Monday, December 5, 2011

Bertamu di Ruang Rindu

Assalamualaikum.

What the fun? Apa hal tajuk macam jiwang? Dan ini adalah entri kedua aku untuk hari ini. Apa sudah jadi? Dah lama rasanya aku jadi tidak rajin untuk meng-update.

Whatever. Tanpa disangka, tadi Angah call aku dari Mesir. Wow! Bangga tak kau rasa ada orang call kau dari luar negara? Hohoho. Time tu aku tengah main sms denga orang, tetiba ada incoming call dengan tertera perkataan 'unknown' pada screen handset. Aku agak je dari Mesir then aku pun angkat dan terus cam suara itu. Weee~

Tak la lama sangat berborak tapi ok la. Waktu sana jam 7.30 pagi, sini 1.30 tengahari. Rasa rindu pulak kat bumi Mesir terutama bumi Mansurah. Sekarang ini musim sejuk. Bestnya..

Mesir sedang mengadakan pilihanraya secara berperingkat pada waktu ini dan dijangka tamat pada Januari atau Februari tahun hadapan. Menurut Angah, rakyat Mesir di Mansurah masih belum mengundi lagi. Di Kaherah dan beberapa negeri lain je yang dah mengundi. Hingga kini keadaan di sana masih aman dan tak lah teruk sangat merusuh sana-sini.

Serius aku memang rindukan ahli-ahli bet aku al-Mawardy dan juga kawan-kawan seperjuangan di Mesir. Rindukan suasana itu. Tiga tahun di sana yang telah berlalu. Moga ada rezeki untuk ke sana lagi lain kali. Amin.




4 comments:

Prettywrite said...

salam kenal..


bekas pelajar mesir ke ni?:)..tadi saya google pasal power cermin mata then find out blog ni..baca2 macam menarik jer so saya follow..tersenyum baca yang awak tulis " Tak apa lah. Pandangan terjaga sedikit. So, aku tak lah nampak dengan jelas kemungkaran dan kemaksiatan di hadapan mata. Agaga.” disertai gelak besar guling-guling (yahoo messenger). Heheheh."..

Seimura said...

Prettywrite:
Salam kenal juga prettywrite. Terima kasih kerana baca blog saya dan sudi follow. Ye, saya bekas pelajar di MEsir, baru habis belajar. hehehe. thanks again.

Anonymous said...

salam..boleh berkenalan x?

Seimura said...

Hai siapa ni.