Assalamualaikum.
Hari ini dengan gila kuasa nya, aku update semua blog-blog aku. Aku mengharapkan doa daripada kalian. Doakan kami di Mesir ini dalam keadaan selamat. Terima kasih.
Tinggal hari ini dan esok, untuk berkemas apa yang patut. Kemas barang nak balik Malaysia, kemas barang yang bakal ditinggalkan. Oh..sedihnya nak melangkah pergi. Isk..isk..
Aku sangat-sangat terharu dengan perhatian yang diberikan oleh rakan-rakan, keluarga, kerabat di Malaysia tentang keadaan aku di sini. Terima kasih banyak kepada semua. Terima kasih kerana masih mengenang aku. Walaupun mungkin mereka tak baca blog aku yang ini, tapi hanya Allah yang mampu membalas segala keikhlasan kamu dan mereka yang tak putus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku dan rakyat Malaysia lain di Mesir ini.
Mesir yang bakal ditinggalkan dan bakal dirindui. Serius, aku rasa macam mimpi. Betul ke semua ini berlaku? Sebelum ini aman sahaja, macam sekelip mata je boleh berubah. Rusuhan dan demonstrasi di mana-mana. Demonstrasi di hadapan mata, kerosakan bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank. Oh.. benarkah keadaan akan menjadi semakin buruk?
Terus doakan kami. Terima kasih. Jazakumullah khair.
4 comments:
salam..
semoga umat islam kat sna selamat
trutama plajar Malaysia.!
Ameen. Terima kasih Nabila. :)
semoga keadaan di mesir kembali pulih..
syukur kamu selamat :D
Post a Comment