Monday, January 17, 2011

Pelat Bukan Cacat

Assalamualaikum.

Tajuk entri ringkas sangat ke? Sebenarnya ayat penuhnya adalah, ‘pelat itu bukanlah satu kecacatan atau kekurangan’. Heheheh. Ini tidak termasuk anak kecil yang baru belajar bercakap okay?

Samada kita sedar atau tidak, huruf-huruf yang paling popular orang tak boleh sebut dengan betul atau sempurna ialah huruf ‘R’ dan ‘S’. Senang kata pelat ‘R’ dan ‘S’ adalah biasa (bagi orang pelat? Huhuh). Huruf lain seperti ‘D’ dan ‘N’ (tapi jarang sikit kot berlaku).

Ada orang rasa rendah diri sebab dia pelat. Rilek la. Biasa la tu orang pelat ‘S’ atau ‘R’. Tak boleh sebut huruf dengan betul atau tepat kerana beberapa sebab atau factor. Mungkin sebab susunan gigi atau jarak gigi. Atau lidah terlalu panjang/ pendek (errkk??).

Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang menjadi imam tetapi dia pelat? Tak boleh sebut huruf ‘ra’ dengan betul. Adakah sah solat jemaah itu? Ada pendapat mengatakan orang pelat tak boleh jadi imam, atau tak digalakkan menjadi imam dalam solat kerana bacaannya tidak tepat atau tidak sempurna. Bila bacaan atau sebutan tidak tepat, dikhuatiri mengurangkan pahala. Setiap huruf hija’iyah itu ada hak-hak nya yang perlu ditunaikan dan disempurnakan. Namun solat tetap sah walau imamnya pelat (biasanya pelat ‘ra’).

Janganlah kita yang boleh sebut huruf ‘R’ (tidak pelat) mengajuk-ajuk orang yang tak boleh sebut huruf ‘R’ dengan betul. Tak baik buat begitu. Nak bergurau pun, agak-agak la kot. Kita mana tahu kalau member tu kecil hati tapi dia tak tunjuk, turut senyum dan gelak-gelak. Pada hal, terluka dan tersinggung hati siapa yang tahu. (T_T).

Contoh; Lisa Surihani yang tak boleh sebut ‘R’ dengan tepat. Ada pula wartawan bengong pergi interview dan tanya dia pasal tu. Bodoh jugak kot wartawan ni. Tak perlu kot buat macam tu. Ceh. Aku pulak emo, agaga.

Sebenarnya, berbanding huruf ‘R’, lagi ramai pelat ‘S’. Cuma teruk tak teruk je bezanya. Maksudnya, antara jelas atau tidak bunyi ‘S’ yang pelat atau tidak tepat. Kalau penyanyi pelat ‘S’, memang kedengaran la bunyi pelat itu bila dia menyanyi lagu yang mengandungi perkataan banyak huruf ‘S’. heheh. Tak ada pula orang nak ajuk atau komplen. Hoho. Kerana pelat ‘S’ itu normal, bukan cacat pun. Sama lah dengan pelat ‘R’.

Moralnya di sini, jangan suka mengajuk percakapan atau perkataan orang pelat ‘S’ atau ‘R’. Buruk perangai. Huhuh. Dan jangan rasa bangga bila kau langsung tak pelat. Pesanan ikhlas daripada Seimura. Weeee~


7 comments:

Anonymous said...

sei (s disebut pelat) mura (r disebut pelat)

owh terasa ke ada org mengajuk nama 'seimura'? hahaha *tetibe*

Anonymous said...

saya pelik s!
terlampau over sebut s!

Seimura said...

@nazaTIMsuria: Ohoh. Baru terpikir camne agaknya 'Seimura' yang disebut pelat. Hihih.


@Lelaki Ini: 'Pelik' ke 'Pelat' yang dimaksudkan ni? Huhu.

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

kadang2 bukan pelat tapi malas cakap dengar pun macam bebebebebebheapetahdienicakap haha

tp betul lah tak elok ejek orang pelat:)

Seimura said...

notso_violet: Hahahaha. Ada jugak spesis malas cakap ye?

mat khair said...

assalamualaikum..saya di sini bukan mahu meragui saudari pemblogger tapi saya hanya mahukan sedikit petikan hadis supaya saya dapat lebih ilmu dan kepastian akan kesahihan tentang apa yang saudari telah nyatakan..

Anonymous said...

orang pelat boleh imam kan utk isteri dan anak2x dia kn?