Tuesday, June 28, 2011

Suci Sekeping Hati (bukan lirik lagu Saujana)


Assalamualaikum.

Saje nak update untuk bulan Jun 2011. Hahahah.

Ini adalah kisah benar. *nada serius* (poyo lak)

Ahad (26 Jun) aku melangkar keluar dari rumah nak ke dewan exam. Hari ini paper Ulumul Quran dan Dhobtul Quran. Subjek yang agak killer. Baca buku sudah, doa sudah, tawakal lah seadanya. Macam biasa aku menaiki tremco untuk ke Maahad. Tremco yang agak kosong dan lengang. AlhamduLillah. Sepanjang perjalanan aku berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Biasa la tu orang lain pun buat jugak heheh.

So aku bayar tambang 50sen kepada konduktor. Bila tremco u-turn di Istad, tiba-tiba konduktor jerit,

"Tir'ah! Tir'ah! Tir'ah!"

Huh? Aku dah rasa pelik. Bukankah tremco ini menuju Dirasat? Bukan Tir'ah. Apakah yang berlaku ni? Aku salah naik apa? Tiba-tiba konduktor suruh aku turun dan naik tremco belakang yang nak pergi Dirasat. Aku pun menurut sahaja. Agaknya memang tremco tadi nak terus ke Tir'ah walaupun tertulis Dirasat di hadapan tremco.

Jadi aku naik tremco kedua yang agak lengang juga. Tak lama lepas tu, konduktor tremco kedua ini mintak duit tambang. Aku cakap la aku dah bayar kat tremco yang tadi. Dia pun tak mintak lagi dan terus diam. Dalam hati aku, rasa menyesal sebab bayar awal-awal tadi pada tremco tadi. Hampeh betol la.

Tapi hati aku rasa kasihan pula. Jauh lagi nak sampai Dirasat, tak patut pulak aku tak bayar. 50sen je pun apa lah sangat. Aku pun keluarkan duit dan bagi pada konduktor. Dia macam serba salah nak terima tapi dia ambil juga duit. Dia siap tanya, "Kau betul ke nak bayar kat aku ni?". Aku angguk. Dan aku sambil berdoa dalam hati, 'Mudah-mudahan dengan aku membayar lebih tambang untuk hari ini, Allah mudahkan aku untuk jawab exam nanti. Ameen'. Aku benar-benar redha dan ikhlaskan hati aku setulusnya. Ye lah, kadang-kadang kan menyumpah jugak dalam hati bila tak puas hati macam kena tindas pulak hahah.

Bila dapat soalan dan baca (ini cerita dah dalam dewan exam pula), mata aku bersinar-sinar gitu. AlhamduLillah, apa yang aku fokus dan target keluar. Memang la baca semua tapi mesti ada jugak yang kau tumpu lebih kan?

Moralnya di sini, buat baik dengan semua makhluk Allah tak kira manusia ke binatang dan tumbuhan. Sentiasa minta maaf dengan semua orang dan memaafkan semua orang. InsyaAllah. Urusanmu akan dimudahkan oleh Allah. Taqarrub dengan Allah itu sudah tentu, doa pun mesti, usaha pun mesti, tapi hubungan baik sesama makhluk Allah juga perlu.

Sebenarnya macam tak berkaitan dengan tajuk tapi hentam saja lah. Doakan aku nak exam lagi Ahad ini (3 Julai) dan Selasa (5 Julai).

Ok itu sahaja. Sekian.