Assalamualaikum.
Harap maaf. Ini bukan entri mari belajar Bahasa Arab walaupun tajuk entri adalah Lughah Arabiah. Ini sambungan dari entri lepas. Huhu.
Adakah masih belum terlambat untuk aku memantapkan penguasaan Bahasa Arab aku? Memantapkan nahu dan sorof. Masih belum terlambat ke?
Kau boleh ke baca kitab yang dalam Bahasa Arab? (soalan untuk diri aku)
Setakat baca hentam boleh lah kot? Maksud aku hentam baris. Di sini lah pentingnya nahu dan sorof. Kalau kau tak mahir nahu dan sorof, dah tentu baris kau baca ada banyak salah. Kau mungkin faham dan tahu maksudnya dalam Bahasa Melayu, tapi bila tiba bab bariskan, hah ni yang berat ni. Maksud ayat betul tapi bila baca, baris ada salah. Bila baris salah, maksud perkataan dah bertukar.
Sebagai contoh, kitab aku. Kitab al-Hadi untuk subjek Qiraat. Boleh je baca dan faham maksudnya. (baca dalam hati). Tak perlu guru syarahkan pun dah boleh faham walaupun baca sendiri. Tapi cuba kau baca dengan kuat untuk mengajar orang (anak murid), betul ke baris-barisnya? (terutama baris hujung atau huruf terakhir untuk setiap kalimah/perkataan).
Ilmu Nahu: menentukan baris untuk huruf terakhir bagi setiap kalimah/perkataan.
Ilmu Sorof: menentukan baris selain huruf terakhir bagi setiap kalimah/perkataan.
Maksud ilmu Nahu dan Sorof yang aku sebut di atas itu adalah secara overall dan senang faham, sebenarnya lagi luas skop ilmunya.
Aku tak cakap pasal orang lain yang belajar Bahasa Arab tapi tak mahir berbahasa Arab. Aku cuma cakap pasal diri aku dan kelemahan diri aku. Mungkin ada juga atau ramai yang mengalami masalah seperti aku ini.
Itu lah, dulu main-main masa belajar, sekarang kan dah susah. Andailah masa boleh diundur..memang aku tak akan sambil lewa belajar time sekolah dulu. Ok. Itu mustahil lah berlaku. Masa yang berlalu tetap berlalu. Tak guna kau menyesal sekarang.
Sebab itu aku TAK MAHU jadi cikgu/ ustazah/ pensyarah dan apa-apa lah yang tugasnya mengajar anak murid. Mengajar orang mengaji Quran tak apa, aku tak kisah.
Tapi cita-cita (cewahh, macam zaman budak-budak, cita-cita) aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini (since 2006) adalah untuk menjadi….
Jeng jeng jeng…
Pegawai Hal Ehwal Islam.
Kerja bahagian office, bukan mengajar. Heheheh.
Tamat. Babai.
10 comments:
wah
bagus niat!
ak smpai sudah tak reti bahasa arab!
ngeee~
niat apakah yang bagus itu?
lupa tak apa, janji tak lupa bacaan dalam solat. bahasa arab jugak tu. :D
peg hal ehwal tugas die ape ek?
haha tibe2 nk tau :p
oh ada banyak pecahan dia. bergantung la pada jabatan mana yang dipohon.
nak terangkan kat sini pon susah gak. ngeee...
niat.gud2.
imran: heheh. tq2.
wuu,rumit nih.sah,rumit.hu3
aleen: Hehehe, apa yang rumit tu?
rindu pulak nak blaja bahasa arab..blaja takat SPM je dulu.susah tu b.arab tinggi..tapi tak rugi blaja sebab leh betulkan bacaan dan sebutan. Rugi pulak rasa bila bnyk yang dah lupa..
Wan Ryna: Hehehe, rindu ke. Memang susah jugak belajar bahasa Arab.
Tapi itulah, nak seribu daya, tak nak, beribu-ribu dalihnya. aduii.
Post a Comment