Saturday, August 27, 2016

Aku ke yang patut minta maaf?

Assalamualaikum...

    Update di blog ni bagi meriah sikit.  Hahaha.

      Perkara ni dah sebulan lebih berlalu. Yelah sejak raya puasa hari tu sampai sekarang ni nak raya haji pulak. Aku tak mau bersengketa tapi keadaan yang buat aku jadi rasa'.. Hmm aku ke yang salah?

   Asal cerita pergaduhan antara adik beradik. Satu malam masa di rumah mil zauji dan kakaknya (sil aku) bertengkar dan mula lah episod pergaduhan. Masa tu masing-masing dah bersiap nak balik rumah sendiri lah. Dia balik Ulu Tiram kami balik Pulai. Dah gaduh macam tu memang takde la bersalaman antara kitorang. Ok lagi. Masa sil nak masuk kereta dia membebel lepas ni memang tak kan balik kampung saing lagi la. Dalam hati aku bagus aku pun tak hingin balik kampung kalau kau pun ada. Sejak dulu pun aku tak suka kalau famili dia ada balik juga time kami balik rumah mil. Ada lah banyak sebabnya.

       Aku ingat dah habis la kat situ.  Rupanya sambung meroyan kat fb esoknya. Update status mengata menghina dan tak puas hati. Thats so her. Memang suka update status di fb bila tak puas hati dengan sesiapa pun. Asalnya aku tak tahu pun dia meroyan. Tapi boleh pula zauji tag fb aku. Nak suruh aku baca la tu. Aku takde balas apa-apa pun. Diorang sesama adik beradik berbalas komen kat status masing2. Kaw2 la elder sil kutuk aku. Macam2 dia mengata. Aku tak balas langsung. Biar je. Tapi malu gila la semua orang boleh baca kot. Aku sabar je.

    Jadi persoalannya, adakah aku yang bersalah? Sepatutnya sil yang minta maaf kat aku betul tak? 

  Aku memang buat tak tahu je. Tak luak pun la kalau tak berbaik dengan kau. Eh, perlu ke berbaik dengan spesis manusia macam kau ek? Tak perlu kot. Tak ingin aku berhubungan dengan manusia macam tu. Nanti aura negatif melekat pulak kat aku ni, boleh jadi stress.

   Kita tengok lah sampai bila dua beradik ni ketegaq tak mau bertegur sapa. Tengok siapa yang akan mengalah. Dua2 pun ego, panas baran.

Saturday, August 13, 2016

Hari Marah Sedunia

Assalamualaimum.  

   Hai hai hai. Lamanya tak update blog ni.  Ini aku rajin update sikit sementara menunggu makanan delivery sampai. Hah. Mula la aku rasa nak maki sekarang ni. Sabar. Dah pukul 12 belum sampai lagi. Biasa sampai dalam 11 lebih.

    Aku dah order dari malam tadi la untuk delivery hari ni. Ok takpe la. So tadi dalam pukul 11 aku order air big cup pulak (seller lain).  Lepas tu aku terus turun bawah la bawak Naim. Tunggu kat bawah so aku alert la diorang sampai. Air big cup sampai pukul 11.30. Set lunch aku order belum sampai lagi. Jannah plak minta kentang dan bubur. Terpaksa order mekdi lah ni. Dia tak mau nasi. Ok bermulalah episode hangin satu badan bila order online tak boleh. Tadi dah mula marah nasi belum sampai lagi.

    10minit juga aku try online tapi gagal. Soap restart telepon kot fon dan line tenet aku bermasalah jugak. Ada notis kata sedang dalam masalah dan suruh call hotline 1300 tu lah. Ok fine.

     Call pun punya lama nak sambung ke orangnya. Aku bagitau la sekian-sekian masalah tak boleh order online. Dan dia Tanya nama, no tel, alamat. Aku dah pelik.   Kan ada rekod. Taip je no hp akan keluarlah semua maklumat. Ok aku sabar lagi. Lepas tu mintak emel pulak. Hai lain macam. Rupanya nak register man akaun online aku. Bangangnya. Aku pun bagitau aku dah ada dan dah banyak kali order online cuma hari ni je bermasalah tiba-tiba tak boleh.

   Then dia nak to long order kan thru online la guna nama aku. Ok fine aku bagi emel dan password. Adoi punya lah lembap nak pilih order sampai Naim dah start merengek tak stabil. Aku dah order set happy meal dulu. Pastu lamanya lahai. Naim dah menangis. Aku dah start naik hantu.  Sebelum tu memang nada suara aku biasa je takde marah dan tinggi suara.

    Then dia cakap. Baru 8.50 ni cek belum cukup minimum order. Aku dah menyinga aku jawab tengking. Memang la saya nak order lagi yang awak tu lambat sangat kenapa? Saya nak set chicken mcdeluxe air tukar Milo ais. Cepat kira berapa kena bayar anak saya dah menangis ni.

   Lepas tu tanya lagi nak order apa. Pehh pekak me tadi tak dengar. Aku ulang balik. Then tanya large ke medium aku jawab medium. Kena marah lagi dengan aku tapi tak la keluar kata-kata kesat dan makian. Kena tengking la suruh cepat. Grrr... Lembap Gila.

   Ni sekarang tengah tunggu mekdi dan nasi. Yang set nasi ni pun sikit lagi aku nak seranah ni masih belum sampai lagi. Hotak dia! Ada kang mekdi yang sampai dulu. Dah la kelaparan. Pfftttt.