Friday, December 24, 2010

Mansurah -> Kaherah -> Nuweiba’

Mansurah -> Kaherah -> Nuweiba’

Assalamualaikum.

Yup seperti yang dijanjikan. Jom kita layan entri ini.

Rabu - 15 Disember 2010

4.30 pm: Bertolak ke Kaherah dengan menaiki tremco.

Watak kali ini adalah Seimura, Rukia dan Orihime. Watak yang sama ketika jaulah ke Sinai dahulu tetapi tinggal kami bertiga sahaja. Hik hik.

6.30 pm: Tiba di Ramsis.

Nak tau sesuatu? Perut aku bergelodak gila sepanjang perjalanan. Mungkin angin masuk kot. Aku dah rasa tak sedap dan loya plus mabuk. Mencuba bertahan. Tapi akhirnya aku dah tak boleh tahan. Muntah melalui tingkap sebelah kiri aku, pada hal masa itu dah sampai Ramsis dan tremco tengah nak parking. Hahah habislah dinding tremco tu kena muntah aku. Lalala.

7.00 pm: Tiba di ARMA.

Kami bermalam di ARMA. Esok pagi baru bertolak ke Nuweiba’ dengan menaiki bus. Sejuk gila wo tapi tak pe lah, satu malam sahaja. Kami sempat pergi makan dengan adik-adik kami iaitu Kenpachi dan Kisuke (perokoksoleh).

Musolla di asrama perempuan ARMA.



Khamis - 16 Disember 2010

9.00 am: Bus bergerak bertolak ke Nuweiba. Asalnya di tentative pukul 8.00 pagi tapi biasa lah, mana ada betul-betul tepat masa. Huhuh.

Ada dua bus. Jumlah peserta adalah seramai 75 orang kalau tak silap. Peserta lelaki mendominasi. Peserta perempuan hanya 17 orang. Alahai. Peserta datang dari pelbagai pelusuk muhafazah iaitu Kaherah, Tanta, Mansurah, Iskandariah (Alexandria), Dumyat. Paling ramai datang dari Kaherah lah dah tentunya, haha. Dan peserta juga datang dari pelbagai kuliah iaitu Perubatan dan Pengajian Islam (Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Qiraat). Satu bus semuanya peserta lelaki. Satu bus lagi campur lelaki dan perempuan. Ada juga yang menaiki kereta (pegawai dan sebahagian urusetia).

Selepas berbual-bual aku tertidur, tak ada ambil gambar sepanjang perjalanan. Haha. Oh ya, blogger shapika juga turut serta dalam jaulah ini. Hehe.


11.00 am: Tiba di.. (err mana tah, aku tak tau apa nama tempat tu, hahah.)

Tapi tempat ini ala-ala hentian Plus gitu, ada cafeteria, tandas dan tempat solat. (tapi bukanlah secanggih Plus). Tapi ini bukan di highway. Kalau di Johor yang glamour nya hentian di Machap, Simpang Renggam dan Yong Peng. Bukan singgah makan pun tapi mungkin ada yang tak tahan nak kencing ke, maka bus berhenti singgah di sini. Heheh.

Jom tengok gambar di hentian ini (macam lagu XPDC la pula).

Bus lagi satu yang dipenuhi peserta lelaki. Aku snap gambar ini dari tingkap bus. (aku duduk tepi tingkap).



Parking di hadapan cafeteria.



Aku masih berada di dalam bus ketika snap pic ini.



Aku telah turun dari bus. Haha.



Cantik kan pemandangan di belakang?







12.00 pm: Bus bergerak meneruskan perjalanan.

Gambar-gambar di perjalanan.










Seperti biasa aku tidur lagi. Hahaha.



2.15 pm: Singgah untuk solat dan makan. (aku tak tau apa nama tempat yang kami singgah ini. Hoho)

Makanan tengahari kami. Makanan Arab wo. Dah biasa dah makan. Hehe.



3.15 pm: Bus meneruskan perjalanan.





6.15 pm: Tiba di Nuweiba’.

Bersambung. Hehe.

No comments: