Sunday, July 4, 2010

SI TRENDSETTER

Assalamualaikum...

Apa itu trendsetter? Alaa... tak perlu la terangkan, semua pun dah tahu. ' Trendsetter' ini luas. Bukan sekadar pada fesyen pakaian tetapi menyeluruh. Apa sahaja perkara yang dicetuskan oleh seseorang dan kemudian menjadi ikutan, orang itu boleh digelar trendsetter.

So, adakah aku atau kamu pernah atau selalu menjadi trendsetter? Sila pilih jawapan di bawah ;
A – Selalu jadi trendsetter.
B – Pernah jugak la sekali sekala.
C – Tak pernah, biasa aku ikut style atau gaya orang, tak pernah cipta style sendiri.
D – Menatang apa trendsetter tu?

Jika jawapan anda adalah A, anda seorang yang berani mencipta dan mencetus sesuatu fenomena baru dengan trend yang mungkin tak pernah lagi dimulakan oleh orang lain. Anda kreatif dan berani, tak takut dikritik kalau style anda itu agak pelik.

Jika jawapan anda adalah B, anda juga seorang yang kreatif dan berani tapi sempoi dan low profile gitu. Anda juga kadang-kadang jadi trendfollower, kadang-kadang jadi trendsetter.

Jika jawapan anda adalah C, bukan bermakna anda tak berani nak mulakan sesuatau yang baru yang belum dimulakan orang lain, tetapi anda agak pemalu kot? Anda juga memang lebih suka jadi trendfollower.

Jika jawapan anda adalah D, errr… pergi buka kamus! Muahahaha!! (p/s kamus English la tak kan kamus Urdu atau Hokkein pula).

P/s : Aku selalu jugak jadi trendsetter. Chewahhh macam poyo gila mengaku. Dush!!

12 comments:

Jard The Great said...

trendsetter jugak adalah org yg berani buat lain dari yg lain.. ehehe

Seimura said...

[ Jard ]

Ye betol3. Setuju! Heheh.

.alie. said...

alie punya jawapan B..


tapi bila kat maktab tak buat la..
takut.

Seimura said...

[ alie ]

tahniah kerana jawapan anda B. hihi.

ala tak perlu takut. hik hik..

ber_u_wang said...

lady gaga contoh nya...

abe long said...

aku pilih D
walopon selalunye aku dpt B+ je

ada said...

aku baru nk jawab D tadi pastu check kat kamus urdu,. wakakakak

Faarihin said...

saya jawab D.. menatang apa trendsetter tu? sila jelaskan.. malas nak cek kat dalam kamus.. huhuhu.. =P

Ries Lee said...

sila beri contoh trend yg ko mulakan dulu...

J.M.R said...

aku D ko..sng citer..hahahah

craftycrochetjelita said...

Sepatutnya ada E: Anda seorang yg original, tidak akan ikut orang sebaliknya orang yang ikut anda dan anda tak kisah pun kalau kelihatan/pendirian lain dari yang lain.

Seimura said...

[ ber_u_wang ]

Ye betul, satu contoh si trendsetter. Heheh.



[ abe long ]

B+ tu kira okay lah tu. Huhu.




[ ada ]

Tahniah kerana anda adalah D. Hahahah.




[ Faarihin ]

Jawapan ada pada perengggan pertama entri ini. Heheh.




[ Ries Lee ]

Aku tak mau la bgtau, kang aku dituduh riyak n takbur plak. Hahah.




[ JMR ]

Hahahah aku A B C D. Puas hati.




[ craftycrochetjelita ]

Tak perlu E. Ciri2 E itu adalah A sebenarnya.