Wednesday, October 19, 2011

Excited, excited.

Assalamualaikum.

Ape hal yang kau excited sangat ni derr? Ok guwa sangat-sangat excited nak pergi KL minggu depan. Weeee~

Apa ada pada Kuala Lumpur yang aku teruja sangat nak pergi ni? Yeah, aku akan ke KLIA 25 Oktober ini bagi menyambut kepulangan kawan aku dari Mesir dan beliau membawa bersama sijil-sijil aku termasuk segulung ijazah Sarjana Muda Takhasus Qiraat. Inilah yang aku excited sangat heheheh. Dan dengan sijil tersebut bolehlah aku meng-apply kerja yang setaraf dengan kelulusan aku. Weehehehe.

Mungkin aku akan stay KL sampai hari Rabu atau Khamis bergantung pada berapa lama terjemahan dan pengiktirafan Ijazah aku boleh siap. Menurut kata senior-senior aku, dalam setengah jam je boleh siap. Cuma aku khuatir tak sempat nak ke Putrajaya hari Selasa tu. Kawan aku sampai dalam pukul 10.00 pagi. Tapi biasa lah, nak check in, angkut bagasi lagi, dekat sejam jugak la mengikut pengalaman aku heheh. Aku anggarkan antara jam 11.00 - 12.00 la baru aku ketemu dengan kawan aku tu.

Then baru bertolak ke Putrajaya. Andai boleh settle hari yang sama, AlhamduLillah. Kalau tak sempat, terpaksa tunggu hari Khamis sebab Rabu cuti Deepavali. Ayoyo. Dan setelah settle semua, dah dapat pengiktirafan JPA, baru pulang ke Johor dan aku akan terus ke Johor Bahru, tempat aku buat diploma dulu. Dan berikan salinan (fotostat) sijil-sijil ijazah kepada pihak berkenaan. Haha yang berkenaan itu adalah jeng jeng jeng. Kan ke aku ada mohon jawatan pensyarah di situ tapi sijil tak siap lagi, so aku hantar resume dan apa yang ada sahaja. Hihih.

Andai ada rezeki aku di sana (MARSAH), AlhamduLillah. Kalau bukan rezeki pun tak apa, mungkin rezeki di tempat lain. Aku hantar permohonan hari Khamis lepas. Menurut kata kawan aku yang kerja kat sana, ada ramai jugak mohon tapi bukan graduan Takhasus Qiraat macam aku. Semua lulusan universiti tempatan dan bukan bidang tahfiz atau Takhasus Qiraat.

Tetapi rupa-rupanya ada juga kawan aku yang mohon. Dia juga lulusan MARSAH macam aku dan juga graduan dari Mesir macam aku dan bidang yang sama. Oh.. aku mula rasa pandanganku gelap (ceh metafora konon). Aku mula rasa peluangku tipis. Ngee.. Masihkah ada sinar untukku? (lempang)

Positif ok? Insya-Allah, kalau dah rezeki memang ada lah.

Bai.

7 comments:

Anonymous said...

moga ada sinar uttkmu!
hahaha
chaiyok2

Seimura said...

Ameen.
terima kasih, terima kasih. ;-)

Perokok Soleh said...

ingatkan berita fasal perkahwinan... rupanya kerja... aperlah akak nie...

ps:- kerja MD pun kerja jugak kak...:D

Faaein Talip Roy said...

hahaha.. kelakar..

lama tak baca ngomelan pendekar seimura shinda ni.. hahaha..

minta kerja semua tempat.. InshaAllah rezeki-Nya ada di mana-mana.. moga dapat kerja yang diimpikan.. ^^,

Seimura said...

Perokok Soleh:
Hahahah,tertipu kah?
Hm cadangan yang baik, kerja MD heheh. tq.


Faaein:
Terima kasih cik farihin yang comel. Ameen. :-)

Anonymous said...

salam..sape tu yus?khidir ke pesaing ko,hehhehe

Seimura said...

Huh? Anonymous ni macam kenal. Akma ke? Tak kan la khidir plak, dah tentu nak ambil pensyarah perempuan. huhu.