Saturday, August 28, 2010

Susahnya Nak Jaga Hati Orang

Assalamualaikum...

Mode : Sedih, down, merudum.

Masih lagi mahu bercerita tentang blog lama yang dah delete. Aku delete kerana permintaan seseorang. Kenapa pula aku perlu turuti sahaja permintaannya? Demi menjaga hati. Habis hati aku macam mana?

Alasan dia kerana mahu memberi hukuman atas kesalahan yang aku telah buat. Aku dituduh mungkir janji. Tak apa lah aku mengaku kesalahan. Hukumannya aku mesti delete blog. Walaupun berat rasa hati, tak apa lah aku mengalah.

Tapi kau ingat aku senang-senang je ke nak delete blog tanpa buat backup? Lama tu aku berblog, setahun lebih. Banyak gila aku dah tulis. Tak apa lah aku kehilangan followers. Yang penting setiap apa yang pernah aku tulis tu masih wujud.

Sekarang aku just low profile. Tak  kisah tak ada orang tahu kewujudan blog ini. Life must go on. Dan aku akan terus menulis blog.

2 comments:

Faarihin said...

la nape delete?
sedih..sedih..sedih..

Seimura said...

Huhuh aku lagi sedih sebenarnya. Sob sob sob..