Saturday, January 8, 2011

Syukur AlhamduLillah

Assalamualaikum.

Pada suatu hari, aku menaiki tremco untuk ke kuliah. Kebetulan masih ada ruang kosong untuk aku duduk. Biasanya waktu kemuncak (tengah hari) memang kenderaan awam seperti tremco ini penuh dan berebut-rebut orang nak naik.

Aku duduk berhadapan dengan satu famili arab. Seorang ayah bersama dua orang anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berumur dalam lingkungan belasan tahun, yang lelaki mungkin dalam dua tahun. Si ayah memangku anaknya yang berumur dua tahun. Comel budaknya, tengah makan roti.

Tak lama baru aku perasan yang budak kecil itu ada something. Anak mata dia seperti juling ke atas dan hampir tidak kelihatan. Aku rasa ada nama saintifik dia kejadian mata seperti itu. Sesiapa doctor di sini yang boleh bagitahu apa nama dia? Kasihan juga tengok. Adakah dia boleh melihat dengan normal seperti kita?

Dan selepas itu juga baru aku perasan tangan si ayah cacat, tidak sempurna. Sebelah kanan. Tiga jari bahagian tengah (telunjuk, hantu, manis) bersambung dan jari kelingking serta ibu jari juga ada kecacatan sedikit. Senang kata dengan tangan seperti itu, dia tidak boleh menggenggam atau memegang apa-apa. Aku tak rasa kecacatan itu sejak lahir tapi disebabkan kemalangan (contoh; tersimbah asid atau air panas, kemalangan jalanraya atau lain-lain). Aduh. Bertambah kasihan dan simpati melihat keadaan dua beranak ini.

Apabila kita melihat keadaan seperti ini, lantas kita akan rasa, oh betapa ada insan yang Allah uji tidak cukup sifat atau tidak sempurna. Dan kita akan menginsafi diri dan rasa rendah diri. Bersyukur tidak terhingga kerana Allah jadikan diri kita cukup sifat, tiada kecacatan. Cuba lah bayangkan hanya sebelah tangan sahaja yang kita boleh guna, sebelah lagi tidak. Pun kita sudah rasa sangat susah. Atau kita buta. Lagi susah. Tapi sesungguhnya setiap kejadian yang Allah ciptakan itu ada hikmahnya dan sebenarnya Allah menyuruh kita berfikir dan bersyukur.

Bagaimana nak menunjukkan rasa syukur? Senang sahaja. Amar makruf nahi mungkar. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Kita sama-sama mengislah diri, memperbaiki diri.

6 comments:

Anonymous said...

bersyukur je lew ngn apa yg kita ada dan nikmati!

Seimura said...

Ye, betul, betul. Syukur AlhamduLillah. :D

Aleen Aiden said...

cukup mendalam en3 nih.aku cuma nak kate,ye,aku dapat grab.huhuh

Seimura said...

Alhamdulillah. Bagus tu Aleen. heheh.

JMR said...

tremco tu camna ek?

Seimura said...

Oh. Tremco tu sejenis kenderaan macam van tapi lebih besar dan panjang serta banyak tempat duduk. KAlau di Indonesia dipanggil 'angkut'.