Thursday, January 20, 2011

Lughah Arabiah

Assalamualaikum.

Terus terang, kadang-kadang aku rasa menyesal tak belajar sungguh-sungguh masa sekolah menengah dulu. Banyak main. Tapi apa guna menyesal sekarang? Betul tak?

Mari mengimbau kisah silam…

Umur 13 tahun abah masukkan aku ke SMAKJ (Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor), sekolah yang ada aliran arab. Bukan setakat Bahasa Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi yang biasa tu, tapi memang full in Arabic. Waktu form 1 sampai form 3, selain 9 subjek untuk PMR, ada lagi 12 subjek dalam Bahasa Arab untuk SRA (Sijil Rendah Agama). 12 subjek itu adalah;
  1. Al-Quran (hafazan surah-surah terpilih)
  2. Nahu
  3. Sorof
  4. Insyak (karangan)
  5. Fiqh
  6. Hadith
  7. Khat
  8. Imlak (Ejaan)
  9. Tauhid
  10. Tafsir
  11. Tarikh (sejarah) Islam
  12. Mutala’ah


Sebab apa menyesal? Sebab aku masih tak mahir berbahasa arab fushah. Asasnya ialah Nahu dan Sorof. Tapi oleh kerana dulu tak belajar betul-betul dan sungguh-sungguh, sekarang bila dah besar dan belajar di Mesir, aku rasa susah. Aku mana sangka akan melanjutkan pelajaran ke sini (Mesir). Padan muka aku.

Yang aku rasa amat pelik lagi tak puas hati (ceh, tak puas hati tu) ialah, kawan-kawan aku yang pandai Bahasa Arab dulu masa di sekolah, selalu dapat Mumtaz (A=Cemerlang) tak mahu sambung pelajaran di Mesir pula. Alangkah ruginya spesis cerdik, bijak lagi pandai ini tidak mahu melanjutkan pelajaran di Mesir atau Jordan. Lebih suka masuk universiti tempatan yang glamour kononnya.

Kau patut bersyukur dapat belajar Bahasa Arab, bahasa Al-Quran, bahasa syurga. Tapi kau tidak menggunakan peluang itu sebaik-baiknya. Bukan semua orang dapat peluang.

Bersambung. Tiba-tiba putus idea. Hahah. Chow.


8 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam
dah dapat peluang belajar tu,dan sementara berpeluang belajar..belajarlah bersungguh2 ya...takde jalan pintas utk senang

Seimura said...

haah. terima kasih atas nasihat akak.

Anonymous said...

akak belaja cakap dgn ktorang r...:P
dan nak blaja nawhu pun boleh...:)
tp ajak lak ajar quran...

Seimura said...

err.. siapakah anonymous ini? boleh perkenalkan diri?

Solehah said...

sama la.bila bab nahu, jadi ting tong..sayangnya belajar dlu tp skg tak digunakan, memang bnyk yang dah hilang dr kepala..

Seimura said...

Memang sayang la juga kalau terus ditinggal menjadi sejarah. Uhuks.

sinichi kudo said...

masih di mesir??

Seimura said...

ye, nabila. masih di mesir. :)