Tuesday, January 11, 2011

Kisah Si Rabun dan Cermin Mata

Assalamualaikum.

Baru-baru ini Angah, Anje dan Alang mengunjungi satu kedai cermin mata. Alang yang nak buat spek baru. Oleh kerana hari dah lewat petang, tauke kedai benarkan mereka membawa beberapa contoh spek pelbagai design untuk dibawa pulang ke rumah, test dan pilih mana suka, esoknya baru datang ke kedai semula. Fuh. Betul punya baik hati beb pak arab ni. Kau ingat di Malaysia senang-senang ke tauke nak bagi kau bawa balik contoh spek untuk test di rumah? No way man!

Malam itu kami beramai-ramai (satu rumah, haha) mengetest dan mencuba semua jenis cermin mata pelbagai design itu. Sebenarnya semua agak lebar, ye lah, saiz muka orang Arab kan? Angah yang tak rabun pun tiba-tiba mahu beli juga, beli yang tiada power. Saja nak bergaya katanya. Ceh. Orang rabun kalau boleh tak mahu pakai spek, yang tak rabun pula saja-saja nak pakai spek. Apa daa..

Aku turut mencuba semua design cermin mata yang ada. Ekeke. Bila aku pakai spek yang tiada power, pandanganku kabur. Ye, aku memang rabun tapi sengaja tak nak buat cermin mata dan pakai cermin mata. Nanti kelihatan seperti sangat intelek (padahal tak pun) dan kelihatan seperti nerd atau ulat buku. Wohoho.

Sejak bila pula aku jadi rabun? Aku rasa sejak aku kerja jadi kerani dulu di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kerja menghadap computer sentiasa pagi sampai petang. Dan aku juga tak tahan silau (rabun silau?). Kali terakhir aku cek mata aku dulu (2008, dah lama gila kut? Ahahahah) power aku sebelah kiri 75, sebelah kanan 100. (So, adakah aku memang wajib pakai cermin mata?). Aku tak tahu la mesin itu betul atau tidak. Ngahahahah. Abah siap pesan juga, kalau nak buat spek, buat yang mahal terus, harga RM500 ke atas (mak oii), biar tahan lama dan berkualiti. Auchh. Time tu kan aku dah kerja, so guna lah duit gaji sendiri kalau betul nak buat spek. Tapi tak buat pun akhirnya, sebab aku nak melanjutkan pelajaran di Mesir. Jadi duit banyak nak pakai ooo. Spek tak berapa penting rasanya. Hahah. (ye ke?)

Aku rasa pandangan mata aku masih jelas. Itu yang aku rasa tak mengapa tak pakai spek. Seorang teman apabila aku beritahu aku rabun dan tak mahu pakai spek, dia pun berkata;

“Rugi sungguh. Kau akan tahu betapa terangnya duniamu apabila engkau memakai cermin mata.”

Dan aku pula membalas dengan ayat agak macam bagus lagi poyo;

“Tak apa lah. Pandangan terjaga sedikit. So, aku tak lah nampak dengan jelas kemungkaran dan kemaksiatan di hadapan mata. Agaga.” disertai gelak besar guling-guling (yahoo messenger). Heheheh.

Apa kata kau pakai contact lense (betul ke eja ni?). Lagi susah kot nak jaga. Aku pernah pakai saja-saja dulu warna hazel (fewit) yang tak ada power (lepas itu pandanganku kabur). Nak pakai sikit punya lama depan cermin beb. 20 minit ada agaknya. Pedih wo, berair dan merah mata aku ni ha. Kawan aku la yang pujuk suru pakai. Adesh. Itu lah kali pertama dan terakhir aku pakai kanta lekap. Uhuks.

Sampai bila nak hidup dalam 'kekaburan' ini? Hahaha.

14 comments:

Anonymous said...

hahaha
ayat tak leh blah..
sy rabun!
tp malas nk pakai...

Seimura said...

Hahaha. Biasa la, ayat mesti nak gempak.

KAlau pakai macam kurang macho kot? eh yeke? haha.

aminmenulis said...

Wah.. seronok leh bawak balik rumah.. Tapi check mata kat Mesir ni tak berapa pro la. huhu.. Rasa malas je nak pergi buat spek kat sini.

Memang syok tak pakai spek, xde la terkial2 nak bawak sana sini.. tp dah terpaksa, pakai la jugak.. huhu.. Paling tak best bila nak main, nak bawak motor dll..

Faaein Himura said...

rabun rupanya.. pi lah uat spek mata cik seimura oi..

tapi.. memang tak best pakai spek ni.. cam budak baik aje.. hahaha..

sy pun rabun juga.. uwaaa... T__T

Seimura said...

To Amin

OH yeke. tapi ramai jugak yang buat spek kat sini. hehe.

Tapi kalau rabun teruk, memang harus (wajib) pakai spek tu. heheh.


To Faaein Himura

Adoi, tak ada uwang la Cik Faarihin. haha.

Itu lah, suci dan kudus gitu.

Oh kesahnya, teruk ke rabunnya?

Faaein Himura said...

boleh tahanlah rabun ni.. adalah dekat 300 powernya.. tapi tak de lah teruk mana pun.. cuma kalau tak pakai spek.. gerenti org cop kita sombong.. haish.. tgh berusaha tak nak pakai spek ni.. cik seimura de apa2 tips tak? hehehe.. =]

Yutaka Mushimura said...

perlu pakai spek kalu rabun...nanti makin teruk...:)

Seimura said...

To Faeen Himura

Wah, teruk jugak rabun tu sampai 300. ngeee. sombong ke? ekeke. tips? kena banyak tengok tumbuhan hijau tips terbaik kot? hehe.


To Yutaka Mushimura

Eh yeke? Tapi orang pakai spek kata, kalau pakai spek nanti power makin bertambah, bukan makin elok. ngeee..

aminmenulis said...

1. Kalau tak pakai spek nanti mate sepet macam jepun.. haha..
2. Kalau nak drive tak nampak signboard, lubang, dll.
3. Malam sori la, mmg kompem silau n blurr.
4.Murah je la buat spek kat Mesir ni, ada kawan tu beli bingkai kat atabah 10genih je, pastu pg kedai buat cermin. Suma skali abis la dalam 150genih. hehe.. (spek yg ana pakai ni la yg dimaksudkan, +pinjam, spek sendiri patah T_T huhu)
5. Kalau rabun pakai la spek, pastu jgn ngadap laptop lama2, jangan baca dalam gelap. InsyaAllah, power takkan bertambah. hehe.. cakap mcm pro je, tp semua yg dicakap xbuat. rasanya mcm dah power nih.. haish.. haha..

Seimura said...

To Amin.

Wah siap ada nombor tu. nak balas dgn nombor jugak la. agaga.

1. Wah, Japanese look la ni ye? Ekeke.
2. Sebab itu wajib pakai. haha.
3. Malam lagi wajib pakai spek. hehe.
4. Yup, ramai jugak kawan cakap, buat spek kat Mesir murah kosnya. haha.
5. Oh, memang tips yang baik tu. terima kasih. hehe.

Unknown said...

muahah..lepas bace blog ko aku jadi rase mcam dok mesir balik jer..

Seimura said...

To JIJI YU

Oh yeke? Dulu belajar di Mesir ke?

Anonymous said...

mata tu dah tahap wajib pakai! haha
saje dengki sbb saya pun pakai spek

Seimura said...

Eh betul ke tahap wajib ni Tim? Err...