Sunday, April 24, 2011

Duhai Hati

Assalamualaikum.

Tajuk entri bukanlah bermaksud tajuk lagu Ina Naim dan isi entri bukan lirik lagu Ina Naim 'Duhai Hati'. Kekekeke...

Mood tiba-tiba datang dan rajin mahu update blog. Bukan selalu macam ni. Sejak rusuhan hari tu aku dah tak berapa nak update blog. Senang kata dah tak gila berblog macam dulu. Ahaks. Bila tiba-tiba mood datang nak menulis dan update itu bermaksud ada sesuatu berlaku. Ye, ada sesuatu berlaku dalam hati aku samada marah, sedih, gembira, geram atau apa saja. Kuch-kuch hota hai ke?

Jadi, apakah yang berlaku pada hati aku saat ini yang membuat aku mahu menulis? Oh, ada sedikit rasa sakit dan terluka. Ada sedikit rasa pasrah. Ada sedikit rasa marah dan dendam. Ouch, pendendam bukanlah sikapku sebenarnya. Niat nak balas dendam ada tapi tak pernah tercapai setakat ini. Gagaga. Jadilah seorang pemaaf, jangan jadi seorang pendendam. Tak baik untuk kesihatan hati.

Maafkanlah semua orang yang anda rasa mereka ada buat kesalahan pada anda. Kita jangan berkata, aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun. Dia Pencipta kita pun ampunkan dosa-dosa kita. Kita sebagai yang dicipta, tak kan lah tak boleh maafkan kesalahan orang? 

Aku teringat kata-kata pensyarah aku dulu di MARSAH, Ustaz Khaidzir namanya. Dia pesan, sebelum tidur, masa baring-baring tu, cakaplah dalam hati, macam doa gitu. Kita maafkan semua orang sebelum tidur. Apa sahaja orang buat jahat pada kita atau sakitkan hati kita atau apa saja, kita maafkan sahaja. Kadang-kadang kita tak sedar mungkin kita ada terumpat orang. Mudah-mudahan dengan kita maafkan semua orang itu, Allah ampunkan dosa kita terumpat orang. Yelah, kita tak sedar kita umpat seseorang, kita pun tak perasan jadi kita pun tak tahu nak minta maaf kat siapa. Hehe.

Hati kita ini Allah yang pegang, betul? Tapi kita lah yang kena jaga dengan baik hati sendiri. Eceh. Maksudnya, jauhkan rasa hasad dan dendam, riyak dan takbur. Tanamkan rasa pemaaf dan redha dalam hati. Insya-Allah hati kita tidak akan rasa sakit, sedih, resah atau apa-apa rasa yang tak sihat. 

Berlapang dada adalah serendah-rendah ukhuwah. Dalam menjaga hubungan sesama manusia, penting untuk kita sentiasa berlapang dada dan menjadi pemaaf. Jangan sesekali berdendam. Bohong kalau langsung tiada terdetik rasa dendam dalam hati. Itu normal. Tapi kita yang mengawalnya. Kita yang mengawal rasa dendam itu. Oleh itu, kawal dia agar tidak membusung dan membusuk di dalam hati. Buang dan hapus dengan kata maaf. Ye, maafkan dia. Begitu.

Panjang tazkirah hari ini ye, hehe. Kesimpulan dan isi utama entri ini ialah, jadilah seorang pemaaf dan jangan sesekali berdendam. Sekian. Hehe.



5 comments:

Faaein Talip Roy said...

wah... bila ustazah seimura dah bagi tazkirah.. terdiam eden seketika.. huhuhu... satu peringatan yang baik..

inshaAllah lepas ni akan sentiasa memaafkan orang lain.. dri sndiri pun bnyk juga uat salah pada org lain ni.. =_=

Anonymous said...

aku pun jenis x pendendam
tp kalau marah... aku marah depan2 then habis masa tu jugak

masalahnya org yg kena marah dendam sama aku

hahaha

Seimura said...

Faaen Talip Roy:
Hehehe tak ada lah tazkirah sangat.
Ye, kita sama-sama selalu memaafkan orang dan minta maaf kat orang. :)


Rozami:
Sama lah aku pun suka marah depan-depan dan habis masa tu.
Hehe, orang berdendam tu ada penyakit hati.

Faaein Talip Roy said...

tapi kan.. terfikir jugalah.. orang2 yang dulu pernah kena marah dengan wa.. agak2 dia berdendam tak dengan wa?..

inilah penyakit hati yang kadang2 wa takut 'ter alami..

Seimura said...

Hehe kita berdoalah moga dia maafkan kita.