Friday, April 22, 2011

Nak Balik Tapi Tak Nak Exam. Boleh tak?

Assalamualaikum.

Izzayyikum? ('Apa khabar kamu semua?' dalam bahasa arab ammiyah/ pasar).

Petang semalam hujan. Lantas suhu menjadi sejuk seperti musim sejuk. Aku tidur mengerekot (betul ke eja ni?) menahan kesejukan. Huhuh.

Aku dah siap seal dua kotak besar untuk dikargokan ke Malaysia menaiki kapal laut. Heheh. Insya-Allah dua bulan baru sampai ke rumah aku di Malaysia. Kitab-kitab la yang paling banyak. Benda lain macam fail-fail, cadar, pakaian yang aku dah tak nak pakai di sini dan apa-apa tah lagi. Tiba-tiba rasa tak sabar nak balik Malaysia. Cepat-cepat lah sikit final exam. Ceh pada hal persediaan nak exam pun zero. Dush!

Kelmarin aku pergi shopping di Sikah dengan kawan aku. Macam-macam benda aku borong hahahah. Biasalah, nak balik habis, beli macam-macam la hadiah atau souvenir gito untuk orang-orang tersayang dan disayang di tanahair. Eceh.

Salah satu benda yang aku borong ialah shawl/ selendang. Aku tengok si Sarah tu dah tak pakai tudung biasa lagi time aku balik hari tu, pakai shawl je. Gaya gadis-gadis sekarang lah konon. Hohoho. Tapi pendek sangat dia pakai dan lilit, tak menutup aurat dengan sempurna. Nasib baik tak pakai reben ke atau jenis manik-manik ke, lagi nak muntah aku tengok. Kau hingat chantekk sangat? Ceh ape hal nak emosi?

These are the photos of the selendangs;

Sebenarnya selendang ni warna ungu, lagi cantik daripada gambar ni. Aku snap guna webcam je ni so tak menjadi sangat warna dia. Hahah.






Ikut turutan: Hitam dan kelabu, merah, hijau.


Warna apa tah. Krim campur hitam.


Semua selendang ni kategori labuh la jugak, kalau lilit pun masih menutup dada. I really-really don't like the short shawl. Dan mata aku pun tak suka tengok orang lilit shawl pendek sangat, tak tutup dada. Kadang-kadang leher dan tengkuk pun tak tutup sangat, nampak warna kulit. Auchh. Itu belum masuk lagi cerita pakai baju ketat dan seluar ketat walaupun kau pakai tudung tutup rambut.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal aurat atau shawl, hahahah, itu kita cerita lain kali. Ngeheheh. Aku ni, menghitung hari, minggu dan bulan bila lah nak balik Malaysia. Hahah. Tapi takut jugak nak final exam. Doakan aku najah sofi tau, dlam imtihan nanti. Hehe. Sebut nama aku. Eceh.

Doakan aku begini;

"Ya Allah ya Tuhanku, Kau berikanlah kejayaan najah sofi kepada Siti Nurfairus binti Tolip pada imtihan shahadah nanti. Berikan dia ketenangan dan mudahkan dia menjawab kertas imtihan. Ameen."

Hehehe, tak malu. Ok pengumuman, siapa nak kirim souvenir atau apa-apa from Egypt, boleh order daripada aku. Cihhh.

Akhir kalam, terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kejayaan aku. Uhibbukum Fillah.





5 comments:

Faaein Talip Roy said...

"Ya Allah ya Tuhanku, Kau berikanlah kejayaan najah sofi kepada Siti Nurfairus binti Tolip pada imtihan shahadah nanti. Berikan dia ketenangan dan mudahkan dia menjawab kertas imtihan. Ameen."

Alhamdulillah dah doakan.. doakan yang sama juga untuk saya yer.. tukarkan nama tu kepada Faarihin Binti Talip... HeHehe.. (^^,)

Good luck exam.. sama2 kita berjuang di medan peperiksaan..

jadi lepas balik ni tak balik mesir lagi lah?


ps: nak kirim keychain boleh?

Faaein Talip Roy said...

"Ya Allah ya Tuhanku, Kau berikanlah kejayaan najah sofi kepada Siti Nurfairus binti Tolip pada imtihan shahadah nanti. Berikan dia ketenangan dan mudahkan dia menjawab kertas imtihan. Ameen."

Alhamdulillah dah doakan.. doakan yang sama juga untuk saya yer.. tukarkan nama tu kepada Faarihin Binti Talip... HeHehe.. (^^,)

Good luck exam.. sama2 kita berjuang di medan peperiksaan..

jadi lepas balik ni tak balik mesir lagi lah?


ps: nak kirim keychain boleh?

Seimura said...

Ameen. Terima kasih cik Faarihin.

Ya Allah ya Tuhanku, berilah kejayaan dunia dan akhirat kepada Faarihin binti Talip. Berkatilah hidupnya dan rahmatilah dia selalu. Ameen.

Insya-Allah lepas ini balik habis. Doakan tau.

Setakat keychain boleh sangat cik Faarihin. Insya-Allah.
:)

Anonymous said...

dah habis ker? wah. dah jadik ustazah. g ceramah si sarah tu puas2. then ceramah jiran2. then cerama kat bus stop. hehe

semoga ko lulus dengan gilang gemilang

Seimura said...

Rozami: Belum habis lagi lah kapten. Baru je nak final exam bulan 6 nanti. Kapten doakan aku tau.

Err..aku tak pandai nak bagi ceramah kat orang ni (bercakap). Kalau menulis boleh la kot. Hihihi.

Ameen. Trimas kapten!