Assalamualaikum..
Ini sambungan entri lepas. Pasal OPK. Sumpah, memang lawak gila sampai ko rasa nak menangis bila ketawa.
Aku singgah rumah sepupu aku kat Nilai. Aku pun memang dah lama tahan kencing, haha. Dari apa yang aku baca dan juga pengalaman kawan-kawan aku yang guna OPK, waktu paling sesuai buat OPK adalah tengahari. Lebih accurate lagi tak minum air 3-4 jam sebelum buat OPK.
Aku pun tanpa buang masa terus buka kotak tapi sorok-sorok dalam handbag aku tak nak zauji nampak. Oleh kerana dah tak sabar sangat nak test plus dah tak tahan nak kencing, aku terus ambil satu kit dan bawa ke bilik air tanpa baca dulu arahan. Rasa macam, tak payah la baca. Sama je macam UPT cara guna kit tu. Ceh.
Sampai bilik air, aku macam bingung. Urine aku nak letak kat mana kat kit ni, mana tempat celupnya? Aku bayangkan macam UPT jenis kaset tu, titik kan urine atasnya. Tapi ini pelik sikit. Just ada tingkap untuk tunjuk positive negative je, yang ada huruf C dan T tu. Mana tempat untuk titis kan urine? Aku salah beli ke ni? Mula nak rasa menyesal sebab mahal gila. Last2 aku letak urine kat tingkap result. Entah betul ke tak aku buat ni. Takde naik apa-apa line pun?
Bila dah basuh baru aku perasan kena buka la penutupnya. Apa ke bangang sangat dari tadi tak cuba buka. Tu lah, berlagak sangat tak mau baca arahan kat kotak dan pamplet nya. Vongok betul. Dah membazir. Nak kencing lagi dah tak keluar. Ahh.. geramnya.
Dah lepas tu aku pun simpan je la kit tu dalam handbag. Masa aku test tu dalam pukul 1.00 lebih tengahari. Lepas tu aku pun melantak makan nasi, minum air semua la. Aku tak puas hati. Aku nak test lagi. Biarlah ada lagi tiga kit. Walaupun aku dah minum air dan mungkin mengganggu result tapi lantak lah.
Jam 2.00 petang aku buat lagi OPK. Dan hasilnya... wow... dua line terang benderang. Sama terang. Positive. Confirm dah memang waktu O aku hari ni, CD12. Tapi tetap tak dapat ML pun sebab tengah travel jauh kan. Bayangkan lah sampai JB pukul 2.30 pagi Ahad. Memang terus tidur je lah masing-masing kepenatan. Tak apa sebab dah ML sehari sebelum. Kira can tinggi la nak lekat. Mudah-mudahan. Ameen.
CD13 aku buat OPK result nya terus negative. Line satu lagi kabur. Dah lepas waktu O dah. Bila aku belek semula OPK semalamnya yang positive tu, rupanya line T lagi pekat dari line C. Means memang tepat lah O aku semalam tu. Kiranya conception semalam la. Hehe.
Selesai mengejar hari subur dan dapatkan waktu O, lepas ini bicara tentang UPT pula. Kesinambungan dari cerita OPK. Stay tuned...
No comments:
Post a Comment