Friday, December 26, 2025

Sekolah Khusus, KAA dan Integrasi

 Assalamualaikum. 

      I am back. Hahahaha. Kali ini masih bercerita pasal 'sekolah menengah' tapi berkait dengan anak aku dan aku sendiri. Alah pening ke tak faham? Hahahaha. Jom lah teruskan baca hehe.

      Start semalam ke dua hari lepas ye, dah boleh cek tawaran kemasukan ke sekolah khusus secara online je. Sekolah khusus; MRSM, SBP, SMKA.

    Permohonan secara dalam talian dibuka bulan Julai ke Ogos hari tu aku tak ingat. Aku kan jenis bertangguh. Belum sempat aku nak cuba mohon untuk Jannah, dah tarikh tutup rupanya hahahaha. Actually beberapa hari sebelum tarikh tutup tu aku dah cuba la masuk website untuk mohon tapi.. hmmm macam biasa lah minta macam-macam maklumat yang mana aku malas betul nak cari dokumen berkaitan (sijil lahir, IC, slip exam dll). Entah kenapa tidak begitu bersemangat. Dah terlepas tu ada rasa menyesal juga tapi tak apa lah.

   Panggilan ujian PKSK pun cek online. Waktu ni pun dah kecoh-kecoh la mak-mak yang mohon. Hahaha. Kawan sekelas Jannah pun ada yang pergi. Waktu ini sekali lagi sesalan aku datang hahahaha. Kenapa lah bertangguh nak mohon. Dapat tak dapat belakang cerita.

     Tak lama tu cikgu Jannah ada bagi borang untuk murid Tahun 6 isi. Borang untuk ke SMK. Jannah pun ikut kawan-kawan dia isi. Tak apa lah mohon je lah just nak dapatkan tempat hehe. 

    Fast forward abahnya mohon ada satu SMA di Mersing. Mohon online juga. Yang ini 100% abahnya uruskan sebab dia ada kenalan yang kira macam orang atasan la. Bekas ustaz kami juga. Pastu salah seorang tenaga pengajar di sana pula bekas anak murid zauji. Hahaha. Kemudian dipanggil temuduga. Kami pun hantar la Jannah. Dua minggu lepas temuduga, cek keputusan Jannah berjaya dan dapatlah tawaran.

   Sebelum tarikh temuduga tu, Jannah dapat tawaran untuk masuk KAA di SMK tu. Tapi kena hadir buat ujian dulu lah macam PKSK tu. Ujian tu buat di SMK. Abahnya abaikan je tawaran tu hahahaha tak hantar pun Jannah ke sana. Tak nak buang masa sebab memang dah tekad nak masuk SMA tu dan yakin je boleh dapat ahahahah.

   SMA tu separuh swasta separuh kerajaan dan statusnya adalah Integrasi yang mana ada aliran akademik, aliran agama (Arab) dan tahfiz. Tujuan utama nak suruh hafaz Quran tu la. Itu yang kena cari sekolah tahfiz. Jannah pun ok memang nak masuk asrama. Kira onzz je la hahah.

    Habis kisah Jannah. Now kisah mak Jannah pulak hahaha. Aku masih ingat juga dulu masa darjah 6 aku pun ada isi borang untuk mohon MRSM dan dipanggil untuk ambil ujian. Dulu namanya bukan PKSK tapi aku pun tak ingat apa dia. Exam tu buat kat sekolah mana pun aku tak ingat hahaha yang aku ingat abah hantar naik motor. Dalam satu kertas ujian tu soalan campur semua subjek BM, BI, Math, Sains dan ada soalan KAFA juga. Ujian tu dibuat sebelum exam besar UPSR. 

    Result? Haha gagal dapat tempat. Aku 3A2B je mana maunye. Nak full 5A tau. Yang 4A pun sipi2 je ikut nasib la dapat atau tidak. Itu yang abah aku bersungguh nak masukkan aku ke SMAKJ sampai sanggup pergi JB jumpa Ustaz Tahrir untuk mohon sokongan. 

     Waktu persekolahan sesi baru pun dah start, aku bersekolah di SMK yang bercampur semua bangsa hehe. Masa SK aku kan Felda memang semua Melayu. Aku ingat lagi pagi-pagi buta pukul 6 dah naik bas. SMK kat bandar. Walaupun jumpa balik kawan-kawan aku yang SK tapi aku tetap rasa taj best. Tempat baru kan belum dapat biasakan diri. Biasalah minggu pertama orentasi. Pelajar memang ramai sangat. Seingat aku tingakatan 1 ada 10 kelas. Aku paling tak boleh lupa aku ada bergaduh mulut dengan ada seorang budak Cina lelaki. Dia umur 14 sebab masuk kelas peralihan setahun. Budaknya memang biadap dan pailang sikit. Dia punya marah lepas gaduh dengan aku tu dia siap meludah ye ke lantai betul-betul depan kasut aku hahahaha (kitorang berdiri). Eiii jijik siot. Then dia terus blah. Aku dah fikir pehh setahun ke aku kena hadap benda ni semua? Waktu tu aku dah tak berharap dapat tawaran Smakj.

     Pastu balik sekolah pulak kena berebut naik bas. Aku tak nak trip kedua sebab nanti lambat sampai rumah. Aku nak ke sekolah agama lagi. Berebut dan berdiri sepanjang jalan hahaha. Masa tu pulak bulan puasa. Memang hebat dugaan kah kah. Sampai rumah dalam 2.00 lebih la. 3.30 pergi sekolah agama pulak hahah. Begitulah rutin harian setelah masuk sekolah menengah. Aku sempat seminggu lah kot sekolah menengah biasa/ harian di SMK tu.

     Aku dapat tawaran second intake Smakj. Aku pun berhenti sekolah di SMK.

    Dulu masa sekolah rendah memang aku teringin la nak masuk SBP samada SMKA atau MRSM. Kira macam up-up la sekolah budak pandai kan. Hahahaha. Nak masuk pun bukan senang. Takdir Allah aku dapat Smakj yang rupanya lagi susah pelajarannya berbanding SMKA sebab ada aliran Arab atau namanya I'dadi dan Thanawi. Macam yang aku pernah cerita sebelum ni ada 13 subjek aliran Arab. Yang terpilih je boleh bawak tau. Haha.

     Itu kisah dulu la. Aku pun tak sangka boleh habis 5 tahun ye walaupun tak cemerlang hahaha sederhana je.

Saturday, December 20, 2025

Bukan Budak Pandai

 Assalamualaikum. 

     2024 takde post apa-apa rupanya kat blog ni. Nah 2025 ni kena post jugak satu entri pun jadilah. Hahahaha. Perasan je ada orang nak baca. 

      Well aku saja je la nak mengimbau kenangan sikit zaman sekolah dan belajar dulu-dulu tu kome. Aku masa sekolah rendah darjah 1 biasa-biasa je. Aku ingat lagi dapat nombor 7 exam akhir tahun. Tapi still naik pentas ambil hadiah untuk subjek BM. Untuk tahun-tahun seterusnya pun masih dapat naik pentas dapat hadiah. Nombor top 3 la kan. No 1 atau 2 atau 3. Sekolah agama pun cemerlang selalu dapat nombor 1 ataupun top 3. Paling banyak no 1 la sekolah agama hehe.

   Masuk alam sekolah menengah aku masuk smakj yang mana semua budak-budak pandai seluruh Johor yang terpilih berkumpul aku terus menjunam jatuh hahahshs. Aku ingat lagi form 1 dapat nombor puluh-puluh daripada 40 orang murid kelas aku hahaha. Sekolah aku dulu ada dua nombor Arab dan Akademik. Tahap 1 Arab 13 subjek (sra), akademik 9 subjek (pmr). Dan kami ada juga nombor kedudukan seluruh tingkatan. Akan ditampal kat papan yang semua orang lalu lalang boleh tengok hahah. Kelas kami asing lelaki dan perempuan untuk form 1 - form 3. Dua kelas lelaki, dua kelas perempuan. Blok pun asing. Pastu result aku nombor 100 lebih pun pernah kalau seluruh tingkatan tu hahaha. Total ada dalam 160 orang la satu tingakatan (40 × 4). Then kalau ada yang pindah sekolah, berkurangan lah setiap tahun. So boleh kata masa form 3 total 4 kelas tu dalam 130 orang la kot aku pun tak ingat.

   Berbalik pada nombor dalam kelas. Ok masa form 1 kelas dipilih campur je budak-budak 5A, 4A, 3A (upsr). Masuk form 2 barulah ikut result exam akhir tahun. Yang pandai akan masuk kelas Q, yang kurang pandai masuk kelas S. Aku pasti lah masuk kelas S hahaha. Then masa form 3 baru lah aku agak cemerlang kat kelas S. Akademik aku dapat no 3 exam setengah tahun, akhir tahun no 2. Arab pulak top 10 je tapi masih kira lebih pandai la kah kah. Paling penting bukan corot oi. Waktu itu kelas S total ada dalam 34 ke 35 tak sampai 40 la.

    Fast forward PMR pun berlalu. Tahun depannya tu dah ada kelas sains tulen batch pertama. Sebelum tu tak ada. Tapi result pmr wajib 6A ke atas baru layak masuk. Aku 5A je hahahs so masuklah kelas akaun. 

6A ke atas (wajib math sains A) = sains tulen

3A - 5A (wajib math A) = akaun

3A ke bawah (math A) = ekonomi 

3A ke bawah yang Math bukan A = ekonomi


     Sumpah susah giler subjek Prinsip Akaun (PA) dan add math tapi aku terpaksa hadap walaupun gagal je tak pernah lulus setiap kali ujian dan exam setengah tahun dan akhir tahun. Aku pandai math tapi add math aku memang hancur. Nombor dalam kelas pulak aku pernah hampir-hampir nombor corot ye untuk Arab (sma). Total 34 orang aku nombor 32. Hmmm begitu teruk sekali. Masa form 4 aku rasa. Duduk kelas ni aku tak pernah la nombor sikit hahahaha. Top 10 pun macam tak pernah hahahaha. Semua budak pandai oiii entah la aku tersesat sebab pmr aku 5A, sains math A. Nasib badan. 

     SPM aku 3A je. Semua huruf pun ada kecuali G hahahaha. SMA aku pun Jayyid je. SRA masa form 3 pun Jayyid. Pendek kata memang sederhana je la pelajaran aku time sekolah menengah tak cemerlang pun. Kih kih. Aku pun bukan jenis study hard. Ada malas sikit dan banyak main. Hah segitu je la result aku hahaha.

     Masa diploma dan ijazah pun biasa-biasa je. Jayyid juga keseluruhan. Pointer pun bawah 3.0 kah kah. Memang terlalu sederhana. Nak kata bodoh bukan, pandai pun bukan. Tengah-tengah je hahah. Tapi sahsiah boleh dipuji. Ehhh tiberr pulak. Hahaha takde kaitan.

     Ok dah siap mengimbau kenangan silam. Saja je la tiba-tiba teringat zaman sekolah dan zaman belajar. 

Wednesday, December 20, 2023

Jiwa Tersentuh

 Assalamulaikum. 


Hai hai hai. Lama betul menyepi ye blog ini. Jomlah kita update at least sekali untuk tahun 2023 ni hahahaha. 

  Nak cerita pasal Aqil je ni. Ni orangnya dah tidur. Pukul 8 lebih tadi dah tidur. Rasa kesian sangat, bersalah sangat bila teringat asyik marah-marah dia. 

Pagi tadi dia bangun macam biasa je. Lepas mandi, buat kerja sekolah sekejap lepas tu main handset. 

  Then dah tengahari sikit, aku tengah ngempengkan baby kat bilik tengah, Faris datang masuk bilik bagitau, "Aqil muntah ummi. Kat bilik air." Comel je bagitau hahaha. Faris 3 tahun, Aqil 5 tahun. Aku pun jawab, oh yeke. Takpe biarlah dulu.

 Aqil dah pandai urus diri sendiri, so aku biar je dulu tak tengok pun Aqil masa tu. Lagipun baby tengah ngempeng takut melalak pulak bila tinggal hehe.

  Dalam pukul 3 lebih aku masuk bilik air, memang ada saki baki muntah Aqil tak habis jirus. Aku pun jirus bersihkan. Lepas Asar gitu Aqil cakap nak muntah dan terus masuk bilik air. Dah dua kali lah kiranya. Aku nak suruh makan pun tak berani takut muntah lagi. Pagi tadi belikan lontong pun dia tak nak makan. Dia makan roti bun coklat tu je dan minum teh ais yang aku order masa sarapan.

   Kemuncak cerita kasihan dan sedih Aqil ni, bila dia termuntah kat atas tilam kat bilik depan. Aku kat bilik sebelah tak tau cerita mulanya, cuma terkejut tiba-tiba dengar abahnya menjerit marah-marah. Rupanya Aqil termuntah banyak gila dan terkena zauji. Aku tak tengok pun la bilik tu. Dah dengar zauji membebel marah aku pun terus keluar bilik nak tengok Aqil kat bilik air. Baby terus melalak la apa lagi. Aku tinggal je baby atas katil. Aku masuk bilik air, tengok Aqil cangkung sambil menangis, tangan sebelah pegang getah paip dengan air mengalir. Agaknya tunggu kalau nak muntah lagi tapi tak keluar pun la.

    "Kenapa abah marah Aqil? Aqil dah tak tahan nak termuntah, tak sempat nak pergi bilik air." Sambil menangis.

Sedih aku bila teringat balik ayat dia. Betul lah dia kata tu. Masa dia cakap tu abahnya takde kat situ so aku tak tau la abahnya dengar ke tak. Aku cuma jawab, "Kan dah boleh rasa gelodak perut nak muntah, terus ke bilik air, jangan tahan-tahan. Sebelum tu boleh je muntah kat bilik air?" Masa ni Jannah dah ambil baby dan dukung sambil pujuk. Aku terus ambil baby daripada Jannah lepas tu patah balik ke Aqil. 

  Aku suruh Aqil tukar baju dan seluar sebab dah terkena muntah. Dah siap pakai baju tu, dia macam cari-cari makanan kat meja makan. Takde yang dia nak. Lepas tu mintak mi goreng (mi segera). Aku cakap tak boleh, nanti muntah lagi. Last2 dia makan biskut hup seng je. Aku pun tertanya jugak Aqil makan apa je hari ni ye? Memang dia belum makan apa2 makanan berat pun. Kesiannya, mesti lapar. Aku ajak makan nasi lemak dengan telur dan ayam pun dia tak nak. Dia lapar tapi macam tak ada selera kot nak makan sebab perut rasa tak sedap (sebu mungkin).

   Oh ye, lepas Aqil siap pakai baju tu, aku bagi plastik untuk stand by muntah kalau tak sempat ke bilik air. Dia pegang je bawak ke mana2 hehe. 

  Dah lepas maghrib tu dia main handset sekejap kat bilik belakang. Dalam pukul 8 masuk bilik ni dengan bawak fon dan plastik baring2 kat sebelah baby. Tak lama tu tertidur dah.

  Dalam pukul 8.30 abahnya masuk kejap lepas tu tengok Aqil dah tertidur then cakap, "Kesian lahai pegang je plastik sampai tertidur. Nak buat macam mana. Abah tengah sakit2 pening kepala tengah nak rehat, dia boleh termuntah pulak. Banyak pulak tu sampai tembus ke tilam." Btw muntahnya atas cadar tapi sebab terlalu banyak memang boleh tembus la.

  Aku tau mesti zauji pun rasa bersalah dan menyesal tu marah-marah Aqil pasal termuntah tu. Kita manusia biasa yang kadang2 tak dapat kawal amarah. Lebih-lebih lagi kalau tengah kurang sihat, tengah sakit, emosi tak menentu.

   Tapi aku memang rasa sedih tengok Aqil patuh je arahan aku untuk bawa plastik tu ke mana je dia pergi. Baik budak Aqil ni tapi itulah, ada je perangai dia yang menyakitkan hati kadang2. Kena banyak sabar. Hari2 aku doa semoga Aqil tak buat perangai yang boleh buat orang marah dan sakit hati. Sampaikan hari tu zauji pernah kata, kena buat solat hajat la untuk Aqil ni.

   Sebagai ibu, kita perlu doakan yang baik-baik je untuk anak kita. Jangan sesekali mendoakan pembalasan buruk untuk anak kita. Nauzubillah.

Sunday, October 9, 2022

Melayan Lagu Jiwang

Assalamulaikum.  

   Dah kenapa la dengan aku ni. Sejak dua tiga hari kebelakangan ini aku rajin layan YouTube tengok video clip band yang vokalisnya dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

    Bermula dengan layan lagu-lagu kumpulan Spoon, lepas tu Spin, lepas tu Samudera. Hahaha badi ke ape? Berhantu karang baru tahu. Wakakaka.

..............

Entri tahun 2017 (February) atas ni. Bertahun dalam draft. Ini aku sambung santai-santai di tahun 2022 walaupun mungkin topiknya dah berubah hahahahaha.

Sebenarnya sampai sekarang pun masih aku layan lagu-lagu rock kapak rock jiwang rock leleh yang kebanyakannya vokalisnya sudah meninggal dunia. Ajom lah kita recap. Hahah.

Awal tahun 2022 hari tu dan pertengahan tahun ini juga, aku dengar radio saluran Bestfm ke Sinarfm entah, ada satu lagu ni buat aku teringat. Eh ini lagu lama ni syahdu betul suara dan liriknya. Tapi aku tak ingat tajuk lagu dan siapa kumpulan yang bawak lagu ni hahaha. Tapi aku cam la itu lagu zaman 90-an dan agak popular dan biasa dengar dulu-dulu. Aku siap boleh nyanyi sama-sama lagi haha kiranya aku pernah terhafal la satu ketika dulu. Bila lagu habis, DJ takde pulak bagitau tajuk lagu dan penyanyinya siapa. Hahaha.

Pastu aku nak cari kat youtube aku tak tau tajuk. Alahai. Hahahaha. Then aku try je la taip sebahagian lirik lagu tu bahagian korus, kot2 boleh keluar result nya. Hahaha.

Aku pun taip...
'Aku rela menjadi mangsamu'

Agak-agak lagu apa tu kome? Hahahaha.

Keluarlah resultnya..

Sayap Terluka - Kumpulan Panji

Hah dapat pun oii. Aku pun teruslah tonton MV lagu tersebut sambil baca komen. Yang paling buat aku terkejut rupa-rupanya vokalisnya telah meninggal dunia tahun 2017. Aku terus google la cari info kumpulan Panji. Yang nyanyi lagu Sayap Terluka ni vokalis kedua untuk album kedua Panji. Vokalis masa album pertama orang lain. Pun sama dah meninggal dunia tahun 2018. 

Kumpulan Panji berasal dari Terengganu. Vokalis pertama Panji, arwah Opie undur diri daripada Panji sebab sakit. Kemudian digantikan dengan arwah Norman yang juga merupakan gitaris Panji. Norman ni yang nyanyi lagu Sayap Terluka. Orangnya hensem juga. Masa dia meninggal umurnya 55 tahun. 
   
Kumpulan Panji ni pun pernah juga berlakon satu telemovie untuk siaran RTM tajuknya Impian sekitar tahun 1997 ke 1998 macam tu lah masa lagu Sayap Terluka popular dulu. Cerita bagaimana sekumpulan anak muda dari kampung mengejar cita-cita nak jadi penyanyi dan pemuzik. Tapi sayangnya tak ada pula orang upload di youtube. Mungkin terikat dengan hakcipta RTM. Jadi tak ada info sangat yang boleh dicari mengenai telefilem Impian yang kumpulan Panji berlakon tu. Sayang sekali.