Thursday, March 12, 2015

My TTC Journey

Assalamualaikum...

      Saje la nak bagi hidup blog ni so story sikit perjalanan TTC aku untuk anak kedua. Wahh gitu.

     Sejak peristiwa gugur akhir tahun lepas menyebabkan aku bersemangat nak ttc. Padahal  sebelum tu aku tak kisah sangat. Ada rezeki, ada lah. Tapi kali ini aku nak berusaha lebih sikit sebab target aku I want NB2015.

    Period pertama aku selepas habis nifas adalah pada 15 Januari 2015. Tapi aku tak ada ML langsung sebab nak rehat dan bagi pulih rahim aku. Tapi cycle aku jadi panjang pula sampai 33 hari. Biasanya 26-28 hari. Paling biasa 28 hari. Sebelum itu aku dah perasan yang waktu O aku memang bukan CD14 tapi lewat.

     Aku tak buat OPK tapi aku perasan CM dan EW aku banyak gila keluar masa 1-3 Februari. Aku target O aku dalam 26-28 Januari tapi rupanya lambat. Dan memang  betul aku lambat O sebab 17 Februari  baru datang NMP aku. Bila cycle dah jadi 33 hari bermakna O aku adalah pada CD19 iaitu pada 2 Februari.

     Bermula cycle kedua selepas miscarriage iaitu 17 Februari 2015. Period aku jadi sekejap pulak cuma lima hari je. Biasa 7-8 hari. Lepas mandi wajib terus ML kau. Hahaha. Mau pulun. Tapi aku tak buat graf BBT. Tak pandai. So aku ingat kalau cycle ini tak berjaya hamil, next cycle aku akan buat BBT. Belajar dari ratuhati je senang hehe.

     So kiranya CD7 aku dah start ML. CD8 pun. Amik ko dua hari berturut-turut. Tapi belum zon fertile pun. Then selang sehari, CD10. Masa ni aku dah perasan CM aku makin jernih. Dah dekat nak dapat EW la iaitu waktu O aku. Aku cadang nak beli OPK lagi tepat detect waktu subur kan tapi oleh kerana aku tak keluar rumah maka aku tak dapat beli. Nak mintak tolong suami aku belikan mana dia tau jadah apa tu, kang terbeli UPT pulak.  Actually aku pun tak pernah belek dan beli OPK.

    CD11 pun aku ML sebab aku yakin dah waktu subur ni. Aku pernah baca kalau ML dalam tempoh lima hari sebelum O, peluang kehamilan lebih tinggi berbanding ML ngam-ngam waktu O. Lagipun sperma boleh hidup 3-5 hari dalam rahim dan tiub. Ada yang sampai 7 hari.

   CD12 baru aku dapat peluang beli OPK. Masa dah sampai Nilai singgah Watson jap. Bapak mahal OPK RM50.00 lebih tapi dalam nya ada 4 kit la.

Ok entri bersambung... jeng jeng...

  

No comments: