Assalamualaikum.
Ini adalah entri sambungan. Heheh.
Khamis – 16 Disember 2010
6.15 pm: Tiba di lokasi aktiviti dan program kami.
Waktu ini dah malam. Azan maghrib jam 4.55 pm dan Isyak pula jam 6.20 pm.
Apa-apa hal kita makan dulu. Hehe. Ok itu adalah nasi lauk kambing. Aku tak usik langsung daging itu. Hanya makan nasi dan sayur (sejak bila pandai makan sayur ni). Dalam sayur ada udang. Nasib baik, ok la tu. Haha.
Selesai makan kami solat. Gilir-gilir guna bilik air. Bilik air dah la tidak asingkan lelaki dan perempuan, so kami bergilir, habiskan peserta perempuan, barulah peserta lelaki pula gunakan bilik air. Memang cabaran dan agak susah. Kami solat jamak ta’khir.
Kelihatan beberapa peserta sedang solat. Aku dah solat dahulu. Ruang solat agak terhad jadi terpaksa bergilir juga.
8.00 pm: Aktiviti bermula. Aku tak dapat ambil gambar time ini kerana suasana agak kalut.
Pada mulanya just ‘pemanasan badan’. Time ini agak seronok, kelakar dan agak kucar-kacir. Urusetia mengarahkan beratur dan susun mengikut arahan dia. First suruh cari ikut negeri. Kemudian kuliah, bulan dilahirkan, saiz kasut, saiz pinggang dan macam-macam lagi. Memang sangat lawak dan kelakar. Kalau dirakam dan ditonton semula mesti boleh gelak besar dan malu sendiri.
Kemudian barulah pembahagian kumpulan. Terdapat lima kumpulan semuanya. Kami bertiga dapat satu kumpulan, kumpulan Tiga. Seramai 15 orang dan hanya empat perempuan. Masing-masing hanya kenalkan nama sahaja sebab nak jimat masa. Nama pun aku dah tak ingat dah (peserta lelaki kumpulan aku). Kami ditugaskan cari nama kumpulan, buat trademark kumpulan dan tepukan kumpulan.
9.00 pm: Ceramah kepimpinan (eh ye ke? Hahah.)
Setelah satu jam bermain di padang, semua peserta kembali masuk ke dalam khemah bagi mendengar ceramah.
10.00 pm: Minum malam.
Kami dihidangkan ‘isy’ (sejenis roti) dengan kuah kambing lauk makan malam tadi. Adoi. Langsung tak berselera aku. Aku just minum air Nescafe o panas sahaja.
Pada waktu ini nombor bilik diagihkan. Sebentar lagi kami akan bermalam di hotel.
10.45 pm: Kami mula menaiki bus.
Suasana dalam bus. Opss, maaf gambar gegar pula. Siapa lah yang tukang snap ni?
Insiden Tayar Bus Tenggelam dalam Pasir.
eh ada lagi satu tajuk dalam entri yang sama? Hehe tak pe lah. Oh aku lupa nak bagitau, kawasan Nuweiba’ ini adalah berhampiran laut. Lokasi program kami juga adalah di tepi pantai. Cuma pada waktu malam tak nampak la laut.
Sewaktu dalam bus, tiba-tiba bus macam tak boleh bergerak. Kami semua turun dari bus. Ouch. Rupa-rupanya dua tayar belakang sudah tenggelam dalam pasir. Kedua-dua bus mengalami nasib yang sama. Alahai.
Bus kedua (bus yang aku naik).
Tengoklah tayar yang tenggelam.
Memang dugaan besar nampaknya mahu pulang ke hotel. Orang lelaki bertungkus lumus menyelesaikan masalah ini. Gali pasir, letak kayu dan macam-macam lagi lah. Waktu ini cuaca amat sejuk.
Alhamdulillah akhirnya bas dua berjaya bergerak dan tidak tenggelam lagi tayarnya. Cuma bas satu masih bermasalah dan tenggelam. Sampai satu tahap semua peserta bas satu terpaksa mengangkut beg dan barang berpindah ke bas dua. Kami yang berada di bas dua terpaksa berhimpit duduk bertiga dalam dua seat bagi memberi ruang peserta bas satu turut sama dapat duduk di bas dua.
Tak lama kemudian bas satu berjaya bergerak dan tayar tidak tenggelam lagi. Maka peserta bas satu kembali berpindah ke bas satu. Kemudian barulah kedua-dua bas mula bergerak menuju ke hotel penginapan kami. Tak la jauh sangat.
Jumaat – 17 Disember 2010
12.00 am: Tiba di hotel.
Tayar bas yang tenggelam mengambil masa yang agak lama untuk ‘dipulihkan’ rupanya. Masa selama satu jam lebih terbuang. Penat, letih dan mengantuk.
Terdapat tiga buah katil. Kami duduk bilik ini empat orang.
Pemandangan dari pintu masuk bilik.
Bilik air.
Almari dan cermin.
Sempoi je bilik nya. Hotel ke ni? Atau chalet? Entah lah yang penting bersyukur ada tempat tidur yang selesa. Ada tilam, bantal dan lihaf. Tidur satu malam je pun.
Bersambung.
2 comments:
Nuweiba' tu nama tempat ke?
yup nama tempat, terletak di selatan semenanjung Sinai.
Post a Comment