Saturday, April 7, 2012

Si Nakal






Assalamualaikum.

Si kecil di atas ini bernama Muhammad Ziyad Afif bin Zuhairi. Anak jiran yang mak aku jaga. Entah dari mana adik-adik aku dapat gambar-gambar ini, dari facebook bapaknya agaknya hahah. Sekarang sudah berusia dua tahun sebulan tapi masih tak pandai cakap. Hanya bercakap bahasa yang mungkin cuma dia yang faham.


Thursday, April 5, 2012

Alamak.. 2 minggu lagi!




Assalamualaikum.

Pelamin di atas adalah dekorasi di majlis kawen jiran aku tanggal 5 Februari lepas. Pandangan dari tepi dan kepala kena sengetkan sikit. Kui kui.

Tiba-tiba hari tu aku rasa macam nak jadi wedding planner lepas tonton cerekarama tv3 tajuknya "Alamak.. 7 hari lagi". Tajuk pun dah kelakar gitu dan ceritanya best la bagi aku. Jom kita layan gambar lagi. Lalala..





Saturday, December 17, 2011

Si Gemuk


Assalamualaikum.

Dah lama tak letak gambar kan? Kali ini saje aku nak post satu gambar. Salah seekor anak kucing yang diberi nama Gemuk kerana beliau paling gemuk antara adik-beradiknya heheh. Betina. Sekarang dah besar sikit. Ekor dia pun gemuk jugak tau. Comel kan? Heeee.

Ok bai.