Thursday, December 30, 2010

Nuweiba’ -> Kaherah -> Mansurah

Nuweiba’ -> Kaherah -> Mansurah

Assalamualaikum.

Ini juga entri sambungan. Hehehe.


17 Disember 2010 - Jumaat

6.15 pm: Singgah solat dan makan.

Aku tak tau apa nama tempatnya. Haha. Tapi tempat yang sama kami bertiga pernah singgah untuk solat subuh dan sarapan sebelum sampai ke Sinai awal tahun tempoh hari. Namanya aku dah lupa tapi ada dalam entri dahulu (Sinai).





Saja nak tunjuk sijil. Hahah.




8.45 pm : Meneruskan perjalanan.

11.00 pm : Bas berhenti lagi. Singgah di perhentian.

Aku turun juga lah sebentar (baru bangun daripada tidur). Ada kedai jual makanan dan minuman ringan, cafeteria dan kedai pakaian. Tapi mahal gila kot semua barang. Keropok (potato chips) biasanya harga LE3 dah jadi LE7. huhuh. Secawan atau segelas teh biasanya harga LE1 jadi LE5. hoho.


11.30 pm : Kembali meneruskan perjalanan.


18 Disember 2010 – Sabtu

1.00 am : Tiba di ARMA.

Fuh memang penat dan letih. Kami sambung tidur di aspuri ARMA. Pagi nanti dah siang sedikit kami akan bertolak pulang ke Mansurah.

Amat sejuk. Aku bangun awal juga la siap sedia untuk solat subuh. Habis je azan subuh aku terus solat. Rukia dan Orihime masih tidur lagi. Lepas solat, aku mengaji dan hafal matan kejap dan tertidur semula. Haha. Konon-konon nak gerak seawal mungkin dalam pukul 6.00 lebih tapi rupa-rupanya semua ketiduran.

Kami buat minuman panas dan minum di dalam bilik. Selepas itu baru lah sarapan pagi di cafeteria ARMA. Makan nasi lemak. Selepas sarapan baru lah kami bertiga keluar dari ARMA menuju ke Ramses. Kami pulang ke Mansurah dengan menaiki peagot. Bertolak lebih kurang jam 9.30 pagi.

Aku budget perjalanan dua jam sampai ke Mansurah dan sempat lah pergi Maahad. Tapi tak sempat juga. Kelas mula jam 12. kami sampai Mansurah jam 12 juga. Adehh. Maka terpaksa ponteng pada hari itu. Lagi pun memang letih dan penat baru pulang dari berjalan jauh.

Apa yang paling best jaulah kali ini adalah free of charge. Hahahah. Semua kedutaan Malaysia yang support. Kalau ada lagi jangan lupa roger kami ya? Haha.

tamat...

Wednesday, December 29, 2010

Nuweiba’ Part 3

Nuweiba’ Part 3

Sambungan.

Jumaat 17 Disember 2010

1.0 pm : Sebahagian peserta berehat dan solat.

Oleh kerana bilik air yang amat terhad, maka sebahagian peserta (yang dah habis bersukan) mengambil peluang menggunakan bilik air dan solat dahulu. Kali ini peserta lelaki dikehendaki menggunakan bilik air yang lain (jauh sedikit dari tempat kami berkumpul dan berprogram). Dan peserta wanita pula disediakan beberapa pondok untuk solat, berehat atau bersiap (kalau nak salin pakaian).

Kami solat di pondok ini. Lantai pondok.


Atap pondok.


Dinding pondok.


Pantai.


Nama program kami. Kui3.



2.00 pm : Semua peserta berkumpul di khemah bagi acara penutup dan penyampaian sijil.

2.30 pm : Sesi bergambar kenang-kenangan sesama peserta dan fasilitator.

Kumpulan Gelombang iaitu Kumpulan Tiga.






3.20 pm: Bus bertolak meninggalkan lokasi program. Tamat sudah program Sukan Satu Malaysia ini. Hehe. Kami akan pulang ke Kaherah.




















Bersambung.

Sunday, December 26, 2010

Nuweiba' Part 2

Assalamualaikum.

Entri sambungan.

Jumaat – 17 Disember 2010

7.34 am. Aku berdiri di pintu bilik ketika snap pic ini.



Macam pemandangan di Dahab.






Pintu bilik kami.










Rumah-rumah yang agak klasik.


Bilik-bilik tempat peserta menginap.






Ada swimming pool beb.




Jom terjun. Wuii, sejuk wo.






Ala-ala atap nipah.


Rukia dan Orihime.


Labu ini sama tinggi dengan aku.



8.00 am: Peserta mula menaiki bas. Tapi ada lagi peserta yang lambat dan masih belum siap. Adehh.









8.30 am: Bus mula bergerak menuju tempat semalam.

Sarapan pagi kami.





Kami dikehendaki pulang ke hotel dan check out awal. Huhuh.



Crazy Horse. Itulah nama hotel kami.



10.15 am: Aktiviti explorace bermula.

Time ini pun aku tak dapat ambil gambar. Explorace pun bukan kena pergi tempat yang jauh-jauh, sekitar pantai sahaja tapi best dan menyeronokkan. Ada lima check point yang setiap kumpulan perlu singgah dan buat tugasan. Semua mudah-mudah dan senang sahaja. Tiada pembulian dilakukan. Maklumlah, semua dah taraf mahasiswa, jadi kita bermain style mahasiswa lah. Tak gitu? Hehe.



11.30 am: Aktiviti sukan bermula.

Tak ada lah sukan yang beria. Peserta lelaki main bola sepak. Asalnya ada bola tamper atau futsal bagi peserta lelaki dan perempuan (tapi asing) tetapi oleh kerana masa tak ada banyak maka peserta perempuan hanya main galah panjang. Alahai. Tak mencabar langsung. Sekejap je main. Selebihnya main sendiri dan jalan-jalan ambil angin dan tangkap gambar.

Wui, rasa macam nak mandi laut je time ini.


Peserta lelaki sedang bermain bola.





Bersambung.