Wednesday, September 1, 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan Sepetember. Ramadhan juga dah masuk fasa 10 malam akhir. Salah satu daripada 10 malam akhir ini merupakan Lailah al-Qadr. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Sama-sama lah kita berusaha mendapatkan malam yang amat istimewa itu. Aku pernah terbaca di Majalah Ujang tahun bila tah, di ruangan agama sikit. Ada seorang Imam (taraf ulama' dan wali) ke sahabat Rasulullah aku pun dah tak ingat telah buat satu rumus tentang Lailatul Qadr ini.

Tapi aku tak hafal la rumus itu sebab just baca sekali lalu. Itu pun aku rasa dalam tujuh atau lapan tahun yang lalu. Tak ingat aku dah habis sekolah ke belum entah. Imam atau Sahabat tersebut telah menemui Lailatul Qadr boleh dikatakan setiap tahun. Oleh itu beliau telah membuat satu rumus malam bilakah akan berlakunya Lailatul Qadr.

Apa yang aku boleh kata, rumus itu menjelaskan jika hari pertama puasa jatuh pada hari sekian, Lailatul Qadr akan jatuh pada sekian haribulan. Contoh: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan. Dan begitulah seterusnya, yang pasti akan jatuh pada malam ganjil.

Walau apa pun, itu hanyalah rumus berdasarkan pengalaman beliau sepanjang hidupnya yang bertuah dan dapat menemui Lailatul Qadr. Kita jangan lah pula menumpukan hanya pada malam tertentu sahaja dalam beribadat bersungguh-sungguh nak mendapatkan Lailatul Qadr. Siapalah kita berbanding Sahabat Rasulullah dan wali-wali Allah.

Maka teruskanlah beribadat bersungguh-sungguh bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi juga pada bulan-bulan yang lain. Cuma fadhilat yang amat besar itu hanya terdapat pada Lailatul Qadr. Semoga Ramdhan kali ini dapat menjadikan diri kita lebih baik lagi berbanding sebelum ini. Amin.