Salah sebuah pantai yang berada di Dumyat.
Kulit-kulit kerang yang terdampar di pinggir pantai.
Besar betul kerang ini!
Banyaknya kerang!
Kerang-kerang (dan juga kulit-kulit kerang) di persisiran pantai Dumyat.
Pantai ini terletak agak jauh dari ( رأس البر ) tetapi masih berada dalam kawasan Dumyat. Pantai ini akan menjadi tumpuan orang ramai apabila kerang-kerang 'naik' ke atas pantai. Biasanya bila angin kuat ala-ala ribut melanda laut, ia akan 'menolak' kerang-kerang ke tepi pantai.
Maka berduyun-duyun lah 'peminat kerang' datang pantai dengan membawa guni lalu mengutip kerang-kerang yang ada. Bukan kena bayar pun, kutip je la berguni-guni pun tak ada orang nak marah.
Tapi aku dan ahli bet aku datang sini hanya sekadar untuk berjalan-jalan bukan mahu mengutip kerang. Aku pula 'pembenci kerang' jadi lagi lah aku tak hairan langsung dengan kerang-kerang ini. Nak kutip apatah lagi. Tak kuasa aku.
Kami hanya menghirup udara segar sambil melihat keindahan ciptaan Allah. Pantai juga salah satu terapi untuk tenangkan fikiran gitu. Damai je rasa. Tapi tak ada la sampai nak mandi-manda di sini. Kalau untuk mandi-manda ada lagi pantai lain yang lebih cantik.
Angin terlalu kuat dan ombak pun terlalu kuat jadi tak sesuai nak mandi di sini. Kami hanya berkelah dan makan-makan sahaja (bawa bekal dari rumah).
Haii...aku masih teringat bagaimana budak-budak rumah sebelah begitu bersemangat mengutip kerang hingga berguni-guni dan bawa balik rumah. Ohhh aku memang pembenci kerang dan juga sekutunya; kupang, kepah dsb.
9 comments:
huhuh pembenci kerang :P
best apa kerang suka makan kerang rebus! uiysh agak2 murah lah kerang camtu
ko xsuke kerang??? rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii owwww...
sedap kerang bakar!
sedap tu buat kerang bakar
rebus pon sedap
nyum2
tp kat sini semua bayar. mana free macm tu
[ boneka ]
aku memang pembenci kerang. noktah.
[ fid ]
ngeeeeee tak suka la.
[ luffy ]
oh aku tetap tak akan makan kerang walaupun free.
uncle tak makan kerang.. sakit perut
kutip,.. buat rantai.. hantar ke alamat aku.. hhuhuhu......
suka duk tepi pantai.. sunset.. oh.. indah
kutip tak kerang tu bawak balik umah?
tu masak sedap tu.. hahaha..
Alergik ke memang tak makan? Teman tak makan ikan lagi susah.... huhuhu
[ ber_u_wang ]
ohhh sakit perut ye? hik hik..
[ ms.independant ]
huhu bg yg suka kerang memang la sedap.
[ moon bloody spell ]
wahh memang cantik kalau buat rantai tapi malas nak kutip agaga..
ohhh memang indah..
[ faarihin ]
tak kutip pun.. tak termakan nanti.
[ dak wan ]
bukan alergik tapi memang tak suka dan tak makan.
ohh tak makan ikan? alergik ke?
Post a Comment