Friday, April 28, 2017

REUNIC

Assalamualaikum.

     Ala. Bagi can lah aku update blog ni pulak. Hahaha.

    Baru-baru ini kumpulan nasyid popular UNIC ada buat konsert. Aku tak pergi pun. Hahaha. Menariknya dalam konsert itu menggabungkan anggota lama dan baru UNIC la. Ex UNIC dan anggota sekarang.

    Sebagai salah seorang remaja yang membesar dengan lagu-lagu UNIC, aku pun buat lah Entri sikit pasal UNIC ni ahahaha.

   Beberapa minggu lepas UNIC dijemput di Malaysia Hari Ini bagi mempromosi konsert reunic mereka. Anggota yang ada masa tu cuma Fakhrul Razi, Hafiz Hamidon (bekas anggota) dan ahli baru Imam Muda Najdi kalau tak silap. Pengacara waktu itu Ally Iskandar dan Fedtri.

   OK edisi mengkritik dah tiba. Wakakaka. Ada satu soalan dari pengacara antara ramai-ramai anggota UNIC siapa agaknya yang paling popular? Soalan gurau je. Dengan pantasnya si Hafiz menjawab saya lah sambil gelak-gelak disambut gelak ketawa semua orang. Aku dah....gulp. Perasannya kau ni. Bagi aku paling fames mestilah Fitri Haris dan Bazli. Anggota asal dan paling lama UNIC. Macam poyo gila si Hafiz. Aku faham le bergurau tapi macam... Eiii tak tau lah nak kata. Hahahah. Aku dari dulu memang kureng suka dengan Hafiz tu. Rasanya beliau popular pun sebab dia keluar UNIC dan bergerak solo. Hmm ok lah boleh diterima (tangan di bahu mata ke atas).

     Paling awkward gila masa ending rancangan diorang kena nyanyi lagi tapi salah masuk lagu, lirik salah tak kena dengan melodi. Adus. Masa awal sebelum ditemubual memang diorang dah nyanyi. Lagu Jalinan. Ok la takde apa yang salah. Dah bersedia lah kot. Hahah. Masa nyanyi lagu Hanya Tuhan Yang Tahu. Sepatutnya muzik tu part verse tapi mereka dengan konfiden nya terus nyanyi chorus. Aku dah pelik gila. Pastu dah tiba muzik chorus diorang ulang balik lah lirik yang tersalah kat verse tadi. Aiseh. Tepuk dahi aku tengok. Memalukan. Tapi masing-masing muka konfiden je la macam takde apa salah masuk. Kah.

       Ye aku faham lah mereka bukan anggota asal UNIC tapi kena lah alert juga choi. Lagu tu lagu dari album pertama UNIC memang cukup popular kot. Aku rasa kalau Bazli dan Fitri tengok ni mesti tepuk dahi juga. Dah lah live. Hahaha. Aku rasa peminat UNIC yang lain terutama yang sezaman dengan aku pun mesti setuju dengan aku. Harap-harap masa konsert sebenar tak ada lah kome salah masuk atau salah lirik lagi ye. Muahaha.

        Hasil kutipan jualan tiket itu sebahagiannya untuk disumbang kepada pesakit kanser kanak-kanak. Salah seorangnya anak Bazli. Semoga anak Bazli diberi kesembuhan oleh Allah. Amin. Aha, Bazli ni dulu belajar Mesir juga, kat Mansurah jugak satu tempat dengan aku. Tapi masa tu aku tahun pertama, dia dah tahun akhir. Pernah juga banyak kali dia jadi pengerusi majlis untuk beberapa program dpmm dan pmram. Orang famous la katakan. Hahaha. Yang kelakar pernah juga sama-sama berurusan di jawazat masa nak buat visa pelajar. Lawak gila. Ada ke dia yang datang kat kitorang pelajar baru ni macam mana nak berurusan dengan pak Arab nak buat visa. Patut nya kitorang yang tanya dia sebab dia dah lama belajar sana. Hahaha sorry Bazli terungkit kisah silam. Kah bukan kenal aku pun. Kakakakaka.

    Berbalik cerita UNIC. Hahaha. Kalau tak silap aku group UNIC mula ada di persada seni tanahair sekitar tahun 2001 ke 2002 ke begitu lah. Masa itu mereka semua sebaya lahir tahun 1984. Semuanya SMKA. Bakat dicungkil dari kumpulan Hijjaz. Selepas kumpulan In-Team, kumpulan UNIC keluar. Kiranya mereka inilah pelopor lagu nasyid cintan cintun versi Islamic. Kekeke. Yang aku tabik dengan semua kumpulan nasyid di Malaysia ini adalah sebab mereka semua budak pandai. HahahA. Maksud aku berpelajaran tinggi, masuk universiti dan kebanyakan ada kerjaya yang stabil. Wah gitu.

     Ok lah. Entri suka-suka je ni jangan serious sangat. Baca dengan santai je lah. Hahaha. Kbai.

2 comments:

Faaeinz said...

Dah setahun dah entri ni. Bila nak update lagi?

Kenal lagi tak kita?

Eh.. Lupa pula nak bagi salam.. Hahaha.

Assalamualaikum. [^__^]

Rindu betul nak berblog macam dulu-dulu. Blogwalking macam dulu-dulu. Kenangan sungguh.

Seimura said...

Ya Allah terharunya faarihin masih baca blog aku yang sendu ni. Wakaka. Terima kasih kawan. Ada masa nanti aku update lagi blog ni hahah.