Wednesday, December 20, 2023

Jiwa Tersentuh

 Assalamulaikum. 


Hai hai hai. Lama betul menyepi ye blog ini. Jomlah kita update at least sekali untuk tahun 2023 ni hahahaha. 

  Nak cerita pasal Aqil je ni. Ni orangnya dah tidur. Pukul 8 lebih tadi dah tidur. Rasa kesian sangat, bersalah sangat bila teringat asyik marah-marah dia. 

Pagi tadi dia bangun macam biasa je. Lepas mandi, buat kerja sekolah sekejap lepas tu main handset. 

  Then dah tengahari sikit, aku tengah ngempengkan baby kat bilik tengah, Faris datang masuk bilik bagitau, "Aqil muntah ummi. Kat bilik air." Comel je bagitau hahaha. Faris 3 tahun, Aqil 5 tahun. Aku pun jawab, oh yeke. Takpe biarlah dulu.

 Aqil dah pandai urus diri sendiri, so aku biar je dulu tak tengok pun Aqil masa tu. Lagipun baby tengah ngempeng takut melalak pulak bila tinggal hehe.

  Dalam pukul 3 lebih aku masuk bilik air, memang ada saki baki muntah Aqil tak habis jirus. Aku pun jirus bersihkan. Lepas Asar gitu Aqil cakap nak muntah dan terus masuk bilik air. Dah dua kali lah kiranya. Aku nak suruh makan pun tak berani takut muntah lagi. Pagi tadi belikan lontong pun dia tak nak makan. Dia makan roti bun coklat tu je dan minum teh ais yang aku order masa sarapan.

   Kemuncak cerita kasihan dan sedih Aqil ni, bila dia termuntah kat atas tilam kat bilik depan. Aku kat bilik sebelah tak tau cerita mulanya, cuma terkejut tiba-tiba dengar abahnya menjerit marah-marah. Rupanya Aqil termuntah banyak gila dan terkena zauji. Aku tak tengok pun la bilik tu. Dah dengar zauji membebel marah aku pun terus keluar bilik nak tengok Aqil kat bilik air. Baby terus melalak la apa lagi. Aku tinggal je baby atas katil. Aku masuk bilik air, tengok Aqil cangkung sambil menangis, tangan sebelah pegang getah paip dengan air mengalir. Agaknya tunggu kalau nak muntah lagi tapi tak keluar pun la.

    "Kenapa abah marah Aqil? Aqil dah tak tahan nak termuntah, tak sempat nak pergi bilik air." Sambil menangis.

Sedih aku bila teringat balik ayat dia. Betul lah dia kata tu. Masa dia cakap tu abahnya takde kat situ so aku tak tau la abahnya dengar ke tak. Aku cuma jawab, "Kan dah boleh rasa gelodak perut nak muntah, terus ke bilik air, jangan tahan-tahan. Sebelum tu boleh je muntah kat bilik air?" Masa ni Jannah dah ambil baby dan dukung sambil pujuk. Aku terus ambil baby daripada Jannah lepas tu patah balik ke Aqil. 

  Aku suruh Aqil tukar baju dan seluar sebab dah terkena muntah. Dah siap pakai baju tu, dia macam cari-cari makanan kat meja makan. Takde yang dia nak. Lepas tu mintak mi goreng (mi segera). Aku cakap tak boleh, nanti muntah lagi. Last2 dia makan biskut hup seng je. Aku pun tertanya jugak Aqil makan apa je hari ni ye? Memang dia belum makan apa2 makanan berat pun. Kesiannya, mesti lapar. Aku ajak makan nasi lemak dengan telur dan ayam pun dia tak nak. Dia lapar tapi macam tak ada selera kot nak makan sebab perut rasa tak sedap (sebu mungkin).

   Oh ye, lepas Aqil siap pakai baju tu, aku bagi plastik untuk stand by muntah kalau tak sempat ke bilik air. Dia pegang je bawak ke mana2 hehe. 

  Dah lepas maghrib tu dia main handset sekejap kat bilik belakang. Dalam pukul 8 masuk bilik ni dengan bawak fon dan plastik baring2 kat sebelah baby. Tak lama tu tertidur dah.

  Dalam pukul 8.30 abahnya masuk kejap lepas tu tengok Aqil dah tertidur then cakap, "Kesian lahai pegang je plastik sampai tertidur. Nak buat macam mana. Abah tengah sakit2 pening kepala tengah nak rehat, dia boleh termuntah pulak. Banyak pulak tu sampai tembus ke tilam." Btw muntahnya atas cadar tapi sebab terlalu banyak memang boleh tembus la.

  Aku tau mesti zauji pun rasa bersalah dan menyesal tu marah-marah Aqil pasal termuntah tu. Kita manusia biasa yang kadang2 tak dapat kawal amarah. Lebih-lebih lagi kalau tengah kurang sihat, tengah sakit, emosi tak menentu.

   Tapi aku memang rasa sedih tengok Aqil patuh je arahan aku untuk bawa plastik tu ke mana je dia pergi. Baik budak Aqil ni tapi itulah, ada je perangai dia yang menyakitkan hati kadang2. Kena banyak sabar. Hari2 aku doa semoga Aqil tak buat perangai yang boleh buat orang marah dan sakit hati. Sampaikan hari tu zauji pernah kata, kena buat solat hajat la untuk Aqil ni.

   Sebagai ibu, kita perlu doakan yang baik-baik je untuk anak kita. Jangan sesekali mendoakan pembalasan buruk untuk anak kita. Nauzubillah.

Sunday, October 9, 2022

Melayan Lagu Jiwang

Assalamulaikum.  

   Dah kenapa la dengan aku ni. Sejak dua tiga hari kebelakangan ini aku rajin layan YouTube tengok video clip band yang vokalisnya dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

    Bermula dengan layan lagu-lagu kumpulan Spoon, lepas tu Spin, lepas tu Samudera. Hahaha badi ke ape? Berhantu karang baru tahu. Wakakaka.

..............

Entri tahun 2017 (February) atas ni. Bertahun dalam draft. Ini aku sambung santai-santai di tahun 2022 walaupun mungkin topiknya dah berubah hahahahaha.

Sebenarnya sampai sekarang pun masih aku layan lagu-lagu rock kapak rock jiwang rock leleh yang kebanyakannya vokalisnya sudah meninggal dunia. Ajom lah kita recap. Hahah.

Awal tahun 2022 hari tu dan pertengahan tahun ini juga, aku dengar radio saluran Bestfm ke Sinarfm entah, ada satu lagu ni buat aku teringat. Eh ini lagu lama ni syahdu betul suara dan liriknya. Tapi aku tak ingat tajuk lagu dan siapa kumpulan yang bawak lagu ni hahaha. Tapi aku cam la itu lagu zaman 90-an dan agak popular dan biasa dengar dulu-dulu. Aku siap boleh nyanyi sama-sama lagi haha kiranya aku pernah terhafal la satu ketika dulu. Bila lagu habis, DJ takde pulak bagitau tajuk lagu dan penyanyinya siapa. Hahaha.

Pastu aku nak cari kat youtube aku tak tau tajuk. Alahai. Hahahaha. Then aku try je la taip sebahagian lirik lagu tu bahagian korus, kot2 boleh keluar result nya. Hahaha.

Aku pun taip...
'Aku rela menjadi mangsamu'

Agak-agak lagu apa tu kome? Hahahaha.

Keluarlah resultnya..

Sayap Terluka - Kumpulan Panji

Hah dapat pun oii. Aku pun teruslah tonton MV lagu tersebut sambil baca komen. Yang paling buat aku terkejut rupa-rupanya vokalisnya telah meninggal dunia tahun 2017. Aku terus google la cari info kumpulan Panji. Yang nyanyi lagu Sayap Terluka ni vokalis kedua untuk album kedua Panji. Vokalis masa album pertama orang lain. Pun sama dah meninggal dunia tahun 2018. 

Kumpulan Panji berasal dari Terengganu. Vokalis pertama Panji, arwah Opie undur diri daripada Panji sebab sakit. Kemudian digantikan dengan arwah Norman yang juga merupakan gitaris Panji. Norman ni yang nyanyi lagu Sayap Terluka. Orangnya hensem juga. Masa dia meninggal umurnya 55 tahun. 
   
Kumpulan Panji ni pun pernah juga berlakon satu telemovie untuk siaran RTM tajuknya Impian sekitar tahun 1997 ke 1998 macam tu lah masa lagu Sayap Terluka popular dulu. Cerita bagaimana sekumpulan anak muda dari kampung mengejar cita-cita nak jadi penyanyi dan pemuzik. Tapi sayangnya tak ada pula orang upload di youtube. Mungkin terikat dengan hakcipta RTM. Jadi tak ada info sangat yang boleh dicari mengenai telefilem Impian yang kumpulan Panji berlakon tu. Sayang sekali.


Saturday, October 8, 2022

Ex Crush ku Sahabat Baik Suamiku

 Assalamualaikum. 

Cam bangang pulak tajuk entri aku ni bakal mengundang kecaman netizen. Haha. 

Kisahnya pagi tadi zauji balik dari masjid. Masjid sini ada ijtimak terbesar karkun tabligh seluruh Johor selama 3 hari (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Anggaran dalam 2000 orang jemaah tabligh berhimpun kat sini. 

Pastu tetiba zauji cakap,

"Aizen (bukan nama sebenar) ada tadi. Ingat Aizen?"

Aku jawab, "Aizen pejabat agama tu kan?"

"Haah", balas zauji.


Hahahahaha. Kisahnya bermula begini berbelas tahun yang lalu. Masa aku masih kerja kat MAIJ tahun 2007-2008. Waktu tu aku dalam fasa berkawan biasa je dengan zauji ala2 pjj gitu sebab dia dah sambung study kat Mesir. Aku mula kerja kat MAIJ bulan Ogos 2007. Biasalah kat MAIJ dan JAJ setiap hari Jumaat semua kakitangan akan berkumpul kat dewan besar untuk aktiviti membudayakan Al-Quran. Kat sini lah aku terselisih jalan dengan seorang mamat hensem yang kerja kat JAJ. Aku terjatuh suka. Istilah budak sekarang panggil 'crush'. Zaman aku dulu awal 2000 kitorang panggil 'secret admirer'. Makna dia sama je iaitu seseorang yang kita suka atau minat dalam diam. Takde orang tahu. Pastu suka curi2 tengok si dia. Hahahahaha deng!

Orangnya memang hensem la. Stok dan type yang aku minat. Ciri2 lelaki idaman gitu (puihh hahahaha). Kulit cerah, hidung mancung, gigi cantik, badan kurus, rambut lurus macam jejaka Jepun dan Korea. Koh koh koh. Sampai ke gigi pun aku perhati. Aku tak tau la status dia dah berkahwin atau belum sebab aku bukan jenis nak selidik dalam2. Faham tak just minat dan suka tengok muka? Takde la sampai nak berkawan bagai. Nama pun kita minat dalam diam dan rahsia. Aha gitu. Normal la kan gadis2 suka tengok lelaki tampan, yang lelaki pula suka tengok perempuan cantik. Takde yang serius la.

Tapi masa tu ada beberapa kawan sekerja aku yang rapat dengan aku tau aku minat mamat tu yang aku gelar Aizen tadi. Masa tu nama dia pun aku tak tau hahahaha. Yang aku tau dia kerja JAJ tapi bawah unit apa aku pun tak tau. Yang kelakar, kalau time dekat kafe tengah makan ke, atau mamat tu ada datang MAIJ kat level kitorang, kalau aku tak perasan dia ada, kawan aku akan buat isyarat atau bisik kat aku, 'weh mamat yang ko minat tu' hahaha. Bengong. 

Setahun berlalu, aku resign dan sambung belajar kat Mesir. So berlalu begitu sahaja. 2008 aku dah couple dengan zauji. Hahaha.

Bertahun berlalu. Aku pun dah habis belajar dan dah nikah. Entah macam mana satu hari tu terserempak dengan Aizen ni kat JAJ ke MAIJ ke tak ingat. Zauji yang tegur dia dulu. Eh la rupanya diorang ni berkawan ke? Ahahahaha. Mereka pun bersembang. Aku pun tak ingat zauji ada cerita ke tak ye macam mana diorang kenal dan berkawan. Tapi tak silap aku salah satunya sebab diorang pernah keluar tabligh bersama2 masa masing2 masih bujang dan muda remaja. Hahah. Aizen ni tua sikit daripada aku beberapa tahun. Maybe born 1982 or 1983.

Dan sampai sekarang pun zauji tak tau kot aku pernah minat Aizen dulu-dulu. Hahahaha. Kisah lama je tapi agak lawak la. Biasa juga kan kita dengar istilah, kawan suami pun kawan isteri, kawan isteri pun kawan suami. Maknanya saling mengenali dan boleh berbual. Biasanya bila dah berkahwin, haruslah kita kenal siapa kawan-kawan pasangan kita dan pasangan kita pun kenal siapa kawan-kawan kita. Tak ada rahsia. 

Ni tadi zauji ajak jumpa Aizen tu dengan isteri dan anak-anak dia. Aku onz je, boleh la berkenalan dan berbual dengan isterinya. Zauji dan Aizen berbual sesama mereka. Zauji siap tanya Aizen anak dah berapa. Kecoh jugak laki aku ni hahahaha. Pastu Aizen jawab 6. Wow. Aku pun terkejut bila zauji cerita balik kat aku. Hahah. Tapi memang Aizen berkahwin lebih dulu daripada kami. Rasanya masa kami masih kat Mesir Aizen dah kahwin.

Haha tapi memang lawaklah bila ingat balik. Tak sangka pula rupanya diorang memang kawan. Adoyai. Nasib baik tak pernah kantoi. Maksudnya Aizen tak pernah tau aku pernah minat dia. Waktu kerja kat MAIJ dulu la, tak pernah la kantoi dengan Aizen yang aku minat dia hahahahahaha. Kalau dia tau pun aku buat bodoh je la kan buat biasa je. Kah kah kah.


Update.

Kami berjumpa di lobi hotel tempat Aizen sekeluarga menginap. Ada dua set meja dan kerusi. Zauji dan Aizen duduk berbual di meja sebelah. Aku dan isteri Aizen duduk di set meja sebelah. Aku berkenalan dengan isteri Aizen kak Zuri (bukan nama sebenar) umur 41.

Macam2 perkara kami sembang hehe. Kak Zuri pun kerja kat JAJ juga rupanya since 2005. Lagi senior la daripada aku. Kiranya Zuri dan Aizen bertemu jodoh di tempat kerja gitu. Tetiba aku rasa bersalah sebab terminat kat suami orang rupanya aku dulu tu hahaha. Tapi sumpah aku memang tak tau status Aizen tu bujang atau dah berkahwin waktu itu. Haha perkara dah lepas pun.

Aizen pula umurnya dah 43 (zauji kabo ke aku). Means lahir tahun 1978 la lagi tua daripada yang aku sangka haha. Tapi Zuri memang peramah orangnya dan aku pun tak kekok berbual dengan dia. Sebelum berpisah sempat juga aku minta nombor telefon Zuri. Aha bertambah kenalan baru gitu. Kot2 nanti aku nak tanya lebih lanjut pasal pengalaman dia khuruj dengan jemaah wanita. Menuju ke arah muslimah yang lebih baik InsyaAllah. Auch. 

Aizen tetap macam dulu, kurus dan hensem (dush) tapi dah nampak lebih berusia la berbanding dulu. Aku pulak tadi memang pakai mask, Zuri pakai mask. Aku rasa Zuri tu pakai niqab tapi mungkin tadi malas pakai niqab dia pakai mask je. Biasanya orang tabligh ni memang pakai niqab la, baju dan tudung pun warna hitam je atau warna gelap.

Sekian kisah ex crush ku sahabat baik suamiku. Hahahaha.

Wednesday, May 3, 2017

Our New Malaysian's Sweetheart

Assalamualaikum.

      Berdasarkan tajuk di atas, cuba teka siapa dia? Hahaha. Biasanya bila kata buah hati masyarakat bagi sesuatu negara tak kiralah Hollywood Bollywood kpop orang itu mesti lah seorang selebriti popular dan menjadi kesayangan peminat. Peminatnya pula terdiri daripada semua golongan tua muda, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

     2016-2017. Berdasarkan pemerhatian aku buah hati terbaru Malaysian terutama Malay adalah Mira Filzah. Sesiapa pun yang tengok Mira Filzah mesti terjatuh hati. Wajah yang tak jemu dipandang. Manis, comel, cantik. Attitude dia pun disenangi orang. Manja, sopan, bersahaja, lucu, lembut. Bertudung dan sopan. Pandai bercakap, suka senyum dan ketawa.

     Sebenarnya aku dah dengar nama Mira Filzah ni sejak zaman blogger lagi. Tapi tak berapa ambil tahu sangat. Sampai lah nampak dia berlakon dalam Eksperimen Cinta. Dalam hati aku, oh sejak bila dah jadi pelakon? Hehe. Lepas tu jadi hos Qari Junior. Aku dah mula minat dia. Hahaha. Sebab orangnya comel dan pakai tudung. Sweet sangat.

    Kemuncak populariti Mira Filzah bila jadi watak utama Cinta Si Wedding Planner. Meletop-letop drama tu dan si Mira Filzah. Sampai dinobatkan Artis Baharu Wanita Popular ABP BH 29.  Baru-baru ini menang kat AME Pelakon TV Wanita Meletop. Semua drama atau telefilem yang dia berlakon mesti dapat rating tinggi. Khabarnya bakal ke layar perak pula berlakon filem. Go girl go!