Saturday, January 23, 2010

Kenali rumahku di Mansurah, Mesir. (part 2)

Pintu masuk rumah aku.



Sebelah kiri tu pintu dapur.



Ruang dapur rumahku yang comel dan kecil. Limit boleh masuk 3 orang sahaja dalam satu-satu masa. Kalau terlebih akan berlaga bontot bila nak lalu huhuh.



Ruang tengah rumah aku. Kami berlima makan di sini la. Beralaskan saprah dan duduk bersimpuh ala-ala gadis melayu terakhir. Auww!



Sebelah kiri adalah pintu bilik air, sebelah kanan pintu dapur, tengah-tengah itu mesin basuh. Dapur dan bilik air kecil je tak la besar. Kami bersyukur seadanya..



Sebelah kanan adalah pintu bilik aku. Bilik aku paling dekat dengan bilik air.



Aku berdiri di pintu dapur masa snap gambar ini. Tiga-tiga itu adalah pintu bilik kami.



Pintu bilik Along (aku) dan Alang.



Pintu bilik Achik dan Adik. (sebelah bilik Along dan Alang)



Bilik Angah. Angah duduk sorang sebab bilik ini paling kecil.



Jadual memasak chef-chef Al-Mawardy.



Carta organisasi (cehh).



Pehhh sejuk gilos sekarang ini aku menggigil-gigil menaip. Weeee. Pagi tadi time sidai kain berasap-asap hidung dan mulut bila bernafas dan bercakap. Dalam rumah pun berasap-asap bila bercakap (bukan asap rokok ok). Bila sejuk-sejuk begini mata memang cepat mengantuk dan asyik nak tidur je. Kalau dapat tidur 18 jam sehari alangkah indahnya...hahah. Melampaunya.. kalah baby baru lahir.

Semalam adik aku tetiba buat entri pasal aku kat blog dia dan aku serius terharu giler wei. Yang lagi best beliau telah memecahkan rahsia aku yang suka menulis dan mengarut dalam tulisan muahahaha. Memang benarlah apa yang beliau ceritakan pasal aku tu bukan bohong.

Tapi Sarah memang blogger femes la kan aku cuma blogger amatur sekadar memeriahkan dunia blog kuing3..
Tapi mungkin masih ramai confuse siapa kakak siapa adik ni? Aku adalah kakak sulung yang lahir tahun 1985 dan Sarah lahir tahun 1987. Dah clear sekarang? Huhuhu.

Kali ini aku cuma ambil gambar keadaan dalam rumah sahaja dan kedudukan bilik. Tak sangka pula ramai teruja dengan gambar-gambar sebelum ini dan minta aku upload lebih banyak gambar lagi. Asalnya memang nak tunjuk pada Sarah dan suruh dia save tapi dah namanya pun blogger mesti la semua orang tengok. Hoho.

Di entri lain kali aku akan upload gambar-gambar lain pla. Di mana dan apa dia? Biarlah rahsia..hua2.

p/s: serius aku mengantuk gila ni macam nak tido tapi petang ni giliran aku masak lak. Adehh..

22 comments:

hBz said...

erk.sejuk jemur kaen? macamane tu? selalunye. berapa hari diperlukan? ahaks =p

Seimura said...

hbz....
cuaca mmg sejuk tp matahari tetap memancar dgn riangnya. lgpun kan dh spin siap2. senang la kering. lalalala..

Boneka tak sakit said...

huhuh :P aku tak tahan tu ada carta organisasi tu hahahaha
:P

adesh cute yer rumah korang!!
rasa mcm nak melawat je wei!

ahh aku pown mungkin ban buat entry camnie! nanti lah mungkin hari nie mungkin besok!


3org jer boleh masuk dlm satu masa kalau xberlaga bontot auw~ nyah u nie pandai buat seksual harsment hahaha :)

fiD said...

lepas nie tunjuk la pulok keadaan pembelajaran dlm kelas ea???

hee, bukan yg claz kosong lagi, hee =P.. ingat taw nur, huuhh

nursarah said...

haha, mana ada aku fames.. wakaka!
woi aku sukala carta tuh.. turn memasak pun comeyl!

Kapten said...

along? ko paling tua ler kan?
org tua... haha

Seimura said...

boneka....
biasalah sistematik la katakan..
mai la melawat kalau berani. hahaha.
ceh nak wt jugak ke? silakan2..
ahahahaha mana ada. hbs tu ayat ape lg yg sesuai utk menggambarkan dapur rumahku yg kecil itu? huhu


fid....
ahahahha xjanji la yg tu. kang pensyarah denda aku berdiri luar kelas lak kesian aku hoho.
wahh tetiba teringat nur amina. weee...


sarah....
ko mmg popular gitu hahah.
weee biasalah nak dpt award bait mithali muahahah.


kapten luffy....
mmg aku plg tua tapi ko lagi tua drpd aku atok ah fatt. hahahah.

Tawel Sensei said...

Along, kau masak apa setiap khamis? Kebab ke?

fya zainal said...

owhhh comeel aje umah tu
mcm umah org melayu kat msia juga kan^^

eikkk gambar lah lg bangunan2 kat sn^^

Seimura said...

tawel sensei....
wuii xde la masak kebab. masak cm biase la nasi ngn lauk kampung @ tradisional. ngeh ngeh...


fya zainal....
memang comel hihihi.
yup lbh kuarang la..
ok2 tgu entri slps ini. jeng jeng jeng...

amirah said...

bilik along ada...
alang ada.....
angah ada..
achik ada...
adeq ada.....

eh bilik pengantin mna?
ngeh3x...

Seimura said...

amirah....
hah? bilik pengantin?? ooo tu kena sewa rumah lain la nampaknya. haha.

::[si putihpurple]:: said...

1 je soklan cepumas dr aku yg comel..

pehal umah ko mcm msia je???ahhh..bncinyerrr..kalo korg homesik jgk xtau ler nk ckp ape..heh~

Tawel Sensei said...

Huish mujur tak reti masak kebab. Kalau tak, memang aku tak teragak-agak nak hantar rombongan meminang!

Solehah said...

siap ada jadual memasak yg proper lg eh..baguih no..mesti blk msia nnt korang ada trus org meminang, ya la ..dah la pandai, pastu terer msk lak..kagum2..

Seimura said...

si putihpurple.....
alalalala...comelnye ko putih. haha.
yeke sama? tp xsama pun cam umah aku mahupun umah atok aku. so aku tetap homesick. weeeee...


tawel sensei.....
ngeeee.... encik tawel ni buat hatiku berdegup kencang tetiba. auw!
hey lain kali kalau g barcelona lg ajak aku eh? lalalalala...


solehah....
hohoh ni la tanggungjawab, mst ade giliran. kalau x, mengelat asyik org yg sama je masak huhu.
mane ade terer nya..ala kadar je.

kawie2020 said...

hehhehehehe... comel je umah seimura nih... organised dan teratur... dah bleh nikah dah cam nih... hehehhehehe...

hisham said...

hehe,,,rumah ni cam dh berkemas je...haha...tp bestkn dok ramai2...

siv said...

best nye.
lu da mcm family2 kan?

Faarihin said...

wah.. bestnya.. mesti seronok duduk ngan ahli bait tu sume kan.. hehehe.. teratur je umah dia.. sat agi ada lah pak ustaz2 mansurah tgk.. owh ni keadaan umah ustzah seimura n da gang.. dan2 tu gak.. ada lah dok pk nak menghitbah ahli2 bait al mawardy ni.. hehehe.. =P (^__^)

Faarihin said...

eh.. sat..sat.. tengah usha2.. ni mana satu along ni.. tak bape jelas la pic n nama kat bawah tu.. aduhai.. hehehe..

Seimura said...

kawie....
ye umah kami mmg comel n ahli2 rumah pun comel2 belaka.
wah aku blushing!! hahaha.


bro sham....
hahahaha tak tgk bilik lg kemas ke x.. weee~



siv....
haah dh mcm famili. blh la wt ilang rindu famili di malaysia..huhu.


faarihin....
mesti la seronok hahaha.

aaaaaa???? khitbah? ni xsedap hati nih hohoho.

along orgnye yg paling comel antara yg lain2. walaupun along plg tua tp dia paling halus n comel hak hak hak.