Sunday, March 15, 2015

My TTC Journey - UPT part 2

Assalamualaikum...

   Entri kali ini just sambungan cerita aku buat UPT everyday tanpa jemu. Haha.

15DPO = UPT faint positive.
Hari ini aku dah boleh menarik nafas lega. Walaupun samar tapi sekali tengok dah boleh nampak.  Tak macam dua hari sebelum ini yang sangat samar. Alhamdulillah. Getting darker. Kalau guna cbd dah appear pregnant 2-3 weeks. Tapi belum berkesempatan lagi nak beli.
Petangnya aku send gambar UPT ke whatsapp zauji. Dia tanya.. preg ke.. hehe siap ucap tahniah. Siap cakap senangnya lekat ek. Amboi senang tak senang la kena berusaha juga. Aptb.

16DPO = UPT standard positive.
Alhamdulillah dah makin terang dan memang confirm lah pregnant. Alhamdulillah tak sia-sia usaha ku sebelum ini. Allah perkenankan doaku. Syukur Alhamdulillah. Walaupun line T tak sama pekat dengan C tapi takpe yang penting dah positive. Alhamdulillah.
Dan aku terus send pic ke whatsapp zauji tapi dia lambat bukak. Hek eleh. Tapi setakat ini kami berdua je lah yang tahu. Aku memang nak rahsia dulu dari famili dan kawan-kawan.

17DPO = UPT standard positive.
Alhamdulillah getting darker. Walaupun belum sama terang dua-dua line tapi yang penting dah positive dan confirm pregnant. Kalau ikut kiraan LMP hari ini dah 4w1d. Dah sebulan mengandung. Alhamdulillah. Moga Allah pelihara kandungan ini selamat dan sihat hingga melahirkan. Ameen.
Petangnya jam 5.45 aku test lagi guna cbd pulak, haha. Appear pregnant 2-3. Wawaweee. Aku berani buat petang sebab memang dah confirm pregnant. Kalau UPT sebelum ini semua aku buat waktu pagi lepas bangun tidur, first urine. Alhamdulillah. Happy nya rasa. Syukur Ya Allah.

18DPO = UPT standard positive.
Alhamdulillah. Kalau ikut LMP hari ini masuk 4w2d. Selagi belum sama pekat warnanya, selagi itu aku akan terus buat UPT setiap pagi. Hehe. Stok UPT banyak, biar aku habiskan, haha.

19DPO = UPT standard positive.
Masih standard positive selagi tak sama pekat line merah tu. Kalau dah sama pekat baru lah namanya strong positive.

20DPO = UPT strong positive.
Fuh, pagi ini buat UPT, semakin pekat dan terang. Boleh kategori strong positive dah. Lagi sikit nak sama pekat dengan line C. Esok atau lusa maybe dah sama pekat. Alhamdulillah. Akhirnya. Hehe. Lebih rasa yakin memang mengandung. 😄😘

21DPO = UPT strong positive.
Sama macam semalam terang dan pekatnya. Ikut LMP hari ni masuk 4w5d, Alhamdulillah. Rasa macam nak pergi buat buku sekarang juga. Yelah peristiwa mc tahun lepas tu buat aku sedar, jangan lewatkan buka buku.

22DPO = UPT strong positive.
Hari ni kedua-dua line dah hampir sama pekat dan terang. Yang menariknya lepas celup je terus naik dua-dua line dengan laju. Kalau masa faint dan standard positive ambil masa lebih seminit. Masa faint ambil masa lima minit juga. Yelah, hcg dah makin tinggi, makin senang UPT tu detect.

No comments: