Tuesday, January 20, 2015

Anugerah Juara Lagu yang Penuh Kejutan

Assalamualaikum.


   Dah lama tak update blog ini. Setahun lebih since Jannah umur 4 bulan dan sekarang lagi berapa hari je nak masuk 24 bulan ataupun setahun. Fuh. Update blog tetiba cerita pasal AJL pulak. Wakaka.

   AJL 29 telah pun melabuhkan tirainya. Salah satu award yang aku tak pernah missed setiap tahun. Kalau ABP, AIM dan lain-lain tu aku tak kisah sangat kalau tak tengok. Hahah. Walaupun banyak lagu-lagu yang aku tak tahu atau tak pernah dengar sebab jarang dengar radio, tapi tetap nak tengok jugak. Sebab AJL ni kadang-kadang penuh dengan kejutan, yang tak sangka menang boleh menang. Yelah 100% undian juri-juri profesional kata kau.

   Macam juga AJL 29, ramai tak sangka lagu Apa Khabar boleh menang. Tak kurang juga ramai peminat tak puas hati dan pertikaikan kenapa lagu itu menang. Kamon la. Hahaha. Lagu Apa Khabar memang popular dan lirik dia pun kalau teliti layak untuk menang. Tapi genre hip hop bukanlah genre pilihan ramai, itu yang ramai tak puas hati.Tapi lama kelamaan orang akan dapat menerima juga kemenangan lagu itu.

   Kalaulah korang masih ingat, lagu Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali) yang pernah menang dulu pun ramai tak sangka (AJL 25). Masa pengacara umum komposer, penulis lirik dan penyanyi adalah orang yang sama, ramai bajet Yuna menang tapi rupanya bukan. Memang satu kejutan habis. Padan muka Yuna, wakaka (sebab aku tak minat Yuna). Masa AJL tahun itu aku kat Mesir dan tak dapat tengok. Cuma cari kat internet je siapa yang menang. Sumpah, lagu itu memang aku tak pernah dengar, penyanyi nya pun tak kenal. Pertama kali bertanding terus boleh menang. Siapa sangka. Keputusan juri memang tak boleh dijangka.

  Dua tahun sebelum itu Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) menang (AJL 23). Pun orang tak sangka la. Yelah, dah la artis baru, first time masuk AJL terus boleh menang macam Ana Raffali juga la. Lagu itu memang popular pada tahun itu tapi still orang tak sangka boleh menang. Pada aku ok je la sebab genre rock aku suka so lantak lah orang lain tak puas hati ke apa. ada aku kesah? Hak hak hak.

  Sama juga lagu Itu Kamu (Estranged) yang pernah menang (AJL 22). Lagu ini pun ramai tak sangka boleh menang AJL. Ramai juga tak puas hati masa itu tapi ramai juga yang sokong kemenangan Estranged. Yelah, asyik artis solo je menang, bagi la band menang jugak. Asyik genre balada je menang, bagi la genre rock menang jugak. Wahh gitu kau. Hahah..

    Masa AJL 19 pun sama ramai tak sangka Relaku Pujuk (Spider) yang menang sebab ramai bajet lagu Pulangkan (Misha Omar) yang menang AJL. Tapi aku dah agak jugak Spider menang. Masa itu masih ada kategori Pop Rock, Balada dan Etnik Kreatif. Hanya start tahun 2010 kot baru lah kembali kepada asal sejarah AJL iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga, tak ada kategori.

   Pendek kata, AJL memang kadang-kadang penuh dengan kejutan. Keputusan juri adalah yang tidak disangka-sangka. Nak pertikai maca mana pun tak boleh la sebab bukan bidang kita pun. So, terima je lah kemenangan mereka. They deserve to win. Wakaka betul ke ayat aku tu. Cakap omputeh konon. 

    Kita tengok tahun depan siapa pulak menang ye. Hahaa. Bai.

No comments: