Assalamualaikum.
Ini juga entri sambungan. Hehehe.
17 Disember 2010 - Jumaat
6.15 pm: Singgah solat dan makan.
Aku tak tau apa nama tempatnya. Haha. Tapi tempat yang sama kami bertiga pernah singgah untuk solat subuh dan sarapan sebelum sampai ke Sinai awal tahun tempoh hari. Namanya aku dah lupa tapi ada dalam entri dahulu (Sinai).
Saja nak tunjuk sijil. Hahah.
8.45 pm : Meneruskan perjalanan.
11.00 pm : Bas berhenti lagi. Singgah di perhentian.
Aku turun juga lah sebentar (baru bangun daripada tidur). Ada kedai jual makanan dan minuman ringan, cafeteria dan kedai pakaian. Tapi mahal gila kot semua barang. Keropok (potato chips) biasanya harga LE3 dah jadi LE7. huhuh. Secawan atau segelas teh biasanya harga LE1 jadi LE5. hoho.
11.30 pm : Kembali meneruskan perjalanan.
18 Disember 2010 – Sabtu
1.00 am : Tiba di ARMA.
Fuh memang penat dan letih. Kami sambung tidur di aspuri ARMA. Pagi nanti dah siang sedikit kami akan bertolak pulang ke Mansurah.
Amat sejuk. Aku bangun awal juga la siap sedia untuk solat subuh. Habis je azan subuh aku terus solat. Rukia dan Orihime masih tidur lagi. Lepas solat, aku mengaji dan hafal matan kejap dan tertidur semula. Haha. Konon-konon nak gerak seawal mungkin dalam pukul 6.00 lebih tapi rupa-rupanya semua ketiduran.
Kami buat minuman panas dan minum di dalam bilik. Selepas itu baru lah sarapan pagi di cafeteria ARMA. Makan nasi lemak. Selepas sarapan baru lah kami bertiga keluar dari ARMA menuju ke Ramses. Kami pulang ke Mansurah dengan menaiki peagot. Bertolak lebih kurang jam 9.30 pagi.
Aku budget perjalanan dua jam sampai ke Mansurah dan sempat lah pergi Maahad. Tapi tak sempat juga. Kelas mula jam 12. kami sampai Mansurah jam 12 juga. Adehh. Maka terpaksa ponteng pada hari itu. Lagi pun memang letih dan penat baru pulang dari berjalan jauh.
Apa yang paling best jaulah kali ini adalah free of charge. Hahahah. Semua kedutaan Malaysia yang support. Kalau ada lagi jangan lupa roger kami ya? Haha.
tamat...
2 comments:
wah.. bestnya.. semua di support.. oklah tu.. huhuhu.. =]
haah cik faarihin. bukan senang oo nak dapat. ekeke.
Post a Comment