampir tidak kelihatan. Aku rasa ada nama saintifik dia kejadian mata seperti itu. Sesiapa doctor di sini yang boleh bagitahu apa nama dia? Kasihan juga tengok. Adakah dia boleh melihat dengan normal seperti kita?

Dan selepas itu juga baru aku perasan tangan si ayah cacat, tidak sempurna. Sebelah kanan. Tiga jari bahagian tengah (telunjuk, hantu, manis) bersambung dan jari kelingking serta ibu jari juga ada kecacatan sedikit. Senang kata dengan tangan seperti itu, dia tidak boleh menggenggam atau memegang apa-apa. Aku tak rasa kecacatan itu sejak lahir tapi disebabkan kemalangan (contoh; tersimbah asid atau air panas, kemalangan jalanraya atau lain-lain). Aduh. Bertambah kasihan dan simpati melihat keadaan dua beranak ini.

Apabila kita melihat keadaan seperti ini, lantas kita akan rasa, oh betapa ada insan yang Allah uji tidak cukup sifat atau tidak sempurna. Dan kita akan menginsafi diri dan rasa rendah diri. Bersyukur tidak terhingga kerana Allah jadikan diri kita cukup sifat, tiada kecacatan. Cuba lah bayangkan hanya sebelah tangan sahaja yang kita boleh guna, sebelah lagi tidak. Pun kita sudah rasa sangat susah. Atau kita buta. Lagi susah. Tapi sesungguhnya setiap kejadian yang Allah ciptakan itu ada hikmahnya dan sebenarnya Allah menyuruh kita berfikir dan bersyukur.

Bagaimana nak menunjukkan rasa syukur? Senang sahaja. Amar makruf nahi mungkar. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Kita sama-sama mengislah diri, memperbaiki diri.