Saturday, August 28, 2010

Kontroversi Sekeping Gambar

Assalamualaikum...

Ini yang aku malas bila 'berlaman web sosial' ni. Facebook. Ada apa dengan FB? Boleh kata semua orang ada akaun FB. Tak la semua, kebanyakan. Termasuk aku.

Tujuan aku berfacebook? Asalnya aku bukak akaun FB hanya untuk suka-suka. Aku tak add sesiapa dan tak ada orang add aku. Aku ingat lagi aku daftar akaun FB pada Julai 2009 dan akaun itu ku biarkan begitu sahaja tanpa log in semula sehingga terlupa password! Aku buat akaun FB ketika balik bercuti di Malaysia di CC dalam perpustakaan di kampung aku, Felda Maokil.

Beberapa bulan berlalu sampai la aku pulang semula ke Mesir bagi meneruskan pengajian di Tahun Dua. Aku tak pernah log in facebook lagi pun. November adalah bulan di mana aku mula aktif menulis blog. Pada masa yang sama try log in FB dan akhirnya dapat jua kutemukan password yang dicari-cari. Uhuk-uhuk. Ada beberapa friend request, aku approve. Aku upload gambar-gambar kartun dan edit info. Seperti biasa tidak ku guna nama sebenar. Ahahahaha.

Tapi itu pun aku masih lagi tak aktif ber'FB'. Tak pandai main FB sangat pun. Lagipun dah busy dengan kelas dan kuliah. Aku hanya aktif blogging. Januari 2010 baru la aku 'pandai' guna FB. Tulis kat wall sendiri, wall orang, komen status. Tapi tak la gila ber'FB'. Sekali-sekala layan game FB. Best jugak. Dan seperti biasa aku memang malas add orang huahahaaha.

Februari baru aku start rancak main FB. Rajin tulis dan tukar status, tulis komen kat status kawan-kawan. Dan aku juga guna FB Mobile. Boleh online di mana-mana sahaja. Tapi aku bukan la sampai tahap 'ketagih FB'.

Sehinggalah pada suatu hari, jeng jeng. Ada la seseorang tag gambar aku. Gambar ketika bengkel melukis kartun di Tanta anjuran Fityan. Salah satunya gambar aku jadi pembentang di depan berganding dengan seorang ustaz. Gambar tu di snap dari jarak agak dekat kot, so nampak la kami seolah-olah duduk berdua sahaja padahal ramai lagi di dalam dewan. Pada aku gambar tu tak ada apa salah pun tetapi..

Tetapi gara-gara sikap terlalu cemburu seorang insan, tiba-tiba gambar itu menjadi 'kontroversi'. Beliau berbalas komen di gambar itu dengan pemilik gambar merangkap pemilik akaun FB. Aduhai. Aku betul-betul rasa sangat malu. Mengapakah??

Akhirnya gambar itu telah di delete. Aku yang minta tuan punya FB delete. Dan dia balas mesej aku dalam FB tidak akan paparkan lagi foto aku. Ada juga terselit dalam mesejnya, 'moga ini jadi pengajaran buat saya dan pihak terlibat agar tidak cemburu tak kena tempat'. Auchhh!!

Siapakah insan kuat cemburu itu? Ye beliau adalah pak we aku uhuhuhu. Alasan dia, di ruangan foto FB dia atau aku pun tak ada gambar kami berdua duduk bersebelahan, tapi Fb orang lain pula ada gambar aku dengan lelaki lain duduk bersebelahan, tak patut katanya. Dah tu semua orang boleh tengok pula.

Yup aku memang tak pernah la upload foto sendiri ke FB tapi aku pun tak melarang sesiapa kawan nak tag foto aku janji ia tutup aurat dan tak nampak muka. Pada aku itu dah ok. Bukan orang boleh cam pun. Tapi.. ialah, dah namanya pun cemburu seorang kekasih. Aduhaii..

Memang betul la FB ini juga boleh jadi 'perosak hubungan'. Hingga ada kes sampai bercerai-berai. Tapi itu kes curang! Bukan kes cemburu buta. Mungkin satu masa nanti kalau aku rasa dah boring sangat dengan FB dan rasa menyusahkan, akan aku deactivate akaun FB aku.

4 comments:

Faarihin said...

owh.. dah ada yang punya..

ni mesti sebab dia, blog dulu pun kena delete kan.. kan..kan..?

Seimura said...

Haish Faarihin ni jumpa aje blog aku. Ahahaa.

Aleen Aiden said...

ha3.dulu blog suda delete?haish,hebat btol kuasa org berkaseh syg sesame insan nih.aku pon nak!!!!huuu

Seimura said...

Eh alamak ade orang lain jumpa jugak blog baru aku ahahaha.

Inilah pengorbanan namanya. Ceh hak hak.