Sunday, March 15, 2015

My TTC Journey - UPT part 2

Assalamualaikum...

   Entri kali ini just sambungan cerita aku buat UPT everyday tanpa jemu. Haha.

15DPO = UPT faint positive.
Hari ini aku dah boleh menarik nafas lega. Walaupun samar tapi sekali tengok dah boleh nampak.  Tak macam dua hari sebelum ini yang sangat samar. Alhamdulillah. Getting darker. Kalau guna cbd dah appear pregnant 2-3 weeks. Tapi belum berkesempatan lagi nak beli.
Petangnya aku send gambar UPT ke whatsapp zauji. Dia tanya.. preg ke.. hehe siap ucap tahniah. Siap cakap senangnya lekat ek. Amboi senang tak senang la kena berusaha juga. Aptb.

16DPO = UPT standard positive.
Alhamdulillah dah makin terang dan memang confirm lah pregnant. Alhamdulillah tak sia-sia usaha ku sebelum ini. Allah perkenankan doaku. Syukur Alhamdulillah. Walaupun line T tak sama pekat dengan C tapi takpe yang penting dah positive. Alhamdulillah.
Dan aku terus send pic ke whatsapp zauji tapi dia lambat bukak. Hek eleh. Tapi setakat ini kami berdua je lah yang tahu. Aku memang nak rahsia dulu dari famili dan kawan-kawan.

17DPO = UPT standard positive.
Alhamdulillah getting darker. Walaupun belum sama terang dua-dua line tapi yang penting dah positive dan confirm pregnant. Kalau ikut kiraan LMP hari ini dah 4w1d. Dah sebulan mengandung. Alhamdulillah. Moga Allah pelihara kandungan ini selamat dan sihat hingga melahirkan. Ameen.
Petangnya jam 5.45 aku test lagi guna cbd pulak, haha. Appear pregnant 2-3. Wawaweee. Aku berani buat petang sebab memang dah confirm pregnant. Kalau UPT sebelum ini semua aku buat waktu pagi lepas bangun tidur, first urine. Alhamdulillah. Happy nya rasa. Syukur Ya Allah.

18DPO = UPT standard positive.
Alhamdulillah. Kalau ikut LMP hari ini masuk 4w2d. Selagi belum sama pekat warnanya, selagi itu aku akan terus buat UPT setiap pagi. Hehe. Stok UPT banyak, biar aku habiskan, haha.

19DPO = UPT standard positive.
Masih standard positive selagi tak sama pekat line merah tu. Kalau dah sama pekat baru lah namanya strong positive.

20DPO = UPT strong positive.
Fuh, pagi ini buat UPT, semakin pekat dan terang. Boleh kategori strong positive dah. Lagi sikit nak sama pekat dengan line C. Esok atau lusa maybe dah sama pekat. Alhamdulillah. Akhirnya. Hehe. Lebih rasa yakin memang mengandung. 😄😘

21DPO = UPT strong positive.
Sama macam semalam terang dan pekatnya. Ikut LMP hari ni masuk 4w5d, Alhamdulillah. Rasa macam nak pergi buat buku sekarang juga. Yelah peristiwa mc tahun lepas tu buat aku sedar, jangan lewatkan buka buku.

22DPO = UPT strong positive.
Hari ni kedua-dua line dah hampir sama pekat dan terang. Yang menariknya lepas celup je terus naik dua-dua line dengan laju. Kalau masa faint dan standard positive ambil masa lebih seminit. Masa faint ambil masa lima minit juga. Yelah, hcg dah makin tinggi, makin senang UPT tu detect.

Friday, March 13, 2015

My TTC Journey - UPT

Assalamualaikum...

    Oleh kerana aku dah tak sabar sangat nak tunggu 10 hari selepas O baru buat UPT, maka seawal 6DPO aku dah buat UPT. First urine lepas bangun tidur. Haha mentang-mentang stok UPT strip banyak, tu aku tak kisah membazir test hari-hari. Wakaka. 

CD18 = 6DPO = UPT negative.
Dah tentu baru 6DPO. Dah tentu la kalau betul hamil hcg masih belum tinggi. Mustahil nak dapat positive. Hahah.

CD19 = 7DPO = UPT negative.
Masih awal lagi. Walaupun tau akan dapat result negative tapi aku buat juga UPT. Hahah. Kemaruk.

CD20 = 8DPO = UPT negative.
UPT ni memang betul berhantu. Selagi belum positive selagi tu aku cek. Hahaha.

CD21 = 9DPO = UPT negative.
Ada orang boleh detect hamil seawal 9DPO tapi very faint positive la. Itu kalau memang hcg dia tinggi.

CD22 = 10DPO = UPT negative.
Masih tak putus asa cek. Haha. Aku memang suka main UPT.

CD23 = 11DPO = UPT negative.
Ada sedikit kecewa bila masih negative. Its ok. Kita try lagi esok.

CD24 = 12DPO = UPT negative.
Aku macam nampak line T tapi sangat samar. Kena tengok betul-betul baru nampak.  Tapi aku masih anggap negative la.

CD25 = 13DPO = UPT very very faint positive.
Kali ini memang ada line yang sangat samar tapi boleh kategori positive. Alhamdulillah. Esok repeat lagi. Aku plan nak beli cbd pulak baru puas hati. Haha. Terus appear pregnant 1-2 weeks. Hoho.

CD26 = 14DPO = UPT very faint positive.
Hari ini punya UPT masih sangat samar. Padahal dua pregnancy sebelum ini kalau 13DPO dah dapat faint line yang jelas nampak. Kali ini samar sangat lah.

   Oleh kerana aku tau hari apa O aku hari tu, so esok adalah expecting NMP aku. Dah tak perlu kira CD lagi.

Thursday, March 12, 2015

My TTC Journey - OPK

Assalamualaikum..

    Ini sambungan entri lepas. Pasal OPK. Sumpah, memang lawak gila sampai ko rasa nak menangis bila ketawa.

     Aku singgah rumah sepupu aku kat Nilai. Aku pun memang dah lama tahan kencing, haha. Dari apa yang aku baca dan juga pengalaman kawan-kawan aku yang guna OPK, waktu paling sesuai buat OPK adalah tengahari. Lebih accurate lagi tak minum air 3-4 jam sebelum buat OPK.

   Aku pun tanpa buang masa terus buka kotak tapi sorok-sorok dalam handbag aku tak nak zauji nampak. Oleh kerana dah tak sabar sangat nak test plus dah tak tahan nak kencing, aku terus ambil satu kit dan bawa ke bilik air tanpa baca dulu arahan. Rasa macam, tak payah la baca. Sama je macam UPT cara guna kit tu. Ceh.

    Sampai bilik air, aku macam bingung. Urine aku nak letak kat mana kat kit ni, mana tempat celupnya? Aku bayangkan macam UPT jenis kaset tu, titik kan urine atasnya. Tapi ini pelik sikit. Just ada tingkap untuk tunjuk positive negative je, yang ada huruf C dan T tu. Mana tempat untuk titis kan urine?  Aku salah beli ke ni? Mula nak rasa menyesal sebab mahal gila. Last2 aku letak urine kat tingkap result. Entah betul ke tak aku buat ni. Takde naik apa-apa line pun?

     Bila dah basuh baru aku perasan kena buka la penutupnya. Apa ke bangang sangat dari tadi tak cuba buka. Tu lah, berlagak sangat tak mau baca arahan kat kotak dan pamplet nya. Vongok betul. Dah membazir. Nak kencing lagi dah tak keluar. Ahh.. geramnya.

    Dah lepas tu aku pun simpan je la kit tu dalam handbag. Masa aku test tu dalam pukul 1.00 lebih tengahari. Lepas tu aku pun melantak makan nasi, minum air semua la. Aku tak puas hati. Aku nak test lagi. Biarlah ada lagi tiga kit. Walaupun aku dah minum air dan mungkin mengganggu result tapi lantak lah.

     Jam 2.00 petang aku buat lagi OPK. Dan hasilnya... wow...  dua line terang benderang. Sama terang. Positive. Confirm dah memang waktu O aku hari ni, CD12. Tapi tetap tak dapat ML pun sebab tengah travel jauh kan. Bayangkan lah sampai JB pukul 2.30 pagi Ahad. Memang terus tidur je lah masing-masing kepenatan. Tak apa sebab dah ML sehari sebelum. Kira can tinggi la nak lekat. Mudah-mudahan. Ameen.

    CD13 aku buat OPK result nya terus negative. Line satu lagi kabur. Dah lepas waktu O dah. Bila aku belek semula OPK semalamnya yang positive tu, rupanya line T lagi pekat dari line C. Means memang tepat lah O aku semalam tu. Kiranya conception semalam la. Hehe.

   Selesai mengejar hari subur dan dapatkan waktu O, lepas ini bicara tentang UPT pula. Kesinambungan dari cerita OPK.  Stay tuned...

My TTC Journey

Assalamualaikum...

      Saje la nak bagi hidup blog ni so story sikit perjalanan TTC aku untuk anak kedua. Wahh gitu.

     Sejak peristiwa gugur akhir tahun lepas menyebabkan aku bersemangat nak ttc. Padahal  sebelum tu aku tak kisah sangat. Ada rezeki, ada lah. Tapi kali ini aku nak berusaha lebih sikit sebab target aku I want NB2015.

    Period pertama aku selepas habis nifas adalah pada 15 Januari 2015. Tapi aku tak ada ML langsung sebab nak rehat dan bagi pulih rahim aku. Tapi cycle aku jadi panjang pula sampai 33 hari. Biasanya 26-28 hari. Paling biasa 28 hari. Sebelum itu aku dah perasan yang waktu O aku memang bukan CD14 tapi lewat.

     Aku tak buat OPK tapi aku perasan CM dan EW aku banyak gila keluar masa 1-3 Februari. Aku target O aku dalam 26-28 Januari tapi rupanya lambat. Dan memang  betul aku lambat O sebab 17 Februari  baru datang NMP aku. Bila cycle dah jadi 33 hari bermakna O aku adalah pada CD19 iaitu pada 2 Februari.

     Bermula cycle kedua selepas miscarriage iaitu 17 Februari 2015. Period aku jadi sekejap pulak cuma lima hari je. Biasa 7-8 hari. Lepas mandi wajib terus ML kau. Hahaha. Mau pulun. Tapi aku tak buat graf BBT. Tak pandai. So aku ingat kalau cycle ini tak berjaya hamil, next cycle aku akan buat BBT. Belajar dari ratuhati je senang hehe.

     So kiranya CD7 aku dah start ML. CD8 pun. Amik ko dua hari berturut-turut. Tapi belum zon fertile pun. Then selang sehari, CD10. Masa ni aku dah perasan CM aku makin jernih. Dah dekat nak dapat EW la iaitu waktu O aku. Aku cadang nak beli OPK lagi tepat detect waktu subur kan tapi oleh kerana aku tak keluar rumah maka aku tak dapat beli. Nak mintak tolong suami aku belikan mana dia tau jadah apa tu, kang terbeli UPT pulak.  Actually aku pun tak pernah belek dan beli OPK.

    CD11 pun aku ML sebab aku yakin dah waktu subur ni. Aku pernah baca kalau ML dalam tempoh lima hari sebelum O, peluang kehamilan lebih tinggi berbanding ML ngam-ngam waktu O. Lagipun sperma boleh hidup 3-5 hari dalam rahim dan tiub. Ada yang sampai 7 hari.

   CD12 baru aku dapat peluang beli OPK. Masa dah sampai Nilai singgah Watson jap. Bapak mahal OPK RM50.00 lebih tapi dalam nya ada 4 kit la.

Ok entri bersambung... jeng jeng...